TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday 22 September 2020

6 SEBAB KENAPA LELAKI KENA BERHENTI MEROKOK SEBELUM KAHWIN LAGI !!




Isu rokok memang agak sensitif bagi sesetengah lelaki. Ada yang terjebak dengan rokok sejak awal usia sekolah lagi. Lama kelamaan ia menjadi tabiat yang susah nak buang.

Sungguhpun begitu, ada terlalu banyak sebab untuk seseorang berhenti rokok. Ia mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikkan. Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.. ia sepatutnya menjadi motivasi bagi membuang tabiat sebelum dinikahkan.

6 SEBAB KENAPA LELAKI KENA BERHENTI MEROKOK SEBELUM KAHWIN !!

1. ELAK PEMBAZIRAN

Merokok adalah pembaziran yang merugikan. Kalau nak kahwin, memang banyak duit nak pakai.. Apatah lagi lepas kahsin nanti.

Anda bayangkan.. dengan harga RM17 sekotak.. berapa banyak wang yang telah anda bazirkan untuk tujuan tersebut. Kalau sehari sekotak.. sebulan dah berapa kan ??

RM17 x 30 = RM510.00

RM510 x 12 Bulan = RM6,120

Banyak tuu !! Buat bayar ansuran kereta atau rumah pun lepas kot !



2. KESIHATAN DIRI BUAT JANGKA MASA PANJANG

Mungkin sekarang anda nampak lelaki yang merokok sebagai macho, trendy dan cool.. Tak kurang juga yang mengambil remeh dan mempertikaikan bahawa mereka tetap sihat walaupun merokok.

Sebenarnya semua kes yang merbahaya bermula dengan tanggapan macam ni laa.. Mulanya hanya cuba-cuba.. lama-lama ketagih dan akhrnya jadilah perokok tegar. Kalau tunggu dah berusia baru nak fikir untuk berhenti.. memang susah. Dalam otak dah set MUSTAHIL !!

Kalau nak disenaraikan penyakit yang boleh menyerang berpunca dari rokok.. dah sah-sah la panjang berjela. Apa sangatlah kepentingan melepaskan Stress jika nak dibandingkan dengan risiko penyakit berbahaya yang susah nak diubat kemudian hari.



3. KESIHATAN ISTERI

Jika anda perokok dan berkeras mengatakan rokok tidak menjejaskan kesihatan diri isteri.. mungkin mereka kini perlu berfikir lebih jauh apabila nak berumahtangga. Nak tahu sebab apa ??

Bila dah tinggal serumah.. mereka yang tidur sekatil iniah yang menjadi pendamping asap rokok anda yang paling utama.

Menurut portal MyHealth.. antara masalah yang berkemungkinan dihadap oleh isteri perokok ialah :

Melahirkan bayi yang kurang berat dan kandungan tidak cukup bulan sekiranya hamil.

Lebih terdedah kepada ancaman pelbagai jenis kanser

Menghadapi masalah kesuburan dan putus haid lebih awal



4. MENGGANGGU PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Selepas berkahwin.. pastinya setiap pasangan mengimpikan cahaya mata.. bukan ?? Namun tahukah anda bahawa suami yang merokok mampu menjejaskan peluang isteri untuk hamil.

Banyak kajian telah dibuat dan membuktikan bahawa pendedahan kepada asap rokok yang kerap menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita.. Sekaligus jadi salah satu punca wanita susah nak hamil

Bagi lelaki yang merokok pula.. masalah ketidaksuburan lebih cenderung berlaku kerana mereka memiliki bilangan sperma yang kurang, kelajuan rendah dan berisiko terhadap abnormaliti/kecacatan.. Haa.. tak takut ke wahai lelaki ! 

5. KESIHATAN FIZIKAL & MENTAL ANAK 

Ramai lelaki perokok ini tidak menyedari bahawa apabila mereka menyalakan sebatang rokok di sepan isteri dan anak-anak, mereka hanya menyedut 25% daripada asap tembakau yang dihisap (kerana puntung rokok mempunyai penapis). Manakala ahli keluarga yang berada berdekatan dengan mereka (perokok pasif) menyedut sebanyak 75% kandungan racun daripada asap tersebut. 

Secara tidak langsung.. anda sebenarnya mementingkan diri dan menyumbang toksin yang lebih banyak terhadap keluarga kerana asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi : 

  • 2 kali ganda kandungan nikotin 
  • 3 kali ganda kandungan tar 
  • 5 kali ganda kandungan karbon monoksida
  • 50 kali ganda kandungan bahan kimia merbahaya

Mungkin ada yang menganggap "takper.. sebab saya tak merokok di depan isteri dan anak-anak." Tapi hakikatnya semua racun dan toksin daripada rokok serta partikel-partikel halis ini masih melekat pada kulit serta pakaian anda hingga berjam-jam lamanya. 

Ketidakselesaaan keadaan yang sesak dengan asap rokok di rumah bukan saja mengganggu kesihatan anak-anak.. tetapi turut menjadi punca masalah untuk belajar. 

Dalam beberapa penelitian lain.. pakar turut mendapati ia boleh menjejaskan IQ anak serta menjadi punca hiperaktif (ADHD) dan kemurungan. 

6. TABIAT YANG MENJADI TURUN TEMURUN 

Sebagai bapa.. pastinya anda perlu menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Jangan anggap ianya lambat lagi.. anak masih kecil dan tak faham apa-apa. Sebenarnya.. anda boleh menjadi punca ketagihan rokok anak-anak dalam usia muda.

