TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Wednesday 27 December 2017

6 PUNCA HAID TAK NORMAL INI PENYEBAB ANDA SUSAH NAK TENTU WAKTU SUBUR !




6 PUNCA KENAPA PERIOD TINTONG NI AKAN BUAT ANDA KECUT PERUT DAN CEPAT2 NAK CARI PENAWAR !!


Anda semua jangan buat tak tahu... Sebab salah satu punca susah nak dapat anak adalah nak tau waktu subur. Dan waktu subur dapat ditentukan dengan kitaran haid. Bagi yang kitaran haid teratur sangat mudah untuk tau waktu subur. Namun bagaimana pula bagi mereka yang ada masalah ni ? 

Datang 2 ke 3 bulan sekali dan ada yang tak datang langsung. Ada juga yang datang banyak 'non stop'.. Haa.. yang ni kita nak kena ambil tau. Kenapa perlu ambil tahu.. Sebab dia penentu kesihatan dan kesuburan korang berada pada tahap baik atau sebaliknya. 

Kat sini kak eaisyah nak kongsikan dengan anda semua 6 punca kenapa kitaran haid anda problem.. 




KENAPA HAID JADI X TRATUR EKK ?
.
AMENORRHOEA ðŸ‘©
.

  •  wanita yg tak pernah dtg haid pada umur 16 tahun atau haid berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tapi tak mengandung.
  • Ia bukan penyakit tapi mungkin disebabkan oleh gangguan hormon, keadaan persekitaran dan corak kehidupan yg tak sihat.
.
OLIGOMENORRHOEA ðŸ‘©
.

  • Haid datang dalam kitaran 35-90 hari (kitaran normal 28 hari).
  • Berpunca dari pengambilan pil hormon dan masalah dalaman seperti penyakit PCOS.
.
OVARI PRA-MATANG ðŸ‘©
.
  • Kilang Ovari berhenti keluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya.
  • Contohnya, seorang wanita yg berusia 25 tahun tak dtg haid sbb Ovarinya dah menapous.
  • Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang inginkan cahaya mata. Jangan tidak percaya ovari juga boleh tua sebelum waktunya.
.
FIBROID RAHIM ðŸ‘©
.
  • Fibroid rahim adalah tumor tapi bukan kanser.
  • Selalu terjadi kat wanita yg pernah melahirkan anak.
  • Punca disebabkan terdapat darah haid tak habis keluar atau darah nifas yg tak di keluarkan dengan habis semasa proses berpantang.
  • Tanda-tanda fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan sakit senggugut yang kuat.



ENDOMETRIOSIS ðŸ‘©
.

  • Tisu yg sepatutnye tumbuh di dalam rahim berkembang di luar rahim.
  • Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period.
  • Menyebabkan kemandulan.
.

DYSMENORRHOEA ðŸ‘©
.

  • Sengugut teruk.
  • Tak serius tapi masih perlu di beri perhatian sbb di takuti berlaku di sebabkan jangkitan, endometriosis atau sista ovari.



Cuba cek.. adakah anda dalam golongan mereka yang mengalami masalah tersebut ? Jika YA better anda cari penawar segera.. Sebab apa..

CEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT !!
Antara pencegahan yg boleh dilakukan utk elakkan sebarang masalah ialah:
.
👱 Tolong jaga kebersihan alat sulit anda.
.
👱 Elakkan daripada memakai pencuci wanita terlalu kerap sbb ia akan mematikan flora dan fauna di situ.
.
👱 Jangan buat teknik douching (menyebur air masuk ke dalam vagina).
.
👱 Amalkan pemakanan yg sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran.
.
👱 Elakkan pemakanan yg bersifat hormon. Seelok-eloknya makan sumber protien seperti ayam kampung, ikan, daging lembu yg tak di cucuk dengan ubat hormon.
.
👱 Elakkan makanan segera kerana ia mempunyai kandungan garam dan bahan perisa yang tinggi
.
👱 Amalkan pengambilan ubat atau supliment yg disyorkan oleh pakar. Pastikan ianya bersesuaian dengan masalah anda.
.
[ Sumber : Pakar Sakit Puan ]


Saturday 16 December 2017

MOHON BACA JIKA ANDA MASIH SEORANG WANITA !



