TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Monday 3 February 2020

NAK TAHU SPERMA BERKUALITI ?? LIHAT WARNA AIR MANI DULU !!



Cubaan untuk hamil mungkin jadi satu cabaran buat sebilangan pasangan suami isteri.. Masa tu mula la anda sibuk nak tahu tanda-tanda kenapa tak subur kan...

Namun ini satu fakta penting yang anda perlu tahu yer.

MASALAH KESUBURAN BOLEH MELANDA KEDUA-DUA PIHAK.. SAMA ADA ISTERI ATAU SUAMI DALAM NISBAH 50;50

Dan semamangnya isteri sudah sinonim disalahkan dalam isu kesuburan.. sedangkan sperma yang kuat dan sihat juga mampu meningkatkan peluang untuk hamil. Selalunya.. topik tentang sperma ini agak sensitif untuk dibincangkan dengan suami... Nampak tak siapa lebih sensitif. Hihihi..

Kali ni.. kami akan kongsikan bagaimana nak tahu Air mani dan Sperma berkualiti atau tidak dengan hanya melihat warna.. Betul..!! hanya melihat pada warna.. anda boleh tahu sperma suami anda sihat atau tidak !


Warna air mani lelaki menunjukkan pelbagai info kesihatan tubuh lelaki tersebut secara semulajadi. Jika anda nak tahu bagaimana dengan kesihatan suami anda.. cuba lihat warna spermanya. 



WARNA PUTIH ATAU SEDIKIT KELABU

Warna air mani yang subur dan normal adalah warna putih atau sedikit kelabu. Jika sperma suami anda warna ini.. tandanya dia sihat ! Teruskan dengan gaya hidup yang seimbang agar kualiti sperma lebih meningkat. 

WARNA MERAH / PINK / COKLAT / OREN 

Jika terdapat warna ini dalam air mani.. ia mungkin petanda sakit HEMATOPSERMIA atau darah dalam air mani. Dalam sesetengah kes.. warna ini mungkin terjadi kerana kecederaan akibat seks atau aksi melancap yang kuat dan ganas.


Ia boleh hilang dalam masa beberapa hari.. Akan jika tiada sebarang tanda ia akan pulih atau rasa sakit di bahagian crotch.. anda perlu lakukan pemeriksaan pakar dengan segera kerana ia mungkin disebabkan tekanan darah, STD seperti herpes, klamidia atau gonorrhea.. atau mungkin jangkitan prostat. 


WARNA KUNING ATAU HIJAU 

Warna air mani lelaki yang subur tidak akan bertukar kepada warna kuning atau hijau. Jika sperma suami anda warna ni.. ia mungkin kerana sisa air kencing bercampur dengan air mani.

Akan tetapi.. ia boleh memberi maksud masalah kesihatan seperti jangkitan saluran kencing, STD atau jangkitan prostat. 

Kalau ada tanda ini.. PLEASE paksa suami dapatkan pemeriksaan pakar.

WARNA HITAM 

Selalunya.. air mani bewarna hitam bermaksud darah lama. Dan ia juga mungkin disebabkan oleh kecederaan pada saraf tunjang anda

Dapatkan nasihat pakar dengan segera.. ia mungkin boleh jadi masalah serius.





MACAM MANA NAK DAPATKAN AIR MANI YANG BERKUALITI DAN SUBUR ??

AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT ! 

Senangkan ???

Umur anda mungkin memainkan peranan dalam menghasilkan sperma yang sihat. Namun tahukah anda yang lelaki boleh hasilkan sperma hingga mereka berumur 80 tahun. 

Walaubagaimanapu.. kesihatan dan kualiti sperma akan berkurangan apabila anda menginjak usia 40 tahun ke atas. Haaaaa... 

Rileks.. jangan takut.. amalkan amalan yang boleh anda lakukan bagi menjaga kualiti sperma anda.

1. Pastikan suhu sejuk ada dibawah sebab suhu yang terlalu panas akan mengganggi ekosistem penghasilan sperma yang berkualiti

2. Makan dengan seimbang dengan elakkan makanan yang boleh membunuh sperma supaya kekal sihat dan power. Nanti kami kongsikan makanan yang boleh membunuh sperma.

3. Jangan boroi dan kekal aktif dengan bersenam sebab kajian mendapati lelaki yang aktif memiliki hormon testosteron yang lebih tinggi.. bermaksud sperma yang lebih berkualiti.

4. Bertenang bukan badan sahaja perlu sihat.. minda anda juga kena buat benda yang sama.. Jangan stress yerr..

LIVE CHAT