Kajian mendapati bahawa risiko menjadi perokok meningkat sebanyak 1 setengah kali ganda apabila mereka terbiasa dengan budaya merokok di rumah. Tanya diri sendiri.. sampai bila kita mahu melahirkan generasi perokok ??

START RIGHT NOW !!

Sebetulnya.. tak perlu tunggu nak kahwin pun untuk berhenti merokok.. cuma.. lelaki yang bakal berumahtangga kena lebih prihatin terhadap hal ini. Jangan libatkan bakal isteri dan anak-anak anda dengan pelbagai masalah kesihatan akibat asap rokok anda.

Bagi wanita pula.. jangan pandang ringan jika bakal suami anda merupakan salah seorang perokok tegar. Gesalah pasangan anda untuk berhenti merokok demi kesihatan anda bersama.

Dengan pelbagai inovasi ubat-ubatan dan support group yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta badan-badan swasta lain.. tak mustahil seseorang mampu berhenti merokok. Bagi yang baru nak berjinak-jinak.. lupakan sajalah hasrat anda kerana ia sama sekali tak menguntungkan.

Sunday 6 September 2020

INI KESILAPAN KAMI YANG ANDA TAK BOLEH IKUT JIKA HENDAK MEMULAKAN PERNIAGAAN !




Nak mulakan bisnes tak selalunya mudah. Terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan dan dititikberatkan dalam membuat sesuatu keputusan. Kadangkala tekanan boleh mendorong kita untuk membuat keputusan salah dan menjejaskan perniagaan untuk berjaya. 

Dan perkara itu pernah terjadi kepada Listra sewaktu awal memulakan perniagaan. Dan kesilapan ini telah menyebabkan kami menanggung kerugian besar dimana kami menggunakan botol kaca dalam menjual produk menggunakan 'platform' perniagaan online.


                                                                Botol Listra pertama yang menggunakan botol kaca 


Pada masa tu.. kami ingin letakkan tahap Listra sama seperti ubat-ubatan yang terdapat di dalam farmasi. Dan pada ketika itu juga.. kami terinspirasi dengan jenama produk seperti Blackmores sehingga kami terlupa yang produk kami menggunakan perkhidmatan pengeposan dan sasaran pelanggan lebih kepada pembelian online. 

Kesannya, kebanyakkan pelanggan telah menerima botol yang telah pecah. Dan disebabkan itu, kami telah kehilangan kepercayaan pelanggan dan terpaksa menggantikan botol yang telah pecah. Sedih sangat bila kami harus menanggung kos ganti rugi yang banyak dari pelanggan dan agen. 

Botol Listra yang telah bertukar penglabelan dan masih menggunakan botol kaca 



Namun itu bukan penghalang untuk kami terus bangkit dari kesilapan. Kami mula mengatur strategi pemasaran dan mula memikirkan solusi yang terbaik untuk pastikan kesilapan lama tidak berulang. 

Bermula pada tahun 2015, botol Listra telah bertukar dari botol kaca kepada botol plastik. Fasa pertama perubahan dalam perniagaan kami.

Semenjak dari itu, kami kekalkan kualiti produk dan penglabelan bersesuaian dengan permintaan pelanggan yang inginkan sesuatu yang mudah dan selamat. Kemudian, kami telah menambah produk bagi memudahkan pelanggan untuk amalkan bagi tujuan kesihatan dan kesuburan. Kami berikan nama HABBASAUDA LISTRA & LISTRA HABBASAUDA PLUS. 

Habbasauda Listra

Listra Habbasauda PLUS


Dari dua produk.. kami tambah dengan 2 produk minuman untuk memberi tenaga dan membantu metabolisma tubuh badan bersesuaian dengan misi kami untuk jadikan pelanggan Listra sihat subur dan menawan.

Usaha kami untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan tidak berhenti satakat itu. Bagi mengikuti 'trend' masa kini yang mana pelanggan lebih sukakan pek mudah bawa. Kami telah hasilkan Blister untuk memudahkan pengguna produk Listra mengamalkan dengan konsisten walaupun berada di rumah seperti pulang ke kampung atau pergi bercuti. 

Usaha Listra tidak berhenti setakat itu, pelbagai usaha dan idea dirembeskan untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan Listra. Kini, Listra telah mengeluarkan set THE BEGINNER bagi pelanggan yang baru mencuba untuk ikhtiar dengan produk Listra. Bersesuaian dengan rupanya yang kecil dan lengkap untuk kegunaan bersama suami dan isteri. Pek khas ini sangat memberi manfaat dan kemudahan kepada para pelanggan yang sedang mencari ikhtiar untuk kekal sihat, subur, menawan dan berjaya hamil. 

THE BEGINNER WANITA

THE BEGINNER LELAKI





Bagi anda yang baru mencuba untuk memulakan perniagaan. Kami harap anda tidak melakukan kesilapan seperti kami. Dan apa yang paling penting, tuntut ilmu perniagaan terlebih dahulu sebelum anda memulakan perniagaan. Kerana ilmu yang betul akan pandu anda kearah kejayaan dalam perniagaan. 

Dan buat anda yang sedang mencari ikhtiar untuk atasi masalah kesihatan dan kesuburan atau sedang mencari alternatif untuk hamil. Kami sangat syorkan anda untuk amalkan produk Listra. 95% pelanggan yang telah mencuba produk Listra sangat berpuas hati kerana dapat merawat masalah kesuburan dan berjaya melahirkan zuriat dengan izin Allah. Alhamdulillah. 

