TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Sunday 8 April 2018

BETUL KER MENGANDUNG LEWAT USIA TU BERISIKO ?


Anda nak tau.. sekarang ni dah jadi trend kahwin lewat dan semua tau bukan sesuatu yang pelik kan.. Disebabkan ekonomi yang mendesak sekarang ni.. makin ramai wanita yang mahu fokus kepada kerjaya dan terpaksa melalui kehamilan pada usia yang lebih lewat.

Apa yang membimbangkan.. sering sangat kita dimomokkan dengan kata-kata orang bahaya kalau mengandung lewat sangat.. Persoalannya betul ke wanita yg dah lewat usia berisiko ? 


Menurut kajian dan bukti terkini yang dibuat . berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita, seperti yang didedahkan dalam artikel Medical News Today.



5 RISIKO KEHAMILAN SELEPAS USIA 35 TAHUN

MASALAH KESUBURAN
Pertama sekali, usia yang semakin lanjut kerapkali dikaitkan tahap kesuburan lelaki dan wanita yang kian merudum.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan melalui The New England Journal of Medicine, 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh mengandung dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31-34 tahun. Malah, apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.



MASALAH KESIHATAN BAYI
Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh pasangan juga menyumbang kepada risiko keguguran bayi.

Penelitian menunjukkan keguguran bayi meningkat selari dengan usia kehamilan, di mana bayi juga berisiko mengalami kurang berat badan, kelahiran pramatang, dan meninggal dunia dalam kandungan.



KOMPLIKASI BERSALIN
Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep, atau pembedahan Caesarean.

Dalam penyelidikan di King’s College London, keputusan mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin dan secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan efektif. Sementara itu, perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.

pengalaman dalam bilik bersalin



MASALAH KESIHATAN IBU
Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, tinggi kolesterol, dan sebagainya.

Disebabkan penyakit dan kondisi inilah, wanita disarankan agar tidak melewat-lewatkan kehamilan mereka tanpa sebab. Ini kerana, kondisi tersebut mampu menjejaskan kesihatan kandungan dan memburukkan keadaan kesihatan ibu.



RISIKO BAYI SINDROM DOWN
Sesetengah risiko penyakit genetik seperti sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah

1 dalam 1064 pada usia 25 tahun
1 dalam 686 pada usia 30 tahun
1 dalam 240 pada usia 35 tahun
1 dalam 53 pada usia 40 tahun
1 dalam 19 pada usia 45 tahun
Salah satu faktor yang menjadi sandaran pakar buat masa ini adalah apabila ibu semakin berusia, proses rekombinasi yang kurang terkawal hingga menyebabkan kecelaruan pada susunan kromosom dan bilangan sel yang abnormal.



CARA UNTUK MENGURANGKAN RISIKO HAMIL LEWAT USIA : 

1. Jaga pemakanan-patuhi diet pemakanan untuk ibu mengandung.
2. Elakkan melakukan kerja yang berat dan aktiviti lasak.
3. Dapatkan rehat yang secukupnya.
4. Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Dapatkan nasihat dari doktor pakar.
6. Dapatkan sokongan dari suami dan keluarga.
7. Ambil supplemen yang secukupnya- Asid Folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang dan sebaiknya di ambil sebelum hamil. Wajib diambil bagi ibu-ibu yang hamil lewat.
8. Supplemen wajib bagi ibu mengandung:
9. Asid Folik dan B-Complex
10. Zat besi
11. Multivitamin dan multimineral
12. Kalsium
13. Vitamin C
14. Omega 3
15. Protein



TAPI, MENGANDUNG LEWAT USIA ADA JUGA KELEBIHANNYA

Walaubagaimanapun, ibu janganlah terlalu risau kerana perkhidmatan kesihatan di Malaysia dan teknologi masa kini mampu membantu ibu-ibu mendapat rawatan awal daripada doktor.

Banyak kajian yang turut mengambil kira kesan positif daripada perkahwinan dan kehamilan melebihi 35 tahun. Antaranya termasuklah:

1. Ia Meningkatkan Kecerdasan Ibu 

Penemuan terkini mendapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang buat otak wanita.Secara spesifiknya, estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.

2. Ibu Bersikap Lebih Matang

Pada usia yang sebegini, wanita biasanya lebih realistik dan bersedia untuk menjaga anak. Mereka juga lebih ‘alert’ terhadap kesihatan harian keluarga dan diri sendiri, serta mampu menguruskan stres dengan lebih baik.

3. Ekonomi Lebih Kukuh

Dari segi ekonomi juga, sesebuah keluarga biasanya lebih bersedia dan telah mencapai kestabilan dalam memastikan arah tujuan anak-anak lebih terjamin.

Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Oleh itu, kita harus tetap bersyukur seandainya dikurniakan rezeki zuriat walaupun pada usia kehamilan yang lewat. 

Hamil ketika lewat usia tidak menjadi masalah sekiranya ibu-ibu yang hamil di usia lewat perlu mematuhi nasihat dari doktor dan pastikan anda lebih berhati-hati. Yang penting sentiasa positif di sepanjang tempoh kandungan anda.

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT