TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Thursday 27 August 2020

WANITA BERUSIA SUSAH HAMIL ?? TAPI KENAPA ??




Anda nak tau.. sekarang ni dah jadi trend kahwin lewat dan semua tau bukan sesuatu yang pelik kan.. Disebabkan ekonomi yang mendesak sekarang ni.. makin ramai wanita yang mahu fokus kepada kerjaya dan terpaksa melalui kehamilan pada usia yang lebih lewat.


Apa yang membimbangkan.. sering sangat kita dimomokkan dengan kata-kata orang bahaya kalau mengandung lewat sangat.. Persoalannya betul ke wanita yg dah lewat usia berisiko ? 


Menurut kajian dan bukti terkini yang dibuat . berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita, seperti yang didedahkan dalam artikel Medical News Today.




5 RISIKO KEHAMILAN SELEPAS USIA 35 TAHUN

MASALAH KESUBURAN
Pertama sekali, usia yang semakin lanjut kerapkali dikaitkan tahap kesuburan lelaki dan wanita yang kian merudum.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan melalui The New England Journal of Medicine, 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh mengandung dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31-34 tahun. Malah, apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.
 



MASALAH KESIHATAN BAYI
Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh pasangan juga menyumbang kepada risiko keguguran bayi.

Penelitian menunjukkan keguguran bayi meningkat selari dengan usia kehamilan, di mana bayi juga berisiko mengalami kurang berat badan, kelahiran pramatang, dan meninggal dunia dalam kandungan.


KOMPLIKASI BERSALIN
Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep, atau pembedahan Caesarean.

Dalam penyelidikan di King’s College London, keputusan mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin dan secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan efektif. Sementara itu, perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.

pengalaman dalam bilik bersalin


MASALAH KESIHATAN IBU
Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, tinggi kolesterol, dan sebagainya.

Disebabkan penyakit dan kondisi inilah, wanita disarankan agar tidak melewat-lewatkan kehamilan mereka tanpa sebab. Ini kerana, kondisi tersebut mampu menjejaskan kesihatan kandungan dan memburukkan keadaan kesihatan ibu.


RISIKO BAYI SINDROM DOWN
Sesetengah risiko penyakit genetik seperti sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah

1 dalam 1064 pada usia 25 tahun
1 dalam 686 pada usia 30 tahun
1 dalam 240 pada usia 35 tahun
1 dalam 53 pada usia 40 tahun
1 dalam 19 pada usia 45 tahun
Salah satu faktor yang menjadi sandaran pakar buat masa ini adalah apabila ibu semakin berusia, proses rekombinasi yang kurang terkawal hingga menyebabkan kecelaruan pada susunan kromosom dan bilangan sel yang abnormal.




CARA UNTUK MENGURANGKAN RISIKO HAMIL LEWAT USIA : 

1. Jaga pemakanan-patuhi diet pemakanan untuk ibu mengandung.
2. Elakkan melakukan kerja yang berat dan aktiviti lasak.
3. Dapatkan rehat yang secukupnya.
4. Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Dapatkan nasihat dari doktor pakar.
6. Dapatkan sokongan dari suami dan keluarga.
7. Ambil supplemen yang secukupnya- Asid Folik amat penting untuk mengelak kecacatan saraf tunjang dan sebaiknya di ambil sebelum hamil. Wajib diambil bagi ibu-ibu yang hamil lewat.
8. Supplemen wajib bagi ibu mengandung:
9. Asid Folik dan B-Complex
10. Zat besi
11. Multivitamin dan multimineral
12. Kalsium
13. Vitamin C
14. Omega 3
15. Protein



TAPI, MENGANDUNG LEWAT USIA ADA JUGA KELEBIHANNYA

Walaubagaimanapun, ibu janganlah terlalu risau kerana perkhidmatan kesihatan di Malaysia dan teknologi masa kini mampu membantu ibu-ibu mendapat rawatan awal daripada doktor.