Kini kami dalam promosi THE BEGINNER.. pek yang mudah dibawa dan diamalkan oleh pasangan yang baru hendak mencuba ikhtiar. Untuk keterangan lanjut anda boleh whatsapp kami...

📲 http://www.wasap.my/+60125870199/blogpesankakeaisyah 
📲 http://www.wasap.my/+60125870199/blogpesankakeaisyah 
📲 http://www.wasap.my/+60125870199/blogpesankakeaisyah 

Dan yang istimewanya pek THE BEGINNER ini kepada pelanggan yang bertuah.. anda akan dapat hadiah misteri dari kami. Jadi cepat.. DAPATKAN SEKARANG ! 




Thursday 3 September 2020

AMALAN BAHAYA TURUNKAN DEMAM KUNING BAYI YANG RAMAI MAK AYAH TAK TAHU ! NAK TAHU ??




APA itu Jaundis ?

Bayi kuning (Neonatal jaundice). Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu 'physiological jaundice' dan 'pathological jaundice'.


PHYSIOLOGICAL JAUNDICE adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semuanya memerlukan rawatan. Sebanyak 60% bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama. 

PATHOLOGIC JAUNDICE pula adalah keadaan kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas baby dilahirkan. Keadaan ini memerlukan rawatan serta merta. 

Ada juga PROLONGED JAUNDICE yang kuning bayi melebihi 14 hari (matang) hingga 21 hari (pramatang) hari selepas dilahirkan. Kebanyakkan keadaan ini tidak membahayakan tetapi ia mungkin juga merupakan tanda hati bayi ada masalah yang serius.




Apakah rawatan yang akan diberikan di hospital ?

FOTOTERAPI (Cahaya Biru)

Cahaya lembut ini akan menukarkan bilirubin ke byproduct yang larut untuk dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Terapi ini ada yang conventional dan ada yang intensif (pilihan rawatan bergantung kepada paras bilirubin dan keadaan pramatang bayi). Jangan risau, mata bayi akan dilindungi dari cahaya terang dan tuduhan bayi akan jadi buta selepas terapi cahaya adalah tuduhan merepek. 

Ada juga bayi perlu menjalankan prosedur tukar darah separuh/sepenuhnya disebabkan paras bilirubin yang mengancam nyawa. 


Bagaimana Doktor akan monitor perkembangan bayi ?

Kami akan buat ujian darah VSB 4 jam sekali jikalau bayi anda menerima cahaya 'intensif' (2 mesin bonus untuk baby yang paras bilirubin melambung ke langit)

Monitor kekerapan dan warna air kencing dan najis baby. Berat baby berbanding dengan berat lahir dan sebagainya.




Apa yang patut ibu bapa buat kalau baby dirawat di hospital? 

Jangan viralkan tangan baby yang banyak kesan cucuk. Ia memang perlu dilakukan 6 kali sehari jika rawatan baby tidak dapat diturunkan daripada rawatan intensif. Please let us do our work.. ok! 

Kerap menyusu (sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari) dengan teknik yang betul supaya baby kerap membuang untuk mengeluarkan bilirubin.

Tanda-tanda bahaya yang boleh dikesan ibu bapa di rumah adalah seperti berikut. Kalau dikesan.. maka terus bawa anak ke klinik atau hospital untuk cek darah :

  • Kelihatan kuning di bahagian mata yang sepatutnya bewarna putih
  • Baby tidak aktif / nampak lesu
  • Baby kurang menyusu dan kencing 
  • Najis baby putih / kelabu
  • Baby menangis dengan suara nyaring macam kucing
  • Besar kemungkinan disertai dengan demam 


Komplikasi baby kuning kalau tidak dirawat

Jika paras kuning tinggi sampai terjadinya 'kernicterus'.. ia akan membawa komplikasi seperti pekak, kekejangan otot, sawan, terencat akal, perkembangan bayi tidak normal dan maut. 

Adakah petua berkesan? 



7 perkara ini tidak perlu dilakukan ketika baby di serang penyakit kuning (jaundice)

👶 Menjemur bayi 

Sinaran matahari yang secara tidak langsung (menerusi cermin tingkap) tidak boleh mengurangkan kuning baby. Sinaran secara langsung pula boleh mengakibatkan baby menjadi kering (dihidrasi) atau kenaikan suhu baby. cahaya matahari terik (selepas jam 9 pagi) juga akan mencetuskan masalah kulit pada masa akan datang. 

👶 Memberi susu lembu dan kambing / madu asli / air anggur / tebu hitam / serbuk mutiara / sengkuang cina kepada bayi.

Usus bayi di bawah 6 bulan belum matang. Pemberian makanan selain susu ibu akan menyebabkan penyakit usus. Susu kambing mengandungi protein yang tinggi. Ini mungkin akan menyebabkan darah baby berasid urik atau menyebabkan alahan. 

👶 Memberikan air masak / Air rendaman beras

Tidak digalakkan kerana pemberian air yang berlebihan akan menyebabkan pencairan garam sodium dalam darah dan mencetuskan serangan sawan kepada baby. 

👶 Ibu harus banyak makan ubat jamu

Cuba elakkan kerana sesetengah bahan menjejaskan kualiti susu ibu. 

👶 Memandikan bayi dengan air bunga / air peria / air teh 

Langsung tidak berkesan pun sebenarnya.. namun boleh cuba jika untuk ikhtiar. 

👶 Hentikan susu ibu dengan alasan susu ibu menyebabkan kuning

Penawar kepada masalah kuning baby adalah SUSU IBU ! Jadi jangan hentikan penyusuan ok !