APA ITU PCOS ?

Polycyctic Ovary Sindrome merupakan salah satu masalah kesuburan dan kesihatan wanita

Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan ia bertindak sebagai organ pembiakan utama bagi seorang wanita. Fungsinya adalah mengeluarkan telur pada waktu subur.

Namun PCOS ialah satu keadaan dimana ovari membengkak kerana benih telur terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Akhirnya akan timbulkan masalah kesuburan. Selain itu PCOS juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam badan wanita dimana terdapat lebihan hormon testosterone gent lelaki dan insulin di dalam tubuh wanita.




Menurut pakar kesuburan Sunfert International Fertility Centre Dr Eeson Sinthamoney, tahap kesuburan wanita merosot selepas berusia 35 tahun. Keadaan ini membuatkan peluang untuk hamil selepas usia 35 tahun amat rendah berbanding wanita dalam lingkungan usia 20-an.

Pada masa sama, tahap kesuburan lelaki juga merosot seiring peningkatan usia. Jadi, jika berkahwin lewat dan belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, jangan cepat menyalahkan pasangan.


Kira-kira 30 peratus daripada kes ketidaksuburan adalah berpunca daripada wanita dan 30 peratus lagi daripada lelaki. Sementara itu 30 peratus membabitkan kedua-duanya dan 10 peratus tidak diketahui puncanya



MACAM MANA NAK TAU SESEORANG TU ADA PCOS ?


  • Haid yang tidak teratur
  • Haid terlalu lama
  • Tidak datang haid langsung 
  • Haid datang dengan kerap
  • Haid datang beberapa bulan sekali 
  • Gemuk / Obesiti
  • Kencing Manis
  • Mandul
  • Tumbuh rambut halus pada muka dan dada wanita seperti misai dan janggut. 



PUNCA PENYAKIT PCOS ?

  • Keturunan / Baka
  • Makanan yang mengandungi banyak karbohidrat, gula, perisa, bahan pengawet.
  • Stress / Tekanan fizikal dan mental

APAKAH ROSIKO DAN KESAN JANGKA PANJANG ?

  • 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk
  • Masalah kolesterol tinggi
  • Masalah Darah Tinggi
  • Masalah Sakit Jantung 
  • Kanser Rahim terutamanya kepada pesakit yang sering mengalami masalah haid
  • Masalah susah nak TIDUR
  • Mengalami Kemurungan terlampau
  • Endometrium Kanser (Endometrium Karsinoma)




MACAM MANA NAK RAWAT ?


  • Kawal kegemukan (Obesiti)
  • Tingkatkan kesuburan dengan pengambilan suplimen atau ubat kesuburan seperti Ubat subur Clomiphene, suntikan hormon Ganadotrophin, Ubat Metformine dan makanan sunnah.
  • Rawatan Pembedahan Laparoscopy dan Ovarian Drilling 


[Sumber : Dr Natasha Nor /  Sunfert International Fertility Centre Dr Eeson Sinthamoney ] 

Monday 11 December 2017

WARNA DARAH PERIOD PENENTU KESIHATAN TUBUH WANITA !





Bila cakap tentang haid ni memang boleh buat kita orang perempuan tak senang duduk. Sebab Kitaran Haid mempengaruhi hormon yang boleh menentukan sama ada kita subur atau tak. Dan kalau tak subur memang susah lerr anda nak merancang untuk hamil. Lebih teruk lagi.. penyakit lain pun mula berjangkit.

Hari ni Kak Eaisyah nak kongsikan dengan korang Jenis2 warna darah haid boleh tentukan masalah kesihatan dan kesuburan anda. Nak tau kne baca sampai habes yerr !!

JENIS-JENIS WARNA DARAH HAID 





MERAH JAMBU

Disebabkan Hormon Estrogen yang rendah. Estrogen yang rendah akan menjejaskan peredaran haid. Selain itu ia juga boleh menyebabkan anda mengalami Osteoporosis jika tidak dirawat dengan segera.






WARNA CAIR

Ia disebabkan kekurangan nutrisi. Ini bermakna anda telah tergolong dalam kalangan orang yang boleh diserang penyakit anemia.



WARNA COKLAT GELAP

Kurang buang air kecil (kencing) merupakan salah satu penyebab kenapa darah haid berwarna coklat gelap. Jangan risau.. rileks.. sebab situasi ini adalah normal. Kitaran dan warna haid bagi setiap wanita berbeza. Jika anda dapati haid anda berwarna coklat gelap, itu merupakan perkara biasa pada peringkat awal dan hujung kitaran haid.




WARNA MERAH KELABU

Anda perlu dapatkan rawatan doktor dengan cepat. Berkemungkinan besar anda dijangkiti STD (Sexually Transmitted Infection). Ini bermakna anda boleh dijangkiti dengan kuman tanpa disedari. Perkara yang serupa boleh juga berlaku kepada pasangan kelamin anda.



WARNA MERAH GELAP


Anda mempunyai tahap progesteron yang rendah dan tahap estrogen yang tinggi. Jika ketulan darah agak besar dari kebiasaan.. ini bermakna anda mengalami ketidakseimbangan hormon. Anda disarankan untuk kurangkan kadar pengambilan produk tenusu, kacang dan makanan manis untuk lihat perbezaannya. Ingat !! Pastikan anda jaga kesihatan tau.. jangan sampai berlakunya 'Uterine Fabroids'




WARNA MERAH TERANG 

Ini bermakna tahap kesihatan dan kitaran haid adalah normal. Memang setiap wanita mempunyai pengalaman haid yang berbeza tetapi jika anda mempunyai darah haid seperti ini secara konsisten.. ini bermakna anda mengalami tahap hormon yang normal. 







Haa.. dah tau kan jenis-jenis warna darah dan kesan dia terhadap tubuh badan anda. Kak Eaisyah harap lepas ni.. anda jaga kesihatan sebaik mungkin dan pastikan tahap kesihatan dan kesuburan berada ditahap yang baik. 

Kalau dapat sebarang tanda atau masalah berkaitan kesubutan.. Jangan tunggu lagi.. Dapatkan rawatan dari pakar dengan segera supaya dapat dielakkan dari melarat pada peringkat awal.

[ Kredit : Google dan Pakar Sakit Puan ]

Saturday 9 December 2017

CARA KENAL DARAH HAID




Cara untuk mengenali darah haid

Identiti darah dapat dikenal pasti dengan dua sifat iaitu sama ada kuat atau lemah. Dan keduanya dapat dikenal pasti melalui 3 cara :

1. WARNA DARAH
2. SIFAT DARAH (semasa darah keluar)
3. BAU DARAH

Kebiasaannya, warna darah yang keluar dari rahim ada 5 warna

1. Merah gelap
2. Merah pekat
3. Merah keperangan
4. Kuning
5. Keruh / Kuning keputihan / Tidak Jernih

Tanda Berhenti HAID :

" Asma' Binti Abu Bakar r.a.pernah ditanya tentang sedikit warna kekuningan pada darah, lalu beliau berkata ' Tinggalkan solat selagi mereka (wanita) masih mendapati yang demikian sehinggalah ia tidak kelihatan sedemikian lagi melainkan seperti susu yang bersih' "

Tanda-tanda dan pemberitahuan ini merupakan pendapat yang dipegang oleh mazhab Syafi'e, Hanafi dan Maliki


[ Sumber : Kitab hukum & persoalan utama berkaitan haid, nifas dan istihadhah

Akan datang Kak Eaisyah akan bagitau apa tu Darah Istihadhah pulak..





Wednesday 6 December 2017

NAK HAMIL ?? JOM IKUT TIPS INI ..






Jika korang tengah cuba untuk hamil.. anda boleh amalkan beberapa tips ini untuk membantu meningkatkan peratusan hamil. Mungkin anda pernah dengarpetua atau tips tentang waktu dan saat terbaik untuk lakukan hubungan seks sesuai dengan kitaran haid wanita, berapa kali hubungan seks yang perlu dilakukan, posisi atau cara seksual dilakukan dan sebagainya yang berkaitan dengan hal yang boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil.



PILIH WAKTU TERBAIK UNTUK BERJIMAK


  • Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual adalah pada waktu SUBUR atau ketika PROSES OVULASI berlaku.
  • Telur matang hanya dapat hidup selama 24 jam sedangkan sperma akan hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita.
  • Lakukan hubungan seks sebelum waktu ovulasi adalah LEBIH BAIK untuk meningkatkan peratusan kehamilan berbanding satu atau dua hari selepas ovulasi


KEKERAPAN HUBUNGAN SEKSUAL

  • Tidak ada angka khusus yang dapat memastikan beberapa kali seseorang harus lakukan hubungan seks untuk hamil
  • Ada yang hanya sekali dan ada yang memerlukan masa lebih lama.
  • Yang penting adalah berapa kerap anda lakukan hubungan seksual pada waktu yang terbaik untuk hamil.


ENJOY YOUR JOURNEY !

  • Ketika seorang wanita sedang teransang, keadaan alkali (base) pada vagina akan terbentuk.
  • Ia merupakan waktu yang sangat sesuai untuk rembeskan sperma (benih lelaki) 
  • Daripada 39 juta sperma hanya 30% sperma sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum yang matang.


POSISI HUBUNGAN SEKSUAL

  • Posisi seks yang disarankan untuk tingkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki berada di atas.
  • Posisi 'MISSIONARY' dengan meletakkan bantal dibawah punggung dan kaki isteri diatas bahu suami atau 'DOGGY STYLE'


           Missionary Style                                 Doggy Style 


"Setubuhilah dari depan atau dari belakang dan hindarilah pada waktu haid dan di dubur."
( Hadis Riwayat : Ahmad dan Tirmidzi )

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah ... "
( Surah Al-Baqarah 2;223 )




JANGAN BANYAK BERGERAK SELEPAS BERJIMAK

  • Jangan terus bangun selepas lakukan hubungan seks sebaliknya berbaring dahulu selama 15 minit. 
  • Selain itu, sewaktu anda bersihkan diri jangan gunakan cairan pembersih vagina kerana ia bersifat toksin kepada sperma.


Sekiranya anda sudahpun mencuba namun masih belum berhasil. Berbincang dengan pakar untuk dapatkan rawatan yang sewajarnya. 






Saturday 2 December 2017

AMARAN ! MONSTER CYST PEMBUNUH NO. 1 IMPIAN WANITA NAK KEKAL SUBUR DAN DAPAT ANAK



APA TU CYST ?

CYST Ovari adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakkan cyst tidak merbahaya. Namun, jika dibiarkan ianya boleh menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyt mula pecah, pendarahan hingga penyakit serius seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, mandul hingga menyebabkan terjadi kanser Endometrium.

SIAPA MUDAH DIJANGKITI ?


  • Berumur 25 tahun hingga 60 tahun
  • Mereka yang pernah mendapat cyst sekali dalam seumur hidup




TANDA-TANDA CYST ?

  • Muntah dan loya
  • Gangguan kitaran haid
  • Sakit perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Selalu buang air
  • Tidak selesa pada bahagian perut
  • Rasa berat pada ari ari
  • Kejang otot pada betis
  • Kerap gugur
  • Keputihan
  • Angin keluar dari vagina (Kentut Vagina)

MAKANAN YANG PERLU DIAMALKAN 

  • Ikan Laut
  • Sayuran jenis kekacang
  • Kekacang selain kacang soya
  • Sayuran hijau
  • Buah-buahan
  • Ubi kayu
  • Teh Hijau (Anti oksida baik untuk kecutkan cyst)

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

  • Daging merah
  • Ayam suntik
  • Produk tenusu sepeti susu dan keju
  • Ikan Keli
  • Bahan perisa
  • Minuman Berkarbonat
  • Makanan Segera
  • Makanan Diproses
  • Makanan Ringan
  • Makanan berlemak dan berminyak
  • Kacang soya


LIVE CHAT