TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Sunday 22 April 2018

KENAPA ANAK SAYA SUSAH NAK FOKUS ??




Kadar waktu anak-anak bawah 10 tahun belajar memang sekejap sahaja. Paling lama boleh duduk statik di meja belajar, mungkin dalam satu jam. Selepas itu, mulalah fokus mereka kelaut

Buku sudah nampak semacam kapal selam. Pensel pula seperti roket atau kapal terbang!

Bila anak bosan belajar, tak semua ilmu yang cikgu ajar dicerap dan dihadam dengan baik. Hasilnya, keputusan peperiksaan corot atau cukup makan saja


Sebelum tahu cara selesaikan, baca dulu sebab utama kenapa anak mudah bosan atau hilang minat ketika belajar :


1) Tidak selesa dengan persekitaran

Persekitaran di sekolah mungkin bising. Dalam kelas, anak pula duduk di bahagian tengah atau belakang. Apa yang cikgu ajar mungkin tidak sampai kepadanya dan membuatkan dia tidak faham


2) Tidak minat subjek sekolah

Bila tidak faham, sedikit sebanyak anak mula menjauhi sesuatu subjek dengan alasan subjek tersebut susah.



3) Tiada motivasi

Setiap hari perkara yang sama berulang, membuatkan anak hilang motivasi untuk belajar. Pergi ke sekolah hanya untuk bertemu kawan-kawan dan bermain. Tidak buat homework bukanlah sebab malas atau terlupa, tetapi mungkin juga kerana tidak tahu.


4) Cara belajar tidak sesuai dengan mereka

Setiap orang ada cara belajar tersendiri. Belajar secara visual, lebih banyak menggunakan mata. Belajar secara audio, cenderung mendengar. Belajar secara kinestatik, memerlukan banyak pergerakan. Sekiranya guru hanya menumpu kepada satu kaedah pengajaran sahaja, ia tak mampu untuk meliputi kepelbagaian cara belajar anak – anak di dalam sesebuah kelas



5) Tiada keserasian dengan tenaga pengajar

Mungkin sebab tidak faham dan selalu tidak siapkan homework, anak sering dimarah dan didenda oleh guru. Anak mungkin terasa hati dan tidak menyukai guru yang mengajar. Lagipun, jumlah pelajar yang ramai di dalam kelas menyebabkan guru subjek tidak sempat memantau pelajar secara individu


Dalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana anda sebagai ibubapa boleh praktikkan supaya anak-anak bawah 10 tahun ini seronok belajar dan tak mudah berasa bosan. Anak yang lebih fokus belajar, mudah faham subjek yang dipelajari. Lebih tinggi kefahaman, lebih mudah untuk skor atau menjawab soalan ujian atau peperiksaan.


Berikut adalah 5 cara mudah yang boleh diusahakan supaya anak tidak bosan malah jadi semakin seronok belajar :


1. Menyediakan persekitaran belajar yang selesa dan kondusif.

Jika tidak boleh mengawal suasana pembelajaran dalam kelas, anda boleh mengoptimakan suasanan pembelajaran anak di rumah. Sediakan bilik atau tempat belajar yang jauh dari gangguan tv atau bunyi bising dari adik beradik.



2. Mewujudkan minat belajar dengan mempelbagaikan cara belajar.

Contohnya jika anak tidak minat belajar matematik sebab perlu menghafal sifir, anda boleh sediakan kuiz dan berikan hadiah atau penghargaan sekiranya ada peningkatan dalam hafalan. Anda juga boleh masukkan elemen game dalam pembelajaran supaya anak lebih seronok dan bertambah minat


3. Memberi motivasi tinggi

Motivasi itu seperti iman. Sekejap naik sekejap turun. Salah satu cara menaikkan motivasi anak adalah dengan memberikan kata-kata dorongan, pujian, dan rangsangan. Hadiah juga adalah salah satu cara untuk menaikkan motivasi anak. Biasakan beri hadiah yang kecil dan murah sahaja tetapi tinggi nilai bagi dirinya.