👶 Ibu mesti berhenti makan makanan yang berwarna oren 

Makanan berwarna oren seperti buah oren, betik, kunyit, lobak, tomato.. Hahaha.. Carotene dalam makanan tersebut kalau makan berlebihan memang akan menyebabkan kulit anda (bukan baby) menjadi kuning. tetapi ini bukan jaundis ! Ia tidak membahayakan. 


Sewajarnya semua ibu bapa kena tahu sedikit sebanyak tentang masalah penyakit kuning baby ni kerana ia mungkin dapat menyelamatkan masa depan mahupun nyawa cahaya mata anda. . 



Thursday 27 August 2020

WANITA BERUSIA SUSAH HAMIL ?? TAPI KENAPA ??




Anda nak tau.. sekarang ni dah jadi trend kahwin lewat dan semua tau bukan sesuatu yang pelik kan.. Disebabkan ekonomi yang mendesak sekarang ni.. makin ramai wanita yang mahu fokus kepada kerjaya dan terpaksa melalui kehamilan pada usia yang lebih lewat.


Apa yang membimbangkan.. sering sangat kita dimomokkan dengan kata-kata orang bahaya kalau mengandung lewat sangat.. Persoalannya betul ke wanita yg dah lewat usia berisiko ? 


Menurut kajian dan bukti terkini yang dibuat . berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita, seperti yang didedahkan dalam artikel Medical News Today.




5 RISIKO KEHAMILAN SELEPAS USIA 35 TAHUN

MASALAH KESUBURAN
Pertama sekali, usia yang semakin lanjut kerapkali dikaitkan tahap kesuburan lelaki dan wanita yang kian merudum.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan melalui The New England Journal of Medicine, 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh mengandung dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31-34 tahun. Malah, apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.
 



MASALAH KESIHATAN BAYI
Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh pasangan juga menyumbang kepada risiko keguguran bayi.

Penelitian menunjukkan keguguran bayi meningkat selari dengan usia kehamilan, di mana bayi juga berisiko mengalami kurang berat badan, kelahiran pramatang, dan meninggal dunia dalam kandungan.


KOMPLIKASI BERSALIN
Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep, atau pembedahan Caesarean.

Dalam penyelidikan di King’s College London, keputusan mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin dan secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan efektif. Sementara itu, perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.

pengalaman dalam bilik bersalin


MASALAH KESIHATAN IBU
Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, tinggi kolesterol, dan sebagainya.

Disebabkan penyakit dan kondisi inilah, wanita disarankan agar tidak melewat-lewatkan kehamilan mereka tanpa sebab. Ini kerana, kondisi tersebut mampu menjejaskan kesihatan kandungan dan memburukkan keadaan kesihatan ibu.


RISIKO BAYI SINDROM DOWN
Sesetengah risiko penyakit genetik seperti sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah

1 dalam 1064 pada usia 25 tahun
1 dalam 686 pada usia 30 tahun
1 dalam 240 pada usia 35 tahun
1 dalam 53 pada usia 40 tahun
1 dalam 19 pada usia 45 tahun
Salah satu faktor yang menjadi sandaran pakar buat masa ini adalah apabila ibu semakin berusia, proses rekombinasi yang kurang terkawal hingga menyebabkan kecelaruan pada susunan kromosom dan bilangan sel yang abnormal.




CARA UNTUK MENGURANGKAN RISIKO HAMIL LEWAT USIA : 

1. Jaga pemakanan-patuhi diet pemakanan untuk ibu mengandung.
2. Elakkan melakukan kerja yang berat dan aktiviti lasak.
3. Dapatkan rehat yang secukupnya.
4. Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Dapatkan nasihat dari doktor pakar.
6. Dapatkan sokongan dari suami dan keluarga.
7. Ambil supplemen yang secukupnya- Asid Folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang dan sebaiknya di ambil sebelum hamil. Wajib diambil bagi ibu-ibu yang hamil lewat.
8. Supplemen wajib bagi ibu mengandung:
9. Asid Folik dan B-Complex
10. Zat besi
11. Multivitamin dan multimineral
12. Kalsium
13. Vitamin C
14. Omega 3
15. Protein



TAPI, MENGANDUNG LEWAT USIA ADA JUGA KELEBIHANNYA

Walaubagaimanapun, ibu janganlah terlalu risau kerana perkhidmatan kesihatan di Malaysia dan teknologi masa kini mampu membantu ibu-ibu mendapat rawatan awal daripada doktor.

Banyak kajian yang turut mengambil kira kesan positif daripada perkahwinan dan kehamilan melebihi 35 tahun. Antaranya termasuklah:

1. Ia Meningkatkan Kecerdasan Ibu 

Penemuan terkini mendapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang buat otak wanita.Secara spesifiknya, estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.

2. Ibu Bersikap Lebih Matang

Pada usia yang sebegini, wanita biasanya lebih realistik dan bersedia untuk menjaga anak. Mereka juga lebih ‘alert’ terhadap kesihatan harian keluarga dan diri sendiri, serta mampu menguruskan stres dengan lebih baik.

3. Ekonomi Lebih Kukuh

Dari segi ekonomi juga, sesebuah keluarga biasanya lebih bersedia dan telah mencapai kestabilan dalam memastikan arah tujuan anak-anak lebih terjamin.

Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Oleh itu, kita harus tetap bersyukur seandainya dikurniakan rezeki zuriat walaupun pada usia kehamilan yang lewat. 

