TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Thursday 31 October 2019

9 TANDA TIDAK SUBUR BAKAL BUAT ANDA MENYESAL SEUMUR HIDUP TIADA ZURIAT !



Anggaran hampir 1 daripada 8 pasangan suami isteri akan bergelut dengan masalah tidak subur walaupun melakukan hubungan seks tanpa pelindung selama 6 bulan hingga 1 tahun.


Tapi, tahukah anda yang masalah tidak subur ini sebenarnya memiliki beberapa tanda amaran yang boleh dilihat?


Mari semak apakah tanda-tanda tidak subur itu.




1. Tidak datang haid atau haid yang tidak tetap

Menurut Dr. Jason M. Franasiak, ob-gyn dan penyelia embriologi di Associated Medicine Reproductive New Jersey –

Haid yang tidak teratur atau tidak datang langsung adalah tanda jelas yang ada masalah dalam penghasilan telur. 

Penghasilan telur yang terganggu merupakan salah satu petanda tidak subur.

Kelenjar pituitari, hypothalamus dan ovari bekerjasama untuk memastikan seorang wanita datang haid dengan tetap.


Tapi, jika semua sistem ini tak berfungsi, maka wanita terbabit akan mengalami ketidakseimbangan hormon.

Jika kitaran haid anda jatuh dari 28 hari ke 21 hari saja, itu petanda anda akan menopaus tidak lama lagi. 

Masalah menopaus boleh berlaku pada wanita seawal usia 20-an kerana masalah genetik, penyakit autoimun dan sebagainya.




2. Hilang nafsu dan fungsi seksual

Jika seorang lelaki sukar untuk berejakulasi, atau mengalami ejakulasi yang menyakitkan, hilang nafsu seks, susah untuk mengekalkan ereksi dan ada benjolan di buah zakar  – itu tanda dia mempunyai masalah kesuburan.

Segera dapatkan rawatan pakar!




3. Datang haid dengan banyak dan amat menyakitkan

Hampir 5 hingga 10% wanita yang tidak subur mengalami haid yang terlalu banyak. Ini mungkin kerana fibroid rahim.

Malah, haid yang terlalu menyakitkan pula mungkin adalah petanda penyakit endometriosis, yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. 




4. Gangguan penglihatan dan semakin cuai

Sekiranya haid anda tidak teratur beserta masalah semakin cuai dan gangguan penglihatan, itu mungkin kerana anda menghidap prolaktinoma.

Prolaktinoma adalah sejenis tumor bukan kanser di bahagian kelenjar pituitari yang mampu menjejaskan kesuburan, kata Dr. Brian Levine, pakar kesuburan.

Kelenjar pituitari menghasilkan hormon folikel yang distimulasi (FSH). Ia mengawal ovari dan pengeluaran telur.

Tapi, penyakit prolaktinoma boleh menyebabkan FSH ini tidak berfungsi.




5. Rambut berlebihan

Jika anda perasan rambut anda semakin lebat dan berlebihan, itu tanda anda menghidap sindrom ovarium polikistik (PCOS). 


PCOS antara punca masalah ketidaksuburan. Antara tanda-tanda lain adalah anda mengalami haid tak teratur, tambah berat badan dan jerawat.




6. Tambah berat badan

Menurut Centers for Disease Control, hampir 45% wanita tidak boleh hamil kerana masalah berat berlebihan atau obesiti.

Malah, wanita yang kurang berat badan dan sering bersenam pula akan mengalami haid yang tidak teratur.






7. Masalah tiroid

Salah satu tanda penyakit hiperaktif tiroid adalah rambut gugur dan semakin menipis. Masalah tiroid ini mampu menjejaskan ovulasi seorang wanita.


Malah menurut kajian The Obstetrician & Gynaecologist, pengkaji mendapati hampir 2.3% wanita yang tidak dapat hamil menghidap penyakit hiperaktif tiroid.

Antara simptom-simptom penyakit ini adalah kerisauan melampau, hilang berat badan, degupan jantung yang terlalu cepat dan keletihan.




8. Hubungan seks yang menyakitkan

Memang ada penyakit di mana seorang wanita tidak boleh melakukan seks kerana ia amat menyakitkan.

Jika anda tak menghidap penyakit itu, cuba guna lubricant. 

Tapi, kesakitan ketika berhubungan intim juga petanda anda kurang hormon estrogen, yang bermaksud… menopaus!