Banyak kajian yang turut mengambil kira kesan positif daripada perkahwinan dan kehamilan melebihi 35 tahun. Antaranya termasuklah:

1. Ia Meningkatkan Kecerdasan Ibu 

Penemuan terkini mendapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang buat otak wanita.Secara spesifiknya, estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.

2. Ibu Bersikap Lebih Matang

Pada usia yang sebegini, wanita biasanya lebih realistik dan bersedia untuk menjaga anak. Mereka juga lebih ‘alert’ terhadap kesihatan harian keluarga dan diri sendiri, serta mampu menguruskan stres dengan lebih baik.

3. Ekonomi Lebih Kukuh

Dari segi ekonomi juga, sesebuah keluarga biasanya lebih bersedia dan telah mencapai kestabilan dalam memastikan arah tujuan anak-anak lebih terjamin.

Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Oleh itu, kita harus tetap bersyukur seandainya dikurniakan rezeki zuriat walaupun pada usia kehamilan yang lewat. 

Hamil ketika lewat usia tidak menjadi masalah sekiranya ibu-ibu yang hamil di usia lewat perlu mematuhi nasihat dari doktor dan pastikan anda lebih berhati-hati. Yang penting sentiasa positif di sepanjang tempoh kandungan anda.


Monday 24 August 2020

PERIOD LAMA TAK DATANG ?? DARI BERBULAN SAMPAI KE TAHUN ?? BAHAYA ATAU TIDAK ??

 


DEFINISI

Apakah yang dimaksudkan dengan haid datang lewat?

Haid datang lewat adalah menstruasi yang tidak normal – sama ada lewat satu atau lebih kitaran haid. Wanita yang kelewatan haid lebih daripada tiga kitaran berturut-turut mengalami kondisi yang dipanggil amenorea.

Kehamilan adalah punca yang paling biasa  bagi keadaan ini. Punca-punca lain masalah ini termasuklah masalah dengan organ reproduktif atau dengan kelenjar yang membantu mengawal selia paras hormon. Apabila punca sebenar dirawat selalunya wanita tersebut akan pulih seperti biasa.

Berapa kerapkah haid lewat berlaku?

Tiada bukti yang menunjukkan kadar amenorea berlaku berbeza-beza mengikut asal-usul negara atau kumpulan etnik. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran yang berkait dengan nutrisi dan  kadar penyakit kronik tidak syak lagi memberi kesan kepada kadar amenorea yang berlaku. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

TANDA-TANDA

Apakah tanda kelewatan haid?

Tanda yang paling utama bagi kelewatan haid ialah ketiadaan darah haid. Bergantung kepada punca kelewatan haid,anda mungkin akan mengalami tanda dan simptom lain bersama dengan ketiadaan darah haid, seperti;

·         ðŸ‘‰ Susu keluar dari puting

·   ðŸ‘‰ Keguguran rambut

·   ðŸ‘‰ Sakit kepala

·   ðŸ‘‰ Perubahan pada penglihatan

·   ðŸ‘‰  Rambut dan bulu muka yang berlebihan

·   ðŸ‘‰  Kesakitan pada bahagian pelvis

·   ðŸ‘‰  Jerawat

Bila saya harus bertemu dengan doktor?

Sekiranya anda mengalami apa-apa tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza, sebaiknya dapatkan khidmat nasihat doktor untuk mendapatkan solusi terbaik bagi diri anda.



PUNCA

Apakah yang mengakibatkan kelewatan haid?

Dalam kehidupan, anda mungkin mengalami kelewatan haid disebabkan punca-punca yang natural seperti:

·        👉 Mengandung

·       ðŸ‘‰  Menyusu badan

·       ðŸ‘‰  Putus haid/menopaus

Kebanyakan wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari , bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehinggalah menopaus. Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat boleh berbeza-beza antara 21-35 hari bagi setiap kitaran. Sekiranya kitaran anda tidak berada di antara dua bilangan  hari ini, boleh jadi disebabkan:

·         Stres

Stres boleh mengganggu paras hormon, mengubah rutin harian anda, dan menjejaskan bahagian otak (hipotalamus) yang bertanggungjawab mengawal selia kitaran haid anda. Setelah masa berlalu, stres akan mendatangkan penyakit dan menambahkan atau mengurangkan berat badan , yang mana akan memberi impak kepada kitaran haid.