Hamil ketika lewat usia tidak menjadi masalah sekiranya ibu-ibu yang hamil di usia lewat perlu mematuhi nasihat dari doktor dan pastikan anda lebih berhati-hati. Yang penting sentiasa positif di sepanjang tempoh kandungan anda.


Monday 24 August 2020

PERIOD LAMA TAK DATANG ?? DARI BERBULAN SAMPAI KE TAHUN ?? BAHAYA ATAU TIDAK ??

 


DEFINISI

Apakah yang dimaksudkan dengan haid datang lewat?

Haid datang lewat adalah menstruasi yang tidak normal – sama ada lewat satu atau lebih kitaran haid. Wanita yang kelewatan haid lebih daripada tiga kitaran berturut-turut mengalami kondisi yang dipanggil amenorea.

Kehamilan adalah punca yang paling biasa  bagi keadaan ini. Punca-punca lain masalah ini termasuklah masalah dengan organ reproduktif atau dengan kelenjar yang membantu mengawal selia paras hormon. Apabila punca sebenar dirawat selalunya wanita tersebut akan pulih seperti biasa.

Berapa kerapkah haid lewat berlaku?

Tiada bukti yang menunjukkan kadar amenorea berlaku berbeza-beza mengikut asal-usul negara atau kumpulan etnik. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran yang berkait dengan nutrisi dan  kadar penyakit kronik tidak syak lagi memberi kesan kepada kadar amenorea yang berlaku. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

TANDA-TANDA

Apakah tanda kelewatan haid?

Tanda yang paling utama bagi kelewatan haid ialah ketiadaan darah haid. Bergantung kepada punca kelewatan haid,anda mungkin akan mengalami tanda dan simptom lain bersama dengan ketiadaan darah haid, seperti;

·         ðŸ‘‰ Susu keluar dari puting

·   ðŸ‘‰ Keguguran rambut

·   ðŸ‘‰ Sakit kepala

·   ðŸ‘‰ Perubahan pada penglihatan

·   ðŸ‘‰  Rambut dan bulu muka yang berlebihan

·   ðŸ‘‰  Kesakitan pada bahagian pelvis

·   ðŸ‘‰  Jerawat

Bila saya harus bertemu dengan doktor?

Sekiranya anda mengalami apa-apa tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza, sebaiknya dapatkan khidmat nasihat doktor untuk mendapatkan solusi terbaik bagi diri anda.



PUNCA

Apakah yang mengakibatkan kelewatan haid?

Dalam kehidupan, anda mungkin mengalami kelewatan haid disebabkan punca-punca yang natural seperti:

·        👉 Mengandung

·       ðŸ‘‰  Menyusu badan

·       ðŸ‘‰  Putus haid/menopaus

Kebanyakan wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari , bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehinggalah menopaus. Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat boleh berbeza-beza antara 21-35 hari bagi setiap kitaran. Sekiranya kitaran anda tidak berada di antara dua bilangan  hari ini, boleh jadi disebabkan:

·         Stres

Stres boleh mengganggu paras hormon, mengubah rutin harian anda, dan menjejaskan bahagian otak (hipotalamus) yang bertanggungjawab mengawal selia kitaran haid anda. Setelah masa berlalu, stres akan mendatangkan penyakit dan menambahkan atau mengurangkan berat badan , yang mana akan memberi impak kepada kitaran haid.

Sekiranya anda fikir stres menyebabkan kitaran haid anda bercelaru, cubalah praktikkan teknik menenangkan diri dan  ubah gaya hidup anda . Mengamalkan senaman juga boleh membantu untuk mengembalikan kitaran haid yang normal semula.

·         Berat badan yang rendah

Wanita yang mempunyai masalah pemakanan , seperti anoreksia atau bulimia boleh mengalami kelewatan haid. Berat badan yang berada dibawah 10% daripada berat normal (berat yang sesuai dengan ketinggian anda) boleh mengubah cara tubuh anda berfungsi dan menghentikan proses ovulasi.Mendapatkan rawatan untuk masalah pemakanan dan mengawal berat badan anda boleh mengembalikan kitaran haid yang normal semula

·         Obesiti

Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan pada hormon, sama seperti apabila berat badan anda berkurangan. Doktor anda akan mengesyorkan pelan diet dan senaman sekiranya didapati masalah anda berpunca daripada obesiti/berat badan berlebihan.

·    Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Sindrom Ovari polisistik adalah kondisi yang menyebabkan tubuh seorang wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (androgen). Sista yang terhasil pada ovari adalah kesan ketidakseimbangan hormon. Ini akan membuatkan ovulasi tidak sekata atau berhenti terus.

Hormon-hormon lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang  kerana terjadinya kerintangan insulin yang selalunya berlaku bersama dengan PCOS. Rawatan untuk PCOS berfokus untuk melegakan simptom. Doktor mungkin akan memberi pil pencegahkehamilan atau ubat-ubatan lain untuk mengawal selia kitaran anda.  

·         Perancang  kehamilan

Anda mungkin mengalami perubahan pada kitaran haid apabila anda menggunakan pil pencegah kehamilan secara tidak tetap. Pil ini mengandungi hormon estrogen dan progestin yang menghalang ovari daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk kitaran anda kembali normal selepas berhenti daripada mengambil pil ini. Alat pencegah kehamilan yang lain  yang menggunakan implan dan suntikan juga boleh menyebabkan kelewatan/terlepas haid

·         Penyakit kronik

Penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit seliak juga boleh menjejaskan kitaran haid. Perubahan pada kandungan gula dalam darah berkait dengan perubahan hormon, jadi, diabetes yang tak terkawal boleh menyebabkan haid yang tidak tetap.