4. Mengetahui cara anak belajar

Cara setiap orang belajar adalah berbeza. 3 kaedah pembelajaran asas yang anda sebagai ibubapa perlu tahu :

• Visual - Anak cenderung belajar menggunakan mata. Jadi anda perlu banyakkan penggunaan alatan tulis yang bewarna-warni. Nota menarik dan cantik. Anak ini suka bercakap. Jadi berkemungkinan dia juga banyak bertanya . Anda perlu banyak bersabar

• Audio – Anak cenderung belajar menggunakan pendengaran. Sewaktu mengajar di rumah, anda boleh banyakkan bercerita. Anak yang dominan audio ini lebih seronok belajar beramai-ramai kerana dia lebih banyak mendengar perbincangan berbanding bercakap

• Kinestatik – Anak ini banyak bergerak dan tidak boleh duduk setempat. Sekiranya belajar matematik, perlu guna alat bantu seperti lidi, sempoa kerana dia pasti menyukainya. Dia perlu banyak pergerakan.



5. Sediakan guru tuisyen peribadi

Guru tuisyen peribadi atau home tutor sedang menjadi trend di kalangan ibubapa sekarang. Selain jimat minyak kereta dan masa, guru tuisyen merupakan alternatif terbaik yang dapat membantu mengembalikan minat anak untuk belajar. Kepelbagaian cara belajar dan interaksi dua hala, menyebabkan anda lebih responsif dan sentiasa bersedia untuk belajar


Yusra Bestari Home Tuition menyediakan guru tuisyen terlatih yang datang mengajar di rumah pelajar dengan kadar yuran yang sangat berpatutan. Pembelajaran one-to-one atau belajar berkumpulan dalam saiz yang kecil merupakan kaedah pembelajaran yang sangat berfokus

Apabila anak mula serasi dengan guru, kefahaman anak terhadap pembelajaran semakin bertambah. Minat pada subjek yang dipelajari juga meningkat menyebabkan anak lebih bersungguh-sungguh dan fokus semasa belajar di sekolah




Dalam post ini, anda telah belajar 5 cara mudah untuk bantu anak hilangkan rasa bosan ketika belajar.

Penting untuk anda aplikasikan salah satu cara di atas supaya kebosanan anak tidak melarat seterusnya membuatkan dia terus hilang minat untuk belajar.

Thursday 19 April 2018

SUAMI MALU KENA ANGIN PASANG ! NAK TAU KENAPA ??



Buat lelaki.. korang tau tak 40% masalah kemandulan korang berpunca daripada kualiti sperma ? Bunyinya menyedihkan kan ? Tapi tu la fakta yang korang perlu tau.. dan bila sperma yang dihasilkan kurang berkualiti pastinya peluang untuk korang untuk dapat title mandul cukup tinggi. Nak tau sebab apa ?

Bila lelaki tidak subur.. peluang untuk korang memiliki anak rendah.. dan ini sangat ditakuti oleh semua golongan wanita terutama isteri yang berharap untuk ada cahaya mata sendiri.

Jom kita ambil tau tentang kesuburan lelaki supaya memudahkan untuk anda kenal pasti punca dan langkah mencegah dari masalah ni jadi lebih serius.



KESUBURAN LELAKI

⏩Kemampuan lelaki untuk menghasilkan sperma yang sempurna dan banyak.. serta sperma tersebut dapat berenang dengan lancar ke telur (ovum) di ovari wanita untuk proses persenyawaan. Itulah yang dimaksudkan dengan lelaki subur.



SPERMA SEMPURNA

⏩Air mani (sperma + cecair nutrien (mazi)) yang berkualiti dan subur adalah apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1ml air mani.



BILA WAKTU SUBUR LELAKI?

⏩Waktu subur lelaki tidak mempunyai kitaran bulanan seperti orang perempuan.. tapi ia berlaku setiap waktu pagi.. terutama time musim sejuk atau dalam suhu sejuk.

⏩Perubahan suhu dan musim akan mempengaruhi jumlah sperma lelaki. Pada waktu pagi dan musim sejuk.. jumlah sperma pada lelaki akan lebih banyak berbanding ketika suhu atau musim panas.

⏩Kira-kira jam 4 pagi hingga 7 pagi adalah waktu paling subur lelaki.. dan waktu terbaik untuk pasangan suami isteri melakukan hubungan seks.

⏩Buah zakar lelaki sangat sensitif kepada suhu.. Suhu yang panas akan memendekkan kualiti dan jangka hayat sperma.. Oleh itu.. lelaki tak disarankan mandi sauna / wap panas ataupun mandi kolam air panas untuk tempoh lama.



