Menurut Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Fadzillah Ghazali melalui sebuah artikel, tiada usia yg ditetapkan bagi kanak-kanak untuk mula melatih diri berpuasa. Ia perlu dilakukan secara berperingkat dan ibu bapa adalah individu yg lebih arif untuk menyesuaikan latihan berpuasa mengikut kemampuan anak-anak.
Dari sudut pandangan Islam pula, umumnya kita tahu bahawa kanak-kanak yg belum baligh tak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, sebahagian fuqaha berpendapat bahawa anak yg berusia 7 tahun diperintahkan untuk berpuasa jika mereka mampu, sebagaimana usia yg diperintahkan untuk solat.
7 TIPS GALAKKAN ANAK BERPUASA DENGAN SERONOK. TANPA PAKSAAN!
Berikut adalah beberapa tips untuk ajar anak berpuasa sejak kecil.
1. PERIKSA KEMAMPUAN ANAK
Penting untuk ibu bapa memahamkan anak tentang keutamaan solat berbanding puasa. Libatkan mereka dalam solat sehari-hari dan dari situ, anda akan mendapati lebih mudah untuk anak memahami dan menjalankan ibadah puasa dengan rela hati...
Oleh itu.. jangan membandingkan anak anda dengan orang lain. Sebaliknya, lihatlah kemampuan anak sendiri sama ada mereka bersedia untuk melakukan ibadah puasa.
2. BERCERITA TENTANG PUASA
Lakukan aktiviti yg menyeronokkan untuk membantu anak memahami tentang ibadah puasa. Anda boleh berbual santai, membaca buku cerita, membuat kraf, lakonan boneka, atau menonton kisah Upin dan Ipin tentang puasa.
Kita tak mahu mendidik anak supaya menganggap Islam adalah agama yg susah. Sebaliknya.. ia adalah fitrah dan bersesuaian dengan semua manusia.
3. RANCANG SECARA BERPERINGKAT
Bagi yg pertama kali berpuasa.. latihlah mereka secara berperingkat. Menurut Dr Fadzillah lagi.. ibu bapa boleh memulakan dengan beberapa jam terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya beberapa hari mengikut kemampuan anak.
Rutin seperti ini seeloknya dipertingkatkan setiap tahun tibanya bulan Ramadan. Dengan cara ini.. mereka lebih bersedia dan tak rasa terpaksa untuk berpuasa.
4. SEDIAKAN JADUAL AKTIVITI
Apabila anak berpuasa nanti, mungkin anak akan kurang aktif kerana letih. Oleh itu.. anda boleh cari idea-idea menarik atau DIY untuk mereka membuat aktiviti indoor yg melekakan. Antaranya mewarna, menghias rumah, bermain play doh, blok binaan, melukis, membaca buku cerita, atau membuat kraf.
Menurut Dr MAZA, dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi’ bint Mu’awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:
وَنَصْنَعُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
“Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa”
Jika dibiarkan mereka menonton TV sepanjang hari, susah juga kerana banyak iklan-iklan makanan yg mungkin akan membuat mereka lapar!
Berikut adalah antara aktiviti di bulan puasa yang boleh anak anda lakukan:
10 Idea Ativiti Bulan Ramadhan Untuk Anak 3 Tahun Ke Atas. Seronok!
16 Mainan DIY Kanak-kanak Yang Buat Anda Terleka
5. HIDANGKAN MAKANAN KEGEMARAN UNTUK BERSAHUR & BERBUKA
Ibu-ibu perlu lebih kreatif di bulan Ramadhan ini dalam memastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yg seimbang ketika bersahur dan berbuka. Carilah resepi yg menggabungkan makanan kegemaran mereka dengan keperluan sihat seperti nugget bersayur atau smoothie kurma dan coklat.
Bersederhana adalah kunci utama. Pastikan mereka minum air yg mencukupi dan tak lupa memakan buah-buahan dan sayuran agar pencernaan mereka tidak terganggu.
Resepi nugget bersayur oleh Puan Aleen Aireish
6. LEWATKAN WAKTU SAHUR MEREKA
Anak-anak mungkin ‘liat’ untuk bangun pagi.. apatah lagi bersahur. Kalau anak dibangunkan terlalu awal.. kemungkinan besar mereka akan tertidur semula sebelum sempat menunaikan solat Subuh. Sebaiknya.. anda juga berbual-bual dengannya.. menyalakan lampu yg terang dan menjadikan suasana bersahur meriah agar mereka tak mengantuk.
Dalam Islam.. melewatkan sahur adalah perkara sunat. Dalam sebuah hadis meriwayatkan:
“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Hadis riwayat at-Thabrani)
7. BOLEH BERBUKA, TAPI KEKALKAN MOOD PUASA
Jika anak tak mampu berpuasa.. biarlah mereka berbuka. Namun.. seeloknya kekalkan anak dalam mood berpuasa.
Ada 1 tip menarik yg pernah dikongsikan oleh seorang Pengetua Sekolah. Beliau berkata, bila anak mengadu lapar, bagi dia minum segelas susu dan makan sekadarnya. Kemudian, beritahu elok-elok, “Lepas ini kita cuba puasa balik ya.” Maksudnya, apa yang mereka makan itu ibarat sahur semula. Mudah-mudahan dengan cara ini juga, mereka dapat belajar juga untuk menghormati bulan puasa dan rasa gembira apabila berbuka dengan ibu bapa sewaktu Maghrib nanti.
8. BERI PUJIAN DAN KATA POSITIF
Apabila anak berjaya berpuasa mengikut waktu tertentu.. ucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun 2-3 jam, walaupun setengah hari.
Jika mereka nampak seperti mahu berputus asa, berikan galakan. Mereka bukannya sengaja mencari alasan bermanja, tapi sebenarnya sokongan ibu bapa amat diperlukan pada ketika ini. Jadi, anda perlu bersedia meluangkan masa untuk mereka. antara cara yg anda boleh lakukan dengan berikan ganjaran (reward).
ISLAM ADALAH AGAMA YANG PENUH KELEMBUTAN & KASIH SAYANG
Dalam melatih anak berpuasa, lakukanlah ia dengan penuh hikmah. Elakkan memaksa dengan keras sehingga kewajipan lain.. seperti solat dianggap ringan oleh anak-anak.
Kalau anak tak mampu berpuasa, jangan sesekali mengejek, mengungkit, atau memalukan anak yg tak berpuasa di hadapan orang lain. Ia boleh menjadikan mereka kurang yakin diri dan tak mahu mencuba lagi.
No comments:
Post a Comment