Sekiranya anda fikir stres menyebabkan kitaran haid anda bercelaru, cubalah praktikkan teknik menenangkan diri dan  ubah gaya hidup anda . Mengamalkan senaman juga boleh membantu untuk mengembalikan kitaran haid yang normal semula.

·         Berat badan yang rendah

Wanita yang mempunyai masalah pemakanan , seperti anoreksia atau bulimia boleh mengalami kelewatan haid. Berat badan yang berada dibawah 10% daripada berat normal (berat yang sesuai dengan ketinggian anda) boleh mengubah cara tubuh anda berfungsi dan menghentikan proses ovulasi.Mendapatkan rawatan untuk masalah pemakanan dan mengawal berat badan anda boleh mengembalikan kitaran haid yang normal semula

·         Obesiti

Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan pada hormon, sama seperti apabila berat badan anda berkurangan. Doktor anda akan mengesyorkan pelan diet dan senaman sekiranya didapati masalah anda berpunca daripada obesiti/berat badan berlebihan.

·    Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Sindrom Ovari polisistik adalah kondisi yang menyebabkan tubuh seorang wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (androgen). Sista yang terhasil pada ovari adalah kesan ketidakseimbangan hormon. Ini akan membuatkan ovulasi tidak sekata atau berhenti terus.

Hormon-hormon lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang  kerana terjadinya kerintangan insulin yang selalunya berlaku bersama dengan PCOS. Rawatan untuk PCOS berfokus untuk melegakan simptom. Doktor mungkin akan memberi pil pencegahkehamilan atau ubat-ubatan lain untuk mengawal selia kitaran anda.  

·         Perancang  kehamilan

Anda mungkin mengalami perubahan pada kitaran haid apabila anda menggunakan pil pencegah kehamilan secara tidak tetap. Pil ini mengandungi hormon estrogen dan progestin yang menghalang ovari daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk kitaran anda kembali normal selepas berhenti daripada mengambil pil ini. Alat pencegah kehamilan yang lain  yang menggunakan implan dan suntikan juga boleh menyebabkan kelewatan/terlepas haid

·         Penyakit kronik

Penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit seliak juga boleh menjejaskan kitaran haid. Perubahan pada kandungan gula dalam darah berkait dengan perubahan hormon, jadi, diabetes yang tak terkawal boleh menyebabkan haid yang tidak tetap.

Penyakit seliak menyebabkan keradangan yang membawa kepada kerosakan di dalam usus kecil , yang boleh mengganggu tubuh anda untuk menyerap nutrisi-nutrisi penting. Ini boleh menyebabkan kelewatan atau terlepas haid.

·         Menopaus awal

Kebanyakan wanita mula menopaus ketika berumur antara 45ke 55 tahun. Wanita yang mengalami simptom ini sekitar umur40 tahun atau lebih awal dikira menopaus awal. Ini bermakna bekalan telur anda sudah berkurangan lalu menyebabkan terlepas haid dan akhir sekali berhenti selamanya.

·         Masalah tiroid

Masalah tiroid samada terlalu aktif atau kurang aktif boleh juga menjadi sebab kelewatan atau terlepas haid. Kelenjar tiroid mengawal selia metabolisma badan, jadi paras hormon juga boleh terjejas apabila tiroid bermasalah.  Masalah tiroid selalunya boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Selepas rawatan dilakukan , haid anda selalunya akan kembali normal.



FAKTOR FAKTOR RISIKO

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kelewatan haid?

Faktor yang boleh meningkatkan risiko anda termasuklah;

·        Sejarah keluarga

Sekiranya ada wanita dalam kalangan keluarga anda mengalami kelewatan haid, kemungkinan anda juga boleh mewarisi masalah yang sama.