TANDA LELAKI TAK SUBUR

➤Zakar lambat tegang
➤Mudah terpancut 
➤Kurang nafsu terhadap isteri 
➤Sperma lambat atau gagal berenang ke ovum
➤Sperma yang sedikit
➤Sperma cacat
➤Kurang stamina dan cepat letih 



PUNCA LELAKI TAK SUBUR

➥Stress
➥Kesihatan 
➥Pemakanan yang tidak sihat
➥Merokok
➥Obesiti
➥Kencing Manis
➥Suhu
➥Keturunan 
➥Memakai Seluar Ketat
➥Kuat Melancap (Beronani)
➥Lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome (memiliki alat kelamin kecil)
➥Penyakit kronik dalam tempoh panjang
➥Jangkitan kuman dan penyakit kelamin seperti serangan kuman Gonorhea, HIV, Herpes, Genital dan sebagainya
➥Penyakit Varicoles atau Hernia yang menyebabkan zakar menjadi besar, keras dan sakit
➥Menghadapi masalah pada skrotum
➥Kecacatan kekal dengan kelahiran mempunyai sebelah zakar
➥Mati pucuk, lemah tenaga batin
➥Terlalu banyak pengambilan ubat penyakit



JENIS MASALAH KESUBURAN LELAKI 

OLIGOSPERMIA / OLIGOOZOSPERMIA
➨Bilangan sperma kurang

TERATOSPERMIA
➨Bilangan sperma banyak dan kurang berkualiti serta berlaku kecacatan pada sperma

ASTHENOSPERMIA
➨Sperma tidak bergerak aktif dan lemah

SINDROM OTA [ Oligo , Terato & Astheno ]
➨Keadaan sperma kurang, tidak aktif dan kurang berkualiti



BAGAIMANA NAK ELAK MASALAH KESUBURAN LELAKI NI ??

➣Guna seluar longgat, jangan ketat sangat
➣Kurang pendedahan bahan kimia dan radiasi berlebihan 
➣Elak alat sulit berada dikawasan panas. Contohnya elakkan meletakkan lap top di atas riba
➣Elakkan makanan yang boleh jejaskan kualiti sperma dan mengandungi bahan pengawet yang tinggi
➣Elakkan minuman beralkohol
➣Hentikan tabiat merokok dan jauhi perokok sebab ia penyumbang utama masalah kesuburan
➣Kurangkan tekanan dan jauhi perasaan kemurungan
➣Dapatkan berat badan yang ideal



Thursday 12 April 2018

LELAKI PERLU TAHU !! KELEBIHAN SUSU KAMBING BUAT LELAKI SEJATI !



Ramai yang tidak mengetahui bahawa susu kambing adalah susu yang ada pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Susu kambing memang sesuai diminum untuk semua peringkat umur.


Kesuburan wanita dan lelaki juga sangat membantu jika anda amalkan susu kambing. Dengan rutin harian meminum susu kambing, kesuburan wanita dan lelaki normal mampu menambahkan hormon, mengktifkan dan menguatkan sperma, merangsang rahim dan memanaskan organ pembiakan.

Meminum susu kambing ini telah pun menjadi amalan oleh remaja-remaja di tanah arab yang telah pun mendirikan rumahtangga. Susu kambing sebenarnya boleh membantu merangsang rahim, menguatkan organ pembiakan dan juga menguatkan tenaga-tenaga dalaman kita.


 


Apa Khasiat Susu Kambing?

Kandungan Kalsium dan Phosporos yang terkandung di dalam susu kambing hampir sama dengan susu ibu. Jumlah protein, vitamin A, mineral dan zat besi di dalam susu kambing ternyata melebihi daripada susu lembu.

Susu kambing mempunyai sifat alkali yang mampu membantu memaksimumkan penyerapan zat dalam badan dan menurunkan kadar asid dalam darah.Ianya juga boleh meningkatkan daya imunisasi badan dan menyahkan toksid didalam darah kita.

Susu Kambing mempunyai saiz molekul-molukel yang amat kecil berbanding dengan susu lembu bagi mempercepatkan penghadaman didalam perut manusia. Mengandungi faktor bio aktif seperti IGF1 yang sangat tinggi dan jug asid CLA (conjugated linoleac acid) sebagai agen anti kanser.