Penyakit seliak menyebabkan keradangan yang membawa kepada kerosakan di dalam usus kecil , yang boleh mengganggu tubuh anda untuk menyerap nutrisi-nutrisi penting. Ini boleh menyebabkan kelewatan atau terlepas haid.

·         Menopaus awal

Kebanyakan wanita mula menopaus ketika berumur antara 45ke 55 tahun. Wanita yang mengalami simptom ini sekitar umur40 tahun atau lebih awal dikira menopaus awal. Ini bermakna bekalan telur anda sudah berkurangan lalu menyebabkan terlepas haid dan akhir sekali berhenti selamanya.

·         Masalah tiroid

Masalah tiroid samada terlalu aktif atau kurang aktif boleh juga menjadi sebab kelewatan atau terlepas haid. Kelenjar tiroid mengawal selia metabolisma badan, jadi paras hormon juga boleh terjejas apabila tiroid bermasalah.  Masalah tiroid selalunya boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Selepas rawatan dilakukan , haid anda selalunya akan kembali normal.



FAKTOR FAKTOR RISIKO

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kelewatan haid?

Faktor yang boleh meningkatkan risiko anda termasuklah;

·        Sejarah keluarga

Sekiranya ada wanita dalam kalangan keluarga anda mengalami kelewatan haid, kemungkinan anda juga boleh mewarisi masalah yang sama.

·         Masalah pemakanan

Sekiranya anda mempunyai masalah permakanan, seperti anoreksia dan bulimia, anda berisiko tinggi untuk mengalami kelewatan haid

·       Latihan kecergasan

Latihan kecergasan yang terlampau lasak boleh meningkatkan risiko kelewatan haid.



DIAGNOSIS DAN RAWATAN 

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaiman kelewatan haid didiagnosis?

Sewaktu temu janji, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis untuk memeriksa sebarang permasalahan dengan organ reproduktif anda. Sekiranya anda sememangnya tidak pernah datang haid sebelum ini, doktor akan memeriksa buah dada dan alat sulit anda untuk melihat perubahan yang biasanya berlaku pada wanita  yang sudah akil baligh.

·         Ujian makmal

Pelbagai ujian darah mungkin diperlukan, termasuklah;:

·         Ujian kehamilan

Ini mungkin ujian pertama yang doktor anda sarankan untuk menyaring keluar ataupun mengesahkan kebarangkalian kehamilan.

·         Ujian fungsi tiroid

Mengukur paras hormon perangsang tiroid (TSH) dalam darah anda boleh memastikan tiroid berfungsi dengan baik. 

·         Ujian fungsi ovari

Mengukur paras hormon perangsang folikel (FSH) dalam darah anda boleh memastikan ovari berfungsi dengan baik.

·         Ujian prolaktin

Paras hormon prolaktin yang rendah mungkin adalah tanda ketumbuhan pada kelenjar pituitari.

·        Ujian hormon lelaki

Sekiranya anda mengalami perubahan seperti bertambah rambut dan bulu muka serta suara menjadi garau, doktor anda mungkin akan memeriksa paras hormon lelaki dalam darah anda.

·         Ujian pengimejan

Bergantung kepada tanda dan simptom  anda – dan keputusan mana-mana ujian darah yang diambil- doktor akan menyarankan satu atau lebih ujian pengimejan termasuklah:

·         Ultrabunyi

Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ dalaman. Sekiranya anda tidak pernah mengalami haid , doktor akan menyarankan ultrabunyi untuk memeriksa sebarang perkara luar biasa a dalam organ reproduktif anda.

·         Imbas CT

Imbas CT menggabungkan imej-imej sinar-X yang diambil dari sudut berbeza untuk menghasilkan keratan rentas organ dalaman anda. Imbas CT boleh menunjukkan samada rahim, ovari dan ginjal kelihatan normal atau tidak

·         Pengimejan resonans magnetik (MRI)

MRI menggunakan gelombang radio dengan medan magnetik yang kuat untuk menghasilkan imej tisu lembut dengan sangat teliti. Doktor mungkin akan melakukan MRI untuk memeriksa ketumbuhan pada pituitari

Bagaimanakah ia dirawat?

Rawatan bergantung kepada punca sebenar yang menyebabkan kelewatan haid. Dalam sesetengah kes pil perancang kehamilan atau hormon terapi yang lain boleh memulakan semula kitaran haid anda. Kelewatan haid yang disebabkan oleh masalah tiroid atau pituitari akan dirawat menggunakan ubat-ubatan. Sekiranya disebabkan oleh ketumbuhan atau penyekatan struktural, pembedahan mungkin diperlukan.



PERUBAHAN GAYA HIDUP & RAWATAN SAMPINGAN 

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh dilakukan ke atas kelewatan haid?

Faktor gaya hidup seperti terlalu banyak bersenam atau makan terlalu sedikit boleh menyebabkan kelewatan haid, jadi, berusahalah untuk mengimbangkan antara kerja, rekreasi dan rehat. Periksa/carilah perkara yang membuat anda stres atau konflik dalam kehidupan.Sekiranya anda tidak mampu mengurangkan stres sendiri, mintalah tolong kepada ahli keluarga, kawan dan doktor anda.


Tuesday 11 August 2020

COVID-19 BOLEH MENGGANGGU KESUBURAN LELAKI ?


Bagaimana coronavirus boleh mempengaruhi kesuburan ? Adakah Covid19 membahayakan kemampuan untuk melahirkan bayi di masa hadapan ?

