Kadar waktu anak-anak bawah 10 tahun belajar memang sekejap sahaja. Paling lama boleh duduk statik di meja belajar, mungkin dalam satu jam. Selepas itu, mulalah fokus mereka kelaut
Buku sudah nampak semacam kapal selam. Pensel pula seperti roket atau kapal terbang!
Bila anak bosan belajar, tak semua ilmu yang cikgu ajar dicerap dan dihadam dengan baik. Hasilnya, keputusan peperiksaan corot atau cukup makan saja
Sebelum tahu cara selesaikan, baca dulu sebab utama kenapa anak mudah bosan atau hilang minat ketika belajar :
1) Tidak selesa dengan persekitaran
Persekitaran di sekolah mungkin bising. Dalam kelas, anak pula duduk di bahagian tengah atau belakang. Apa yang cikgu ajar mungkin tidak sampai kepadanya dan membuatkan dia tidak faham
2) Tidak minat subjek sekolah
Bila tidak faham, sedikit sebanyak anak mula menjauhi sesuatu subjek dengan alasan subjek tersebut susah.
3) Tiada motivasi
Setiap hari perkara yang sama berulang, membuatkan anak hilang motivasi untuk belajar. Pergi ke sekolah hanya untuk bertemu kawan-kawan dan bermain. Tidak buat homework bukanlah sebab malas atau terlupa, tetapi mungkin juga kerana tidak tahu.
4) Cara belajar tidak sesuai dengan mereka
Setiap orang ada cara belajar tersendiri. Belajar secara visual, lebih banyak menggunakan mata. Belajar secara audio, cenderung mendengar. Belajar secara kinestatik, memerlukan banyak pergerakan. Sekiranya guru hanya menumpu kepada satu kaedah pengajaran sahaja, ia tak mampu untuk meliputi kepelbagaian cara belajar anak – anak di dalam sesebuah kelas
5) Tiada keserasian dengan tenaga pengajar
Mungkin sebab tidak faham dan selalu tidak siapkan homework, anak sering dimarah dan didenda oleh guru. Anak mungkin terasa hati dan tidak menyukai guru yang mengajar. Lagipun, jumlah pelajar yang ramai di dalam kelas menyebabkan guru subjek tidak sempat memantau pelajar secara individu
Dalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana anda sebagai ibubapa boleh praktikkan supaya anak-anak bawah 10 tahun ini seronok belajar dan tak mudah berasa bosan. Anak yang lebih fokus belajar, mudah faham subjek yang dipelajari. Lebih tinggi kefahaman, lebih mudah untuk skor atau menjawab soalan ujian atau peperiksaan.
Berikut adalah 5 cara mudah yang boleh diusahakan supaya anak tidak bosan malah jadi semakin seronok belajar :
1. Menyediakan persekitaran belajar yang selesa dan kondusif.
Jika tidak boleh mengawal suasana pembelajaran dalam kelas, anda boleh mengoptimakan suasanan pembelajaran anak di rumah. Sediakan bilik atau tempat belajar yang jauh dari gangguan tv atau bunyi bising dari adik beradik.
2. Mewujudkan minat belajar dengan mempelbagaikan cara belajar.
Contohnya jika anak tidak minat belajar matematik sebab perlu menghafal sifir, anda boleh sediakan kuiz dan berikan hadiah atau penghargaan sekiranya ada peningkatan dalam hafalan. Anda juga boleh masukkan elemen game dalam pembelajaran supaya anak lebih seronok dan bertambah minat
3. Memberi motivasi tinggi
Motivasi itu seperti iman. Sekejap naik sekejap turun. Salah satu cara menaikkan motivasi anak adalah dengan memberikan kata-kata dorongan, pujian, dan rangsangan. Hadiah juga adalah salah satu cara untuk menaikkan motivasi anak. Biasakan beri hadiah yang kecil dan murah sahaja tetapi tinggi nilai bagi dirinya.
4. Mengetahui cara anak belajar
Cara setiap orang belajar adalah berbeza. 3 kaedah pembelajaran asas yang anda sebagai ibubapa perlu tahu :
• Visual - Anak cenderung belajar menggunakan mata. Jadi anda perlu banyakkan penggunaan alatan tulis yang bewarna-warni. Nota menarik dan cantik. Anak ini suka bercakap. Jadi berkemungkinan dia juga banyak bertanya . Anda perlu banyak bersabar
• Audio – Anak cenderung belajar menggunakan pendengaran. Sewaktu mengajar di rumah, anda boleh banyakkan bercerita. Anak yang dominan audio ini lebih seronok belajar beramai-ramai kerana dia lebih banyak mendengar perbincangan berbanding bercakap
• Kinestatik – Anak ini banyak bergerak dan tidak boleh duduk setempat. Sekiranya belajar matematik, perlu guna alat bantu seperti lidi, sempoa kerana dia pasti menyukainya. Dia perlu banyak pergerakan.
5. Sediakan guru tuisyen peribadi
Guru tuisyen peribadi atau home tutor sedang menjadi trend di kalangan ibubapa sekarang. Selain jimat minyak kereta dan masa, guru tuisyen merupakan alternatif terbaik yang dapat membantu mengembalikan minat anak untuk belajar. Kepelbagaian cara belajar dan interaksi dua hala, menyebabkan anda lebih responsif dan sentiasa bersedia untuk belajar
Yusra Bestari Home Tuition menyediakan guru tuisyen terlatih yang datang mengajar di rumah pelajar dengan kadar yuran yang sangat berpatutan. Pembelajaran one-to-one atau belajar berkumpulan dalam saiz yang kecil merupakan kaedah pembelajaran yang sangat berfokus
Apabila anak mula serasi dengan guru, kefahaman anak terhadap pembelajaran semakin bertambah. Minat pada subjek yang dipelajari juga meningkat menyebabkan anak lebih bersungguh-sungguh dan fokus semasa belajar di sekolah
Dalam post ini, anda telah belajar 5 cara mudah untuk bantu anak hilangkan rasa bosan ketika belajar.
Penting untuk anda aplikasikan salah satu cara di atas supaya kebosanan anak tidak melarat seterusnya membuatkan dia terus hilang minat untuk belajar.
No comments:
Post a Comment