Antara Khasiat Susu Kambing untuk Lelaki Sejati

⏩Tidak menyebabkan alergi
⏩Menguatkan sistem imunisasi tubuh
⏩Bersifat alkali.
⏩Terdapat banyak vitamin dan mineral 
⏩Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan
⏩Melancarkan sistem pencernaan dan usus
⏩Menguatkan kualiti sperma
⏩Merawat pelbagai jenis penyakit 
⏩Mengimbangi gula dalam darah dan kolesterol
⏩Menguatkan tulang, gigi, otot, sendi
⏩Memulihkan tenaga dalaman
⏩Memanaskan organ pembiakan 
⏩Menambah dan mengaktifkan hormon




Susu Kambing Minuman Sunnah?

Kenapa Nabi Muhammad saw gemar mengamalkan susu kambing.


KALAU DUA TIGA HARI TAKPER JUGAK !! NI DAH NAK MASUK TAHUN DAH TAK MAI.. PASAL APA ?


Arghhhh…!!! Siapa tak risau kan kalau peyed tak datang lama.. kalau lewat 2 atau 3 hari tu bleh lerr terima.. ni sampai berbulan2 dan ada sampai bertahun jadinyer.. 

Nak kata pregnent tak jugak... nak kata dah monopos.. muda lagi kott.. 

Serius weihh.. Haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita. Seyes..!! Stress!!

Kenapa ni.. Rilekss jangan stress2 sebb makin anda stress makin ganggu hormon.. Dan bila period hormon tak betul tu yang ganggu circle period anda...

Ada banyak lagi sebab kenapa period lama tak datang sebenarnya... Nak tau tak ??




KENAPA HAID JADI X TRATUR EKK ?


AMENORRHOEA 

➥ wanita yg tak pernah dtg haid pada umur 16 tahun atau haid berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tapi tak mengandung.
➥ Ia bukan penyakit tapi mungkin disebabkan oleh gangguan hormon, keadaan persekitaran dan corak kehidupan yg tak sihat.

OLIGOMENORRHOEA 

➥ Haid datang dalam kitaran 35-90 hari (kitaran normal 28 hari).
➥ Berpunca dari pengambilan pil hormon dan masalah dalaman seperti penyakit PCOS.

OVARI PRA-MATANG 

➥ Kilang Ovari berhenti keluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya.
➥ Contohnya, seorang wanita yg berusia 25 tahun tak dtg haid sbb Ovarinya dah menapous.
➥ Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang inginkan cahaya mata. Jangan tidak percaya ovari juga boleh tua sebelum waktunya.

FIBROID RAHIM 

➥ Fibroid rahim adalah tumor tapi bukan kanser.
➥ Selalu terjadi kat wanita yg pernah melahirkan anak.
➥ Punca disebabkan terdapat darah haid tak habis keluar atau darah nifas yg tak di keluarkan dengan habis semasa proses berpantang.
➥ Tanda-tanda fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan sakit senggugut yang kuat.

ENDOMETRIOSIS 

➥ Tisu yg sepatutnye tumbuh di dalam rahim berkembang di luar rahim.
➥ Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period.
➥ Penyebabkan kemandulan.

DYSMENORRHOEA 

➥ Sengugut teruk.
➥ Tak serius tapi masih perlu di beri perhatian sbb di takuti berlaku di sebabkan jangkitan, endometriosis atau sista ovari.



CEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

Antara pencegahan yg boleh dilakukan utk elakkan sebarang masalah ialah:

➤ Tolong jaga kebersihan alat sulit anda.

➤ Elakkan daripada memakai pencuci wanita terlalu kerap sbb ia akan mematikan flora dan fauna di situ.

➤ Jangan buat teknik douching (menyebur air masuk ke dalam vagina).

➤ Amalkan pemakanan yg sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran.

➤ Elakkan pemakanan yg bersifat hormon. Seelok-eloknya makan sumber protien seperti ayam kampung, ikan, daging lembu yg tak di cucuk dengan ubat hormon.