9. Kurang vitamin D

Vitamin D menyumbang kepada kesihatan tulang, jantung dan sistem imun badan. Ia juga membantu lelaki dan wanita dalam hal kesuburan.

Namun menurut kajian CDC, hampir 41.6% pasangan yang kekurangan vitamin D sukar untuk hamil.

Akan tetapi, pakar mengharapkan lebih banyak kajian tentang vitamin D dilakukan untuk mengait ia dengan masalah ketidaksuburan.

Wednesday 23 October 2019

AMARAN ! MONSTER CYST PEMBUNUH NO. 1 IMPIAN WANITA NAK KEKAL SUBUR DAN DAPAT ANAK



" Hanya wanita yang faham keadaan ini.. Bila haid yang sebelum ni lancar dan teratur mula skip begitu lama. Kalau period.. banyak pulak darah yang keluar.. sakit tak payah cakap laa.. berguling dibuatnya.. bila disentuh bawah perut ni mengeras jer. Perut pun makin membesar macam mengandung.. tapi bila cek 1 line jerr.. Naluri wanita kata ada sesuatu yang tak kena nii.. Akhirnya pergi jumpa doktor.. rupanya aku ada Cyst Ovari ! Apa tuu ? "


Kalau anda nak tahu.. CYST OVARI adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakkan cyst tidak merbahaya. Namun, jika dibiarkan lama.. ianya dapat menimbulkan masalah.. bermula dari rasa sakit masa haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga jadi penyakit serius seperti terlilit batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadi kanser endometrium. Dan akhirnya... rahim rosak dan terpaksa dibuang.

Perbezaan CYST Dengan MIOMA 

CYST berbeza dengan Mioma. CYST berbentuk cairan.. sedangkan Mioma berbentuk keras (tumor). CYST biasanya tumbuh dalam ovari wanita.. manakala Mioma pula pada dinding rahim wanita. Dalam keadaan ini.. seseorang wanita mampu mengalami sama ada Cyst dan juga Mioma dalam masa yang sama. \

Jenis-Jenis CYST OVARI




1. CYST CORPUS LUTEUM

Jenis ini adalah yang paling umum terjadi kepada kebanyakkan wanita.. biasanya tidak ada tanda dan berukuran 2-6cm diameter.




2. CYST HEMORRHAGIC

Timbulnya pendarahan dalam Cyst.. Tandanya adalah terasa senak dan perit di bahagian perut. 



3. CYST DERMOID

Jenis ini biasanya menyerang wanita berusia lebih muda dan dapat tumbuh besar (15cm) dan berisi tidak hanya cairan.. tetapi ada lemak, jaringan tulang ataupu tulang rawan, rambut halus dan gigi. Jenis ini dapat meradang dan menyebabkan posisi tiub fallopio membelit.



4. CYST ENDOMETRIUM 

Ia disebut juga dengan panggilan Endometriosis. Jenis ini terjadi ketika jaringan lapisan rahim (endometrial) hadir dalam ovarium wanita. Biasanya berisi darah bewarna coklat dan ukurannya berkisar antara 2cm hingga 20cm. Ianya boleh menyerang wanita yang berusia sekitar 16-27 tahun.. Kebiasaannya akan timbul rasa sakit yang luar biasa ketika kedatangan haid dan sangat mengganggu kesuburan.



5. CYST DENOMA 

Cyst ini terjadi bila tumor terbentuk dari jaringan ovari. Tumor jenis ini biasanya berisi cairan dan berukuran sangat besar.. bahkan sehingga 30cm atau lebih diameter. 



6. POLYCYSTIC- APPEARING OVARY

Cyst kecil yang terbentuk disekeliling luar ovarium.. ianya terjadi kepada wanita normal dan wanita yang mengalami gangguan hormon endokrin.

7. SINDROM POLISISTIK OVARI [ Polycystic Ovarian Syndrom - PCOS]

PCOS adalah dimana terdapat banyak Cyst didalam ovari. Hal ini terjadi kerana ovari mengeluarkan hormon endrogen secara berlebihan dan juga boleh terjadi disebabkan faktor genetik. 

PCOS biasanya mempunyai tanda yang jelas dan boleh dilihat seperti :


  • Tumbuh bulu halus dan lebat pada dada dan kumis
  • Wajah berjerawat 
  • Gangguan kitaran haid
  • Berat badan meningkat

Komplikasi ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung, kolestrol, diabetes melitus tahap 2 dan tekanan darah tinggi akibat gangguan pada insulin. Selain itu ia juga meningkatkan risiko kanser endometrium bila jarak antara tempoh datang haid sekitar atau lebih 60 hari.

