Sejak berumur dua bulan.. bayi seharusnya dah pandai mengeluarkan suara seolah-olah bercakap. Namun begitu.. percakapan bayi di usia ini tak mungkin anda faham. Bayi di usia ini hanya berbual-bual kosong tanpa maksud dan penyampaian. Semakin meningkat usianya, bayi akan berubah gaya percakapannya.
Bermula dari hanya mengeluarkan suara.. sampai boleh bercakap satu suku kata seperti ba, ma, ta, da, dan seterusnya beroleh satu perkataan pendek yg mudah seperti mama, baba, dada, tata. Bayi di usia ini juga sudah faham maksud dan tahu bagaimana menyampaikan sesuatu hasrat walaupun dlm keadaan pelat.
Berdasarkan kajian, purata anak yg boleh mula bercakap ialah pada sekitar umur satu tahun ke atas. Akan tetapi.. terdapat juga sesetengah anak yg masih tak pandai bercakap walaupun dah berumur tiga tahun.
BAGAIMANA NAK TAU SAMA ADA ANAK KITA DAH MULA BERCAKAP ATAU TAK ?
Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yg dapat membantu anda:
1. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yg berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
2. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yg sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.
3. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”, dan ”mana?” yg mudah.
RISIKO ATAU TANDA TANDA ANAK SUSAH ATAU LAMBAT BERCAKAP.
1. Senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
2. Mempunyai jangkitan telinga atau masalah pendengaran
3. Mempunyai bunyi konsonan yg terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
4. Tak pandai meniru menyebut perkataan
5. Hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)
6. Gemar bersendirian dan kurang berinteraksi (bercakap) dengan rakan seusia mereka.
7. Tak faham atau lambat untuk memahami arahan dan percakapan orang lain.
8. Gemar menggunakan isyarat ketika menyebut atau berkomunikasi dengan orang lain.
TURUT DIPENGARUHI FAKTOR GENETIK & KESIHATAN
Selain faktor luaran yg disebutkan di atas, punca anak lambat bercakap mungkin juga berasal daripada punca semulajadi seperti genetik atau kesihatan.
Contohnya, bayi yg dilahirkan kurang berat atau pra-matang didapati mempunyai lebih kebarangkalian untuk lambat bercakap selain faktor genetik yg dipengaruhi oleh keturunan.
Jadi.. anda boleh tanya mak ayah anda sama ada keluarga anda mempunyai sejarah keterlewatan bahasa di kalangan ahli keluarga lain.
Disini.. peranan mak ayah sangat penting untuk membantu anak menguasai bahasa dan mudah bercakap.. Antara cara yg anda boleh lakukan adalah :
1. BANYAKKAN BERBUAL DENGAN ANAK
Anda perlu banyakkan berbual dengan anak. Katakanlah apa jua perkara yang boleh menarik minat anak anda untuk berbual biarpun anak anda akan membalas percakapan anda dengan bahasa yg kurang difahami.
Selain membantu anak untuk bercakap, teknik ini juga dapat mengeratkan ikatan antara anda dan anak anda.
Ada anak yg terlalu malu atau tak berani bersuara kerana takut dimarahi dek hubungan yg kurang akrab dengan ibu bapa.
2. LAKUKAN AKTIVITI RIADAH ATAU BERMAIN BERSAMA ANAK
Perlu diingat, anak-anak tak semestinya diperkenalkan dengan perkataan baru melalui buku, tapi juga kesemua deria rasa mereka.. iaitu apa yg dilihat, disentuh, dirasa dengan lidah, atau dihidu. Ini tentu akan memberi mereka pengalaman yg lebih mendalam.
Ini bermaksud, bermain dengan anak secara aktif dapat membantu meluaskan kosa kata anak.
Anak anda akan ingat perkataan yg disebut berulangkali dan bakal faham maksudnya. Mereka juga akan tahu bilakah masa yg sesuai untuk menggunakan perkataan tersebut.
3. KAWAL PENGGUNAAN GAJET KEPADA ANAK
Dalam zaman serba canggih ini.. memang sukar untuk kita menghalang anak daripada menonton gajet. Benar.. ada banyak rancangan dan video pendidikan dalam gajet yg boleh merangsang minda mereka. Tapi.. kebanyakan komunikasi ini adalah bersifat 1 hala.
Berbeza dengan bermain di luar atau dalam dunia sebenar.. permainan di alam maya tak menekankan koordinasi tangan-mata atau emosi anak untuk bersuara.
Apabila ada yg merespon terhadap suara anak.. barulah mereka akan lebih bersemangat untuk mengucapkan lebih banyak perkataan.
4. JANGAN MENGAJUK ANAK CAKAP PELAT
Anak-anak yg baru belajar bercakap pasti tak betul sebutannya atau dipanggil pelat.
Kita sebagai orang dewasa yg boleh bercakap dengan lancar tak seharusnya mengikut percakapan anak-anak yg pelat.
Cakaplah seperti biasa agar anak-anak mengerti apa yang disebut itu salah dan akan berusaha untuk mengikut gaya percakapan yg betul. Jangan biasakan mengajuk anak anda bercakap pelat kerana ianya akan mengganggu proses percakapannya.
5. JANGAN SEKAT PERGAULAN TAPI KAWAL
Anak-anak yg selalu bergaul dengan orang dewasa biasanya akan lebih cepat bercakap berbanding anak-anak yg bergaul dengan rakan sebaya.
Anak-anak yg dihantar ke pusat jagaan biasanya kurang bercakap jika dibandingkan dengan anak-anak yg dihantar ke rumah pengasuh persendirian. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada komunikasi antara pengasuh dan anak-anak.
JANGAN BIARKAN IANYA BERTERUSAN
Jika anda ingin mendapatkan kepastian kenapa anak lambat bercakap.. anda boleh :
> Berjumpa doktor kanak-kanak
> Berjumpa pakar terapi bahasa atau pathologist
> Berjumpa audiologist (pakar telinga) untuk mengenalpasti sama ada anak mengalami masalah pendengaran yg menjejaskan proses bercakap
Anda disyorkan untuk mendiagnosa dan mendapatkan rawatan awal untuk kesan yg lebih positif. Apapun.. jangan give up dalam mengajar anak-anak bercakap sebab setiap anak mempunyai tahap kecerdasan yg berbeza.
Hope info yg kak eaisyah kongsikan ni sedikit sebanyak dpt membantu anda yg ada anak mempunyai masalah lambat bercakap.. n kak eaisyah doakan smoga anda menjadi ibu bapa yg terbaik dalam memberikan didikan sempurna buat anak anda.. Ingat.. Anak adalah anugerah Allah yg terindah dan anda yg menentukan corak masa hadapan mereka pada masa akan datang...
[ Sumber : doktorbudak.com / Dr Pakar kanak kanak / Child care / Blog sirap limau / The Asian Parent Malaysia / Ragamanak.com ]
No comments:
Post a Comment