➤ Elakkan makanan segera kerana ia mempunyai kandungan garam dan bahan perisa yang tinggi

➤ Amalkan pengambilan ubat atau supliment yg disyorkan oleh pakar. Pastikan ianya bersesuaian dengan masalah anda


PUNCA LEWAT HAID PERLU DIKENALPASTI

Terdapat banyak punca lewat haid yang boleh dikenalpasti. Ini kerana, haid yang normal menunjukkan tahap kesuburan anda berada pada tahap yang baik.

Jika anda telah membuat ujian kehamilan dan mendapatinya negatif, anda boleh cuba lagi dalam masa seminggu. Namun, jika masalah ini berpanjangan, anda bolehlah berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan kepastian.

[ Sumber : Pakar sakit puan / Tahniah Anda Hamil ]

Tuesday 10 April 2018

MEROYAN ! PENYAKIT EMOSI IBU SEMASA BERPANTANG !!




Disebalik kegembiraan menerima kehadiran cahaya mata.. sememangnya wujud pelbagai perasaan termasuklah perasaan bimbang.



Kalau anda nak tau.. Emosi si isteri amat perlu dijaga semasa berpantang. Sebab ketika inilah bantuan seluruh ahli keluarga diperlukan. Suami mesti sentiasa berada disisi untuk membantu melaksanakan tanggungjawab baru ni bersama-sama. Kalau tak isteri akan stress atau bahasa lebih mudah meroyan (kemurungan posnatum).

Meroyan atau Stress ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental yang diberikan oleh kita terhadap sesuatu perubahan. Ada yang beranggapan ia disebabkan perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda.

TANDA MEROYAN


  • Tekanan
  • Bebanan 
  • Konflik
  • Keletihan 
  • Ketegangan 
  • Panik
  • Perasaan gemuruh
  • Kebimbangan 
  • Kemurungan 
  • Sering nangis
  • Rasa putus asa
  • Muram
  • Sunyi
  • Terperangkap
  • Gelisah 
Semua ibu yang berpantang akan rasa satu atau lebih perasaan tu dalam satu masa. Tapi jika perasaan tu berterusan dalam jangka masa panjang. Anda mungkin sedang meroyan.

Kebiasaannya berlaku bila baby mencapai usia 4 hingga 6 minggu. Namun adakalanya ia bermula beberapa bulan lepas dia dilahirkan. Pada mulanya rasa gembira dan perlahan-lahan mula murung dan sedih. 



PUNCA MEROYAN 

  • Kecewa dengan diri sendiri 
  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu
  • Suami kurang membantu dan berasa sunyi
  • Masalah kewangan, kerjaya, anak dan sebagainya
  • Masalah kesihatan 
  • Dapat bayi cacat, pra-matang atau tidak sihat
  • Masalah untuk menyusu badan
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi yang menimpa sehingga ingatan sedih melanda

TANGANI MASALAH MEROYAN SECARA BIJAK

  • Tetapkan matlamat yang lebih realistik
  • Lebihkan amal ibadat
  • Sentiasa redha dengan ketentuan Allah
  • Bijak mengatur soal kewangan
  • Belajar untuk mengatakan tidak kepada tugas yang tak mampu dilaksanakan dan minta bantuan
  • Gembirakan hati semasa menghadapi saat kesulitan
  • Rancang kerja dengan teliti
  • Berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan
  • Beristirehat
  • Tidur secukupnya
  • Amalkan senaman ringan yang sesuai untuk ibu berpantang
Makan secara sihat

LANGKAH MENGAWAL TEKANAN DAN KEMARAHAN 

  • Ambil wudhuk
  • Bertenang.. tarik nafas dan lepas perlahan-lahan 
  • Kenal pasti punca
  • Dapatkan nasihat orang lain
  • Pergi ke tempat lain
  • Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan 
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan 

BAGAIMANA SUAMI, RAKAN DAN KELUARGA BOLEH MEMBANTU ?

Kadangkala agak susah bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk faham masalah dan penderitaan anda. Namun mereka memainkan peranan besar dalam memberi sokongan kepada anda. Beritahu mereka apa yang anda rasa. Jangan pendam dan jelaskan pada mereka tentang keadaan anda beserta keinginan anda. Walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya mereka cuba sedaya upaya cuba membantu fahami keadaan anda. 

Suami pun berkemungkinan besar mengalami kemurungan jika anda bertindak berdiam diri dan mengalami masalah meroyan. Jadi jangan segan untuk minta bantuan. 



BOLEH KE SAYA MENGELAK DARIPADA MEROYAN ?

Insya-Allah boleh dengan meletakkan Allah dihati. Dalam masa sama jaga kesihatan diri dengan baik sejak awal kandungan lagi. Cuba kawal dan kurangkan tekanan serta terima segala bantuan yang ditawarkan tanpa berfikir diri anda menyusahkan atau membebankan.

Lebih banyak sokongan yang diperoleh semasa hamil.. lebih kuat dan yakin anda akan rasakan selepas bersalin. 

#listra

Sunday 8 April 2018

BETUL KER MENGANDUNG LEWAT USIA TU BERISIKO ?


Anda nak tau.. sekarang ni dah jadi trend kahwin lewat dan semua tau bukan sesuatu yang pelik kan.. Disebabkan ekonomi yang mendesak sekarang ni.. makin ramai wanita yang mahu fokus kepada kerjaya dan terpaksa melalui kehamilan pada usia yang lebih lewat.

Apa yang membimbangkan.. sering sangat kita dimomokkan dengan kata-kata orang bahaya kalau mengandung lewat sangat.. Persoalannya betul ke wanita yg dah lewat usia berisiko ? 


Menurut kajian dan bukti terkini yang dibuat . berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita, seperti yang didedahkan dalam artikel Medical News Today.



5 RISIKO KEHAMILAN SELEPAS USIA 35 TAHUN

MASALAH KESUBURAN
Pertama sekali, usia yang semakin lanjut kerapkali dikaitkan tahap kesuburan lelaki dan wanita yang kian merudum.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan melalui The New England Journal of Medicine, 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh mengandung dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31-34 tahun. Malah, apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.



MASALAH KESIHATAN BAYI
Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh pasangan juga menyumbang kepada risiko keguguran bayi.

Penelitian menunjukkan keguguran bayi meningkat selari dengan usia kehamilan, di mana bayi juga berisiko mengalami kurang berat badan, kelahiran pramatang, dan meninggal dunia dalam kandungan.



KOMPLIKASI BERSALIN
Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep, atau pembedahan Caesarean.

Dalam penyelidikan di King’s College London, keputusan mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin dan secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan efektif. Sementara itu, perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.

pengalaman dalam bilik bersalin



MASALAH KESIHATAN IBU
Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, tinggi kolesterol, dan sebagainya.

Disebabkan penyakit dan kondisi inilah, wanita disarankan agar tidak melewat-lewatkan kehamilan mereka tanpa sebab. Ini kerana, kondisi tersebut mampu menjejaskan kesihatan kandungan dan memburukkan keadaan kesihatan ibu.



RISIKO BAYI SINDROM DOWN
Sesetengah risiko penyakit genetik seperti sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah

1 dalam 1064 pada usia 25 tahun
1 dalam 686 pada usia 30 tahun
1 dalam 240 pada usia 35 tahun
1 dalam 53 pada usia 40 tahun
1 dalam 19 pada usia 45 tahun
Salah satu faktor yang menjadi sandaran pakar buat masa ini adalah apabila ibu semakin berusia, proses rekombinasi yang kurang terkawal hingga menyebabkan kecelaruan pada susunan kromosom dan bilangan sel yang abnormal.



CARA UNTUK MENGURANGKAN RISIKO HAMIL LEWAT USIA : 

1. Jaga pemakanan-patuhi diet pemakanan untuk ibu mengandung.
2. Elakkan melakukan kerja yang berat dan aktiviti lasak.
3. Dapatkan rehat yang secukupnya.
4. Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Dapatkan nasihat dari doktor pakar.
6. Dapatkan sokongan dari suami dan keluarga.
7. Ambil supplemen yang secukupnya- Asid Folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang dan sebaiknya di ambil sebelum hamil. Wajib diambil bagi ibu-ibu yang hamil lewat.
8. Supplemen wajib bagi ibu mengandung:
9. Asid Folik dan B-Complex
10. Zat besi
11. Multivitamin dan multimineral
12. Kalsium
13. Vitamin C
14. Omega 3
15. Protein



TAPI, MENGANDUNG LEWAT USIA ADA JUGA KELEBIHANNYA

Walaubagaimanapun, ibu janganlah terlalu risau kerana perkhidmatan kesihatan di Malaysia dan teknologi masa kini mampu membantu ibu-ibu mendapat rawatan awal daripada doktor.