Penyakit PCOS juga seringkali dikaitkan dengan kemandulan, meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan serta kitaran haid terganggu. 

Apa Yang Menyebabkan CYST Ovari Boleh Terjadi ?

Antara penyebab CYST OVARI boleh dikenal pasti dengan......


  • Sejarah Cyst Ovari terdahul
  • Kitaran haid tidak teratur 
  • Perut buncit seakan mengandung
  • Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
  • Potensi untuk berlaku kehamilan tiada
  • Pesakit Hipotiroid
  • Penderita kanser payudara yang pernah menjalani kimoterapi (tamoxifen)

Gejala Dan Diagnosis CYST OVARI

CYST OVARI biasanya tidak menunjukkan tanda dan tidak mudah untuk dikesan melalui USG ketika pemeriksaan rutin kandungan. Namun, beberapa individu dapat mengalami gejala ini : 


  • Terasan senak di bahagian bawah perut atau sakit dibahagian pinggul yang timbul tenggelam dan menusuk. 
  • Kitaran haid tidak teraturBawah perut rasa penuh dan tertekan 
  • Pedih/Sakit yang luar biasa ketika haid.. bahkan terasa hingga ke belakang pinggang 
  • Mual dan muntah 
  • Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina. 

Monday 14 October 2019

KENAPA BOLEH BERLAKU KEGUGURAN !



Sesiapapun akan rasa teruja semasa awal kehamilan. Namun dalam rasa seronok menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga kita.. perlu ada langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan jauh dari masalah keguguran.

Keguguran ?? Apa tuuu??


Apa Itu Keguguran ?

Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Untuk keguguran awal merupakan perkara biasa berlaku dan dianggarkan sebanyak 10% hingga 20% kes dalam 100 kehamilan. 

Berbeza dengan keguguran lewat yang berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan. Ia jarang berlaku dan 1% ke 2% kes dalam 100 kehamilan.

Keguguran Berulang-ulang ! 

Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Ia berlaku pada 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat. 




Kenapa Boleh Berlaku Keguguran Berulang dan Keguguran Lewat Kehamilan ?

Kadangkala doktor dapat mengenalpasti sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes yang berlaku, doktor tidak dapat mengenalpasti sebab berlakunya keguguran ini. Apatah lagi jika semua ujian yang dijalankan tidak menunjukkan tanda bakal berlaku keguguran dan berada dalam keadaan normal.

Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguruan lewat kehamilan. 

1. UMUR

Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran, Jika wanita berusia 40 tahun, lebih 1 dalam 2 (50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun boleh beri peluang untuk keguguran.

2. ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS)

APS merupakan sindrom darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

3. GENETIK 

2-5 dalam 100 pasangan (2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya tidak normal dimaa salah satu kromosom (struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan pewarisnya dari ayah atau ibu.) Walaupun masalah genetik ini berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang masalah pada ayah atau ibu, namun ianya boleh menyebabkan keguguran boleh berlaku. 

4. PANGKAL RAHIM LEMAH 

Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Agak sukar untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah untuk wanita yang tidak mengandung. Mungkin ini adalah penyebab keguguran jika kehamilan sebelumnya gugurdengan cara air mentuban pecah awal ataupun pangkal rahim membuka lebih awal walaupun si ibu tidak merasa sakit. 

5. PERKEMBANGAN BAYI TIDAK NORMAL

Perkembangan bayi tidak normal boleh menyebabkan keguguran tetapi ia bukan penyebab keguguran berulang 

6. JANGKITAN KUMAN

Sesetengah jangkitan kuman yang menyebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun, jangkitan yang boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum dikenal pasti. 

 7. BENTUK RAHIM 

Ianya belum disahihkan lagi sebagai penyumbang kepada masalah keguguran. Namun ia juga boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kearah tersebut. 

8. KENCING MANIS & MASALAH TIROID

Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak dikawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

9. IMUNISASI (Immune Factors)

Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal. Ia dinamakan sebagai Alloimmune Reaction. Walaubagaimanapun.. masih tiada bukti sahih yang menyokong kenyataan ini dan ia masih lagi dalam kajian. 

10. OBESITI 

11. MEROKOK

12. PENGAMBILAN KAFFEIN DAN ALKOHOL YANG TINGGI

Peluang untuk keguguran lagi meningkat apabila berlaku satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk alami keguguran sekali lagi. 




