" Betul Kak.. kehamilan kali kedua ni tak mudah... sampai satu tahap tu.. saya dan suami rasa give up dan tiada harapan.. "
" Saya penah jumpa doktor.. dia bagitau jika saya penah hamil dan melahirkan... saya tak perlu risau. Takder sebab saya tak boleh hamil semula.. Mungkin kata-kata dia penyedap hati... "
" Saya penah jumpa beberapa dokter n bidan kampong.. penah cuba ubat kesuburan.. clomid dan berurut.. namun hasilnyer... sedih ! "
Ramai pasangan yang mengimpikan keluarga yang besar. Setengah-tengah pula berpendapat mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan adalah keluarga yang ideal bagi mereka. Akan tetapi, terdapat ramai kes seperti di atas di mana pasangan mendapati masalah pula untuk hamil setelah mempunyai seorang atau pun dua orang anak. Walhal mereka tidak mempunyai masalah langsung sebelumnya.
Ini dikenali sebagai ‘secondary subfertility’. Masalah kesuburan ini juga perlu mendapat rawatan khusus daripada doktor ginekologi ataupun pakar kesuburan, lebih-lebih sekiranya tempohnya sudah lebih dari 2-3 tahun mencuba.
Apakah ‘secondary subfertility?
Terdapat dua jenis kemandulan:
a) ‘Primary’ subfertiliti:
Keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung.
b) ‘Secondary’ subfertiliti:
Keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil sebelumnya walaupun berakhir dengan keguguran ataupun kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’).
Apakah punca ‘secondary subfertility’?
Terdapat beberapa punca ‘secondary subfertility’. Punca yang umum adalah:
Dalam satu kajian menunjukkan purata wanita di Malaysia hamil pada usia 28 tahun. Masa menunggu anak pertama membesar dan umur semakin meningkat.. kadar kesuburan semakin menurun dengan mendadak. Apabila menghampiri usia 35 tahun.. isu kesuburan wanita menjadi hal yg utama yg menjadikan wanita gagal untuk kehamilan kedua. Antara punca dan sebabnya ialah :
- Kualiti telur (ovum) merosot
- Masalah kesihatan
- Masalah kesuburan seperti pcos, cyst, fibroid, endometriosis, polyp dan lain lain lagi
Bagi wanita yg bekerja pula.. perkara ni pun boleh menjadi penyebab anda susah utk hamil sekali lagi.
- Tekanan tempat kerja
- Tekanan mengasuh anak
- Berat badan bertambah
Selain tu.. En Suami jangan pun boleh menjadi punca kenapa susah nak lekat anak kedua... Haaa.. jangan ingat semua masalah tu berpunca dari isteri jer tau..
Apabila lelaki mula berusia.. kualiti sperma mula merosot dan jika disenyawakan.. ia menghasilkan janin yg tak kuat dari segi genetik dan mudah keguguran.
Dan masalah kualiti sperma lemah menjadi lebih buruk sekiranya :
- Merokok
- Tak jaga makan
- Pangambilan air berkarbonat atau kafein yg tinggi
- Pengambilan MSG yg terlampau
- Obesiti
- Kencing Manis
- Kurang aktif bersenam atau bersukan
Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor untuk masalah ‘secondary subfertility’?
Ini terpulang kepada beberapa faktor:
- Umur pasangan wanita. Sekiranya lebih dari 35 tahun hendaklah mendapat bantuan sekiranya lebih dari 6 bulan mencuba.
- Kehendak kedua-dua pasangan. Sekiranya masalah ini memberi tekanan emosi yang kuat, bolehlah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin.
- Kalau tidak kebanyakan pasangan akan berjumpa doktor setelah 2 – 3 tahun mencuba.
Apakah ujian yang perlu dilakukan untuk menyiasat punca ‘secondary subfertility’?
Bergantung selepas mengambil sejarah latar belakang, doktor yang merawat akan membuat beberapa ujian:
- Ujian darah untuk pasangan wanita
- Imbasan scan pelvis untuk pasangan wanita
- Ujian sperma pasangan lelaki
- Ujian untuk menguji sama ada saluran peranakan wanita tersumbat atau pun tidak.
Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah ‘secondary subfertility’?
Rawatan kesuburan bergantung kepada punca masalah setiap pasangan. Secara umumnya, rawatannya termasuk memberi ubat subur, IUI , IVF dan suplimen yang berkaitan.
Nasihat bagi yg gagal
Oleh sebab proses ni melibatkan kedua-dua pasangan.. jadi kedua-duanya perlu lakukan pemeriksaan. Ini kerana masalah kesuburan boleh membantutkan usaha anda untuk mendapatkan anak seterusnya.. Lakukan pemeriksaan dengan lebih kerap.. baru la punca masalah dapat diketahui dan rawatan yg betul dapat diberikan serta memudahkan anda mencari ikhtiar.
Mungkin beberapa tahun lepas.. tahap kesihatan dan kesuburan anda tip top dan baik.. tapi sekarang makin menurun. Sebab bila usia bertambah.. maka tahap kesihatan dan kesuburan pun mula naik dan turun tak tentu..
Dlm masa sama.. kak eaisyah nak ingatkan.. dalam soal ikthiar jgn pernah skali timbul rasa give up.. kne usaha bersama-sama.. Dan jangan menangguh hasrat untuk dapatkan anak kedua.. Sebb makin lama tangguh makin kurang peluang untuk anda menerima anak seterusnya...
[ Sumber : Dr Zubaidi Ahmad / Dr Natasha Nor / The Asian Parents Malaysia ]
No comments:
Post a Comment