Banyak kajian yang turut mengambil kira kesan positif daripada perkahwinan dan kehamilan melebihi 35 tahun. Antaranya termasuklah:

1. Ia Meningkatkan Kecerdasan Ibu 

Penemuan terkini mendapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang buat otak wanita.Secara spesifiknya, estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.

2. Ibu Bersikap Lebih Matang

Pada usia yang sebegini, wanita biasanya lebih realistik dan bersedia untuk menjaga anak. Mereka juga lebih ‘alert’ terhadap kesihatan harian keluarga dan diri sendiri, serta mampu menguruskan stres dengan lebih baik.

3. Ekonomi Lebih Kukuh

Dari segi ekonomi juga, sesebuah keluarga biasanya lebih bersedia dan telah mencapai kestabilan dalam memastikan arah tujuan anak-anak lebih terjamin.

Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Oleh itu, kita harus tetap bersyukur seandainya dikurniakan rezeki zuriat walaupun pada usia kehamilan yang lewat. 

Hamil ketika lewat usia tidak menjadi masalah sekiranya ibu-ibu yang hamil di usia lewat perlu mematuhi nasihat dari doktor dan pastikan anda lebih berhati-hati. Yang penting sentiasa positif di sepanjang tempoh kandungan anda.

KENAPA PERLU JAGA LEHER ? NAK TAU ?



Bila sebut mengenai tiroid.. pasti anda membayangkan penghidapnya akan mengalami beng­kak kat bahagian leher yg boleh nampak dgn jelas.. sedangkan tak semua pesakit mengalami tanda bengkak berkenaan... 

Di sebalik tanda bengkak, ramai yg tak tahu.. tanda-tanda lain seperti menggeletar, rasa panas, cepat marah, mudah berpeluh dan marah antara beberapa tanda seseorang itu mengalami gangguan tiroid.

Tiroid ialah satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan ia juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Kelenjar tiroid terbahagi dua sama seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu :

1. Hormon tiroksin
2. Hormon Triiodotiroksin 


Hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi badan yang dipanggil metabolisme. Peningkatan hormon ini bermakna metabolisme badan meningkat dan begitulah sebaliknya jika hormon terbabit berkurangan.

Menurutnya, dengan metabolisme yang tinggi, penghidapnya mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berlangsung pada kadar yang selamat dan berkesan.

Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak melalui hormon perangsang tiroid. Apabila hormon tiroid banyak.. penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit.. ia mengakibatkan penyakit hipotiroidisma.. dan jgn terkejut.. penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.


Cara Mengesan Penyakit Tiroid

Terdapat ujian dan pemeriksaan yang boleh digunakan untuk mengesan penyakit tiroid. Penghidapnya juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tak teratur. Antara bahagian yang perlu diperiksa...

1. Bahagian Leher
2. Kulit
3. Mata
4. Berat Badan



HIPOTIROIDISMA 

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Ubat yang diambil untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.. Ia juga disebabkan oleh keradangan pada kelenjar itu yang dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto.. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.. kesannya.. otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid bekerja dengan lebih kuat.

Ini menyebabkan kelenjar itu membesar yang dipanggil goiter. Lama-kelamaan, kelenjar tiroid tak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Selain tu.. cara pemakanan yang tak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma.




HIPERTIROIDISMA

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar usia 20 hingga 40 tahun.. penyakit Grave ialah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Kebiasaannya ia kelihatan pada bahagian mata penghidapnya.

Selain tu.. ubat yg diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid dan disebabkan itu pengawasan doktor amatlah penting.

Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutama apabila individu itu mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan penghidapnya :

1. Demam
2. Peningkatan degupan jantung
3. Perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.


TIROID SEMASA HAMIL

Penyakit tiroid memberikan risiko pada ibu hamil dan juga kandungan. Oleh itu, wanita hamil perlu menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Menerusi sesi rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat walaupun disahkan mempunyai tiroid. Rawatan juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian lain yang difikirkan perlu.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan kepada pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.. ia dipanggil postpartum tiroiditis dan lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali kepada paras normal dengan pantas.




LIVE CHAT