Siasatan Yang Boleh Dijalankan Untuk Keguguran Berulang 

Ujian Darah 

  • Mengenalpasti Antiphospholipid Syndrome dan Thrombophilia
  • Mengenalpasti keadaan kromosom sama ada normal atau tidak sekiranya bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal 
  • Menentukan jangkitan kuman



Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab berlakunya keguguran berulang ini. Sekiranya doktor tidak dapat mengenalpasti punca selepas pemeriksaan serta ujian yang berkenaan, wanita tersebut tidak perlu menerima rawatan.

Wanita dan pasangan sepatutnya mendapatkan rawatan kaunseling oleh pakar. Mereka yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat dikenalpasti sebab keguguran berulang namun 75% didalam 100 kes akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.

Keguguran juga merupakan kehilangan. Jadi tolong sensitif dengan ibu yang pernah alami keguguran. 


Monday 7 October 2019

HEYY LADIES ! PERIKSA SENDIRI PAYUDARA ANDA BAGI LANGKAH AWAL MENGESAN KANSER !




Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. dianggarkan 27 wanita daripada 100,000 penduduk di negara kita menghidap kanser payudara. 

Selain itu, kanser payudara turut dilaporkan menjadi faktor utama penyebab kematian akibat kanser di kalangan wanita. Ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh wanita itu sendiri sebagai langkah awal mengesan dan merawat. Jadi buat wanita di luar sana.. apakah yang perlu dilakukan sebelum ia memudaratkan kesihatan ?



PERIKSA SENDIRI PAYUDARA ANDA !

Sebenarnya.. ia adalah agak mudah dan tidak mengeluarkan sebarang kos dengan memeriksa sendiri payudara anda.

Ada beberapa perkara yang anda perlu perhatikan semasa pemeriksaan payudara dibuat iaitu :


  • Rasa sakit pada payudara apabila dipicit
  • Terdapat ketulan atau benjolan pada payudara
  • Perubahan saiz atau bentuk payudara secara tiba-tiba
  • Kulit payudara berubah warna seakan merah pucat
  • Kulit payudara seperti bersisik 
  • Puting mengeluarkan darah
  • Puting kelihatan masuk kedalam 
  • Bawah lengan membengkak dan tumbuh ketulan atau benjolan 


Dalam pada itu, ada waktu yang paling sesuai untuk lakukan pemeriksaan payudara. Nak tahu?


  • 7 hingga 10 hari selepas hari pertama datang haid
  • Jika anda tidak lagi datang haid atau mengalami haid tidak menentu. pilih satu hari sebagai penentu contohnya hari pertama setiap bulan 
  • Periksa jika terdapat perubahan pada payudara sebulan sekali
  • Berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudara setahun sekali





DIAGNOSIS KLINIKAL PAYUDARA 

Selain daripada memeriksa sendiri payudara.. anda wajar mendapatkan diagnosis secara klinikal daripada doktor. Ada 2 metode diagnosis yang boleh dilakukan iaitu :

Mammogram

Ia akan metode diagnosis yang berupaya memaparkan imej di dalam permukaan payudara anda. Kebanyakkan wanita berusia 40 tahun ke atas perlu menjalankan metode ini secara tahunan untuk memeriksa sel kanser yang mungkin wujud pada payudara. 

Ultrabunyi

Ia adalah metode diagnosis yang berupaya memaparkan imej tisu di dalam payudara anda menggunakan gelombang bunyi. Sama juga seperti mammogram, ia boleh membantu doktor untuk mengesan jika terdapat sebarang tumor atau sista pada payudara.



JANGAN AMBIL MUDAH 

Konklusi di sini.. tidak kira lelaki mahupun wanita.. jangan pernah memandang remeh pada sebarang perubahan pada payudara anda. Lakukan pemeriksaan awal. 

Adakah anda mahu kanser merebak sehingga anda berisiko kehilangan payudara atau nyawa anda? Jika tidak sila periksa sendiri payudara anda bagi langkah awal mengesan dan merawatnya sebelumparah. 

Dan jika anda memilih untuk melakukan rawatan alternatif, tidak salah.. anmun jangan sampai memberi masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa. 

Dalam masa sama, amalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang. Lakukan aktiviti fizikal.

Ingat ! Mencegah itu lebih baik daripada merawat ! 

LIVE CHAT