·         Masalah pemakanan

Sekiranya anda mempunyai masalah permakanan, seperti anoreksia dan bulimia, anda berisiko tinggi untuk mengalami kelewatan haid

·       Latihan kecergasan

Latihan kecergasan yang terlampau lasak boleh meningkatkan risiko kelewatan haid.



DIAGNOSIS DAN RAWATAN 

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaiman kelewatan haid didiagnosis?

Sewaktu temu janji, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis untuk memeriksa sebarang permasalahan dengan organ reproduktif anda. Sekiranya anda sememangnya tidak pernah datang haid sebelum ini, doktor akan memeriksa buah dada dan alat sulit anda untuk melihat perubahan yang biasanya berlaku pada wanita  yang sudah akil baligh.

·         Ujian makmal

Pelbagai ujian darah mungkin diperlukan, termasuklah;:

·         Ujian kehamilan

Ini mungkin ujian pertama yang doktor anda sarankan untuk menyaring keluar ataupun mengesahkan kebarangkalian kehamilan.

·         Ujian fungsi tiroid

Mengukur paras hormon perangsang tiroid (TSH) dalam darah anda boleh memastikan tiroid berfungsi dengan baik. 

·         Ujian fungsi ovari

Mengukur paras hormon perangsang folikel (FSH) dalam darah anda boleh memastikan ovari berfungsi dengan baik.

·         Ujian prolaktin

Paras hormon prolaktin yang rendah mungkin adalah tanda ketumbuhan pada kelenjar pituitari.

·        Ujian hormon lelaki

Sekiranya anda mengalami perubahan seperti bertambah rambut dan bulu muka serta suara menjadi garau, doktor anda mungkin akan memeriksa paras hormon lelaki dalam darah anda.

·         Ujian pengimejan

Bergantung kepada tanda dan simptom  anda – dan keputusan mana-mana ujian darah yang diambil- doktor akan menyarankan satu atau lebih ujian pengimejan termasuklah:

·         Ultrabunyi

Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ dalaman. Sekiranya anda tidak pernah mengalami haid , doktor akan menyarankan ultrabunyi untuk memeriksa sebarang perkara luar biasa a dalam organ reproduktif anda.

·         Imbas CT

Imbas CT menggabungkan imej-imej sinar-X yang diambil dari sudut berbeza untuk menghasilkan keratan rentas organ dalaman anda. Imbas CT boleh menunjukkan samada rahim, ovari dan ginjal kelihatan normal atau tidak

·         Pengimejan resonans magnetik (MRI)

MRI menggunakan gelombang radio dengan medan magnetik yang kuat untuk menghasilkan imej tisu lembut dengan sangat teliti. Doktor mungkin akan melakukan MRI untuk memeriksa ketumbuhan pada pituitari

Bagaimanakah ia dirawat?

Rawatan bergantung kepada punca sebenar yang menyebabkan kelewatan haid. Dalam sesetengah kes pil perancang kehamilan atau hormon terapi yang lain boleh memulakan semula kitaran haid anda. Kelewatan haid yang disebabkan oleh masalah tiroid atau pituitari akan dirawat menggunakan ubat-ubatan. Sekiranya disebabkan oleh ketumbuhan atau penyekatan struktural, pembedahan mungkin diperlukan.



PERUBAHAN GAYA HIDUP & RAWATAN SAMPINGAN 

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh dilakukan ke atas kelewatan haid?

Faktor gaya hidup seperti terlalu banyak bersenam atau makan terlalu sedikit boleh menyebabkan kelewatan haid, jadi, berusahalah untuk mengimbangkan antara kerja, rekreasi dan rehat. Periksa/carilah perkara yang membuat anda stres atau konflik dalam kehidupan.Sekiranya anda tidak mampu mengurangkan stres sendiri, mintalah tolong kepada ahli keluarga, kawan dan doktor anda.


Tuesday 11 August 2020

COVID-19 BOLEH MENGGANGGU KESUBURAN LELAKI ?


Bagaimana coronavirus boleh mempengaruhi kesuburan ? Adakah Covid19 membahayakan kemampuan untuk melahirkan bayi di masa hadapan ?

Para saintis juga berminat untuk membuat kajian sama ada coronavirus ini boleh menimbulkan ancaman kepada sistem pembiakkan dan kencing lelaki. Semua ini terjadi setelah penemuan beberapa pesakit yang mengalami kerosakkan fungsi ginjal yang tidak normal.. selain masalah yang berkaitan dengan pernafasan. Namun begitu, tidak ada jawapan konklusif untuk masalah ini berikutan masalah ini memerlukan penelitian terperinci dan kajian lebih lanjut. Walaubagaimana pun dari hasil penelitian dari topik ini dapat memberi kita beberapa idea mengenai risiko yang terlibat untuk pesakit Covid19.


FAKTOR SELSEMA 

 Adakah selsema boleh mempengaruhi kesuburan lelaki ? Selsema kadangkala memberi kasan buruk kepada jumlah sperma yang menyebabkan kemandulan lelaki. Seperti yang ditunjukkan dalam beberapa kajian kes lelaki subur yang mengalami demam selsema. Salah satu kajian menunjukkan bahawa pesakit yang pulih dari selsema menghasilkan sperma yang tidak normal dalam tempoh dua bulan selepas pemulihan sementara. Kajian lain juga ada menunjukkan bahawa jumlah sperma dan kesihatan genetik menurun selama lebih dua bulan setelah sembuh. Keadaan ini tidak kekal dalam kebanyakkan kes kerana analisis lebih lanjut dalam 2 hingga 3 bulan biasanya menunjukkan kes kembali normal. Kebanyakkannya kes demam tinggi yang berterusan adalah penyebab keadaan ini kerana suhu panas boleh mengganggu testis dan pengeluaran sperma. 


Sebuah pasukan yang diketuai oleh Li Yufeng, seorang profesor dari Pusat Perubatan Reproduktif Tongji Medical College di Wuhan menerbitkan laporan yang ditarik kembali di laman web kerajaan Hubei bahawa coronavirus berpotensi merosakkan testis lelaki dan mengganggu kesuburan lelaki. Penemuan ini berdasarkan fakta bahawa SARS yang sevara genetik virus sama seperti coronavirus yang juga diketahui menyebabkan orkitis dan kerosakkan pada testis. Dia juga mencadangkan golongan lelaki yang dijangkiti membuat pertimbangan untuk menjalani ujian kualiti air mani atau sebaliknya jika dijangkiti wabak ini.

Laporan ini juga menyatakan bahawa kemungkinan kesuburan lelaki sangat terpengaruh kerana virus ini boleh dijangkiti melalui reseptor yang disebut angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) yang kebetulan boleh menyerang testis. Selai  testis para penyelidik juga mendapati bahawa ia mudah menyerang pada organ lain seperti buah pinggang dan lidah. Justeru pemantauan perlu dibuat secara berkala terhadap fungsi ginjal dan kesuburan dengan membuat siasatan lebih lanjut. Laporan ini ditarik semula kerana banyak saintis menganggapnya terlalu awal dan memerlukan semakkan jangka panjang untuk membuktikan. 



SPEKULASI BARU

Prof. Richard Sharpe, seorang pakar kesuburan yang terkenal di dunia di MRC Center for Reproductive Health di University of Edinburgh UK berpendapat bahawa kajian itu menunjukkan spekulasi yang boleh diterima tanpa bukti sokongan secara langsung. Sharpe menjelaskan secara umum bahawa suhu badan yang tinggi disebabkan oleh virus (atau jangkitan lain)memudaratkan pengeluaran sperma kerana sel perlu pada suhu 3 hingga 4 darjah celsius lebih rendah daripada suhu badan untuk pengeluaran sperma yang normal dan berfungsi dengan baik. 

Prof Allan Pacey pakar terkemuka dalam kesuburan lelaