Bila sebut mengenai tiroid.. pasti anda membayangkan penghidapnya akan mengalami bengkak kat bahagian leher yg boleh nampak dgn jelas.. sedangkan tak semua pesakit mengalami tanda bengkak berkenaan...
Di sebalik tanda bengkak, ramai yg tak tahu.. tanda-tanda lain seperti menggeletar, rasa panas, cepat marah, mudah berpeluh dan marah antara beberapa tanda seseorang itu mengalami gangguan tiroid.
Tiroid ialah satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan ia juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
Kelenjar tiroid terbahagi dua sama seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu :
1. Hormon tiroksin
2. Hormon Triiodotiroksin
1. Hormon tiroksin
2. Hormon Triiodotiroksin
Hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi badan yang dipanggil metabolisme. Peningkatan hormon ini bermakna metabolisme badan meningkat dan begitulah sebaliknya jika hormon terbabit berkurangan.
Menurutnya, dengan metabolisme yang tinggi, penghidapnya mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berlangsung pada kadar yang selamat dan berkesan.
Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak melalui hormon perangsang tiroid. Apabila hormon tiroid banyak.. penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit.. ia mengakibatkan penyakit hipotiroidisma.. dan jgn terkejut.. penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.
Cara Mengesan Penyakit Tiroid
Terdapat ujian dan pemeriksaan yang boleh digunakan untuk mengesan penyakit tiroid. Penghidapnya juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tak teratur. Antara bahagian yang perlu diperiksa...
1. Bahagian Leher
2. Kulit
3. Mata
4. Berat Badan
1. Bahagian Leher
2. Kulit
3. Mata
4. Berat Badan
HIPOTIROIDISMA
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon tidak dikeluarkan secukupnya.
Ubat yang diambil untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.. Ia juga disebabkan oleh keradangan pada kelenjar itu yang dipanggil tiroiditis.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto.. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.. kesannya.. otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid bekerja dengan lebih kuat.
Ini menyebabkan kelenjar itu membesar yang dipanggil goiter. Lama-kelamaan, kelenjar tiroid tak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Selain tu.. cara pemakanan yang tak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma.
HIPERTIROIDISMA
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar usia 20 hingga 40 tahun.. penyakit Grave ialah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Kebiasaannya ia kelihatan pada bahagian mata penghidapnya.
Selain tu.. ubat yg diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid dan disebabkan itu pengawasan doktor amatlah penting.
Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutama apabila individu itu mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan penghidapnya :
1. Demam
2. Peningkatan degupan jantung
3. Perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.
1. Demam
2. Peningkatan degupan jantung
3. Perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.
TIROID SEMASA HAMIL
Penyakit tiroid memberikan risiko pada ibu hamil dan juga kandungan. Oleh itu, wanita hamil perlu menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Menerusi sesi rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat walaupun disahkan mempunyai tiroid. Rawatan juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian lain yang difikirkan perlu.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan kepada pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.. ia dipanggil postpartum tiroiditis dan lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali kepada paras normal dengan pantas.
No comments:
Post a Comment