Para saintis juga berminat untuk membuat kajian sama ada coronavirus ini boleh menimbulkan ancaman kepada sistem pembiakkan dan kencing lelaki. Semua ini terjadi setelah penemuan beberapa pesakit yang mengalami kerosakkan fungsi ginjal yang tidak normal.. selain masalah yang berkaitan dengan pernafasan. Namun begitu, tidak ada jawapan konklusif untuk masalah ini berikutan masalah ini memerlukan penelitian terperinci dan kajian lebih lanjut. Walaubagaimana pun dari hasil penelitian dari topik ini dapat memberi kita beberapa idea mengenai risiko yang terlibat untuk pesakit Covid19.


FAKTOR SELSEMA 

 Adakah selsema boleh mempengaruhi kesuburan lelaki ? Selsema kadangkala memberi kasan buruk kepada jumlah sperma yang menyebabkan kemandulan lelaki. Seperti yang ditunjukkan dalam beberapa kajian kes lelaki subur yang mengalami demam selsema. Salah satu kajian menunjukkan bahawa pesakit yang pulih dari selsema menghasilkan sperma yang tidak normal dalam tempoh dua bulan selepas pemulihan sementara. Kajian lain juga ada menunjukkan bahawa jumlah sperma dan kesihatan genetik menurun selama lebih dua bulan setelah sembuh. Keadaan ini tidak kekal dalam kebanyakkan kes kerana analisis lebih lanjut dalam 2 hingga 3 bulan biasanya menunjukkan kes kembali normal. Kebanyakkannya kes demam tinggi yang berterusan adalah penyebab keadaan ini kerana suhu panas boleh mengganggu testis dan pengeluaran sperma. 


Sebuah pasukan yang diketuai oleh Li Yufeng, seorang profesor dari Pusat Perubatan Reproduktif Tongji Medical College di Wuhan menerbitkan laporan yang ditarik kembali di laman web kerajaan Hubei bahawa coronavirus berpotensi merosakkan testis lelaki dan mengganggu kesuburan lelaki. Penemuan ini berdasarkan fakta bahawa SARS yang sevara genetik virus sama seperti coronavirus yang juga diketahui menyebabkan orkitis dan kerosakkan pada testis. Dia juga mencadangkan golongan lelaki yang dijangkiti membuat pertimbangan untuk menjalani ujian kualiti air mani atau sebaliknya jika dijangkiti wabak ini.

Laporan ini juga menyatakan bahawa kemungkinan kesuburan lelaki sangat terpengaruh kerana virus ini boleh dijangkiti melalui reseptor yang disebut angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) yang kebetulan boleh menyerang testis. Selai  testis para penyelidik juga mendapati bahawa ia mudah menyerang pada organ lain seperti buah pinggang dan lidah. Justeru pemantauan perlu dibuat secara berkala terhadap fungsi ginjal dan kesuburan dengan membuat siasatan lebih lanjut. Laporan ini ditarik semula kerana banyak saintis menganggapnya terlalu awal dan memerlukan semakkan jangka panjang untuk membuktikan. 



SPEKULASI BARU

Prof. Richard Sharpe, seorang pakar kesuburan yang terkenal di dunia di MRC Center for Reproductive Health di University of Edinburgh UK berpendapat bahawa kajian itu menunjukkan spekulasi yang boleh diterima tanpa bukti sokongan secara langsung. Sharpe menjelaskan secara umum bahawa suhu badan yang tinggi disebabkan oleh virus (atau jangkitan lain)memudaratkan pengeluaran sperma kerana sel perlu pada suhu 3 hingga 4 darjah celsius lebih rendah daripada suhu badan untuk pengeluaran sperma yang normal dan berfungsi dengan baik. 

Prof Allan Pacey pakar terkemuka dalam kesuburan lelaki di University of Sheffield menekankan bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari kajian bahawa Covid 19 mempengaruhi kesuburan lelaki. Dia juga berpendapat bahawa mereka yang terlibat dalam perawatan lelaki yang dijangkiti Covid 19 harus mempertimbangkan untuk melakukan tindakkan lanjut dalam jangka panjang bagi fungsi pembiakkan mereka untuk menentukan masalah atau tidak. Dia juga mencadangkan bahawa sangat berguna bagi pakar melihat potensi hubungan antara covid19 dan kesuburan lelaki pada skala populasi. 

Namun masalahnya disini.. bagaimana ia boleh mentafsirkan hasil dari analisis air mani dan menetapkan hubungan untuk lelaki yang dijangkiti Covid 19 tentang individu tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum jangkitan. Ini bermaksud ada kesukaran untuk menilai kesan hasil ujian yang tidak normal disebabkan oleh virus atau tidak. Namun begitu.. seluruh populasi yang besar.. kemungkinan dapat dilihat kadar kualiti sperma yang buruk lebih tinggi daripada yang dijangkakan. 


KEBIMBANGAN YANG TIDAK BERASAS

Perlu diperhatikan bahawa virus yang menyebabkan penyakit beguk yang tidak menyebabkan selsema mempengaruhi kesuburan secara kekal. Kanak-kanak lelaki boleh mendapat beguk samasa akil baligh ketika buah zakat tumbuh secara aktif. Dalam beberapa kes beguk boleh menyebabkan keadaan yang menyakitkan disebut orchitis atau keradangan pada testis yang mengakibatkan kerosakkan pada alat sulit pada masa panjang. Virus lain yang mempengaruhi kesuburan lelaki adalah virus zika.. virus selsema yang ditularkan oleh nyamuk. Virus ini menjangkiti wanita hamil dan mengakibatkan pelbagai kecacatan pada janin dan kematian pada bayi baru lahir. Sejumlah penyelidikkan yang dilakukan oleh USA menunjukkan bahawa zika boleh merosakkan kesuburan lelaki setelah dijangkiti.  



JANGKA PANJANG

Sehingga kini.. semasa pandemik Covid19.. tiada kes jangkitan testis yang boleh didokumentasikan yang menyebabkan kemandulan lelaki. Namun.. kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan kesan sementara pada produksi sperma seperti apa yang terjadi dengan kesan selsema berpanjangan. Para saintis biasanya bersetuju bahawa kajian dan penyelidikkan jangka panjang perlu dilakukan sebelum ada yang dapat membuat kesimpulan yang pasti mengenai perkara ini. Mereka yang telah posotof dijangkiti dan merasa cemas mengenai kesuburan mereka harus berbincang dengan pakar. Buat masa ini.. perkara terbaik yang anda boleh lakukan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan pastika kebersihan diri dijaga sepenuhnya dan pastikan keadaan persekitaran anda dalam keadaan baik. y

Thursday 30 April 2020

HAID ANDA TIDAK MENENTU ? APA YANG NORMAL ? DAN APA YANG TAK NORMAL ?




Kalau kitaran haid anda dah bermula.. kami yakin yang haid anda tak akan selalu datang tepat pada masanya. Ada masa ia sampai awal.. ada orang yang dapat lambat dan ada juga haid yang terencat. Waktu lain pula.. tempoh haid berubah-ubah jumlah harinya. Anda risau pasal haid yang tak menentu macam nii..??

Jangan risau.. perkara ini biasa berlaku.. Sebab badan anda nak sesuaikan diri dengan perubahan dalaman. Tapi pada masa yang sama anda kena berwaspada dengan tanda-tanda yang muncul berkemungkinan memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor.

Badan manusia sangat unik dengan organ-organ dan fungsi tertentu.. tapi janganlah anggap semua akan bergerak lancar macam mesin ya. Kitaran haid anda pun sama juga. Dari saat pertama darah haid keluar.. badan anda akan cuba menyesuaikan diri dan proses ini mengambil masa dalam dua hingga tiga tahun. 

Dalam tempoh ini.. memang normal kalau haid anda keluar dengan kadar yang tidak menentu. Ada yang berlarutan dengan lama.. ada yang kejap jer dah habis.. ada tu yang keluar dengan kerap dalam sebulan dan ada yang tak dapat haid dalam sebulan. 



KENAPA JADI MACAM TU ??

Sebab tahap hormon yang kawal frekuensi darah haid yang keluar berubah setiap bulan. Tambahan pula ia makin senang untuk terjadi bila :


  • Anda Demam 
  • Berat Badan Meningkat dalam tempoh masa yang singkat
  • Anda melalui situasi yang memberikan Stress






Anda boleh gunakan kalendar untuk bantu dalam situasi sebegini. Tandakan hari pertama anda bermula supaya anda boleh tahu kitaran haid anda yang normal. Kirakan hari pertama haid bermula sehingga tempoh haid berakhir. Secara teori.. purata hari untuk proses haid berlangsung adalah selama 28 hari. 

Tapi ingat.. ini hanyalah purata sebagai rujukan. Kitaran berbeza-beza bagi kebanyakkan wanita sebab haid boleh bermula selepas 28, 30, 31 hari atau ada yang lebih besar jaraknya. Yang paling penting sekali adalah frekuensi. Selepas beberapa bulan membuat nita dan menandakan tarikh hari haid.. anda boleh nampak corak unik kitaran haid. 



Tapi kalau anda mengalami ketidaktentuan sekalipun.. badan anda akan memberi isyarat dan tanda-tanda yang anda akan datang bulan. Contoh macam ni :


  • Rasa bengkak pada buah dada dan perut.
  • Pening kepala 
  • Rasa sakit dan/atau kurang selesa di bahagian bawah belakang badan 
  • Mood berubah-berubah Rasa sedih dan cepat marah tanpa sebab 
  • Keluar jerawat


Ada wanita yang mengalami haid tak menentu atau ada yang terus berhenti dapat haid.. di atas sebab seperti mengambil ubat tertentu.. mengambil terlali sikit kalori atau mempunyai berat badan terlalu rendah. 

Beberapa wanita akan mengalami masalah dengan kelenjar tiroid atau badan mereka menghasilkan terlalu banyak androgen (Androgen ialah hormon lelaki yang menyebabkan pertumbuhan rambut di muka, dada atau abdomen. Ia juga boleh menyebabkan berat badan berlebihan)




Dalam kes ini.. atau ketidaktentuan haid berlanjutan sehingga lebih dari tiga tahun.. adalah lebih baik untuk anda dapatkan pertolongan daripada doktor.

Anda juga perlu berjumpa dengan doktor JIKA :


  • Haid anda berlanjutan lebih daripada seminggu 
  • Pendarahan keluar dengan terlalu banyak dan anda mengalami sakit yang keterlaluan di bahagian abdomen.
  • Haid anda berlaki selam kurang daripada 21 hari.. atau anda didatangi haid dua kali dalam sebulan 
  • Haid anda lewat lebih daripada 45 hari.


Diingatkan sekali lagi.. jika anda perasan akan tanda-tanda yang tidak normal atau apa-apa soalan.. terus bertanya dengan doktor atau pakar sakit puan.

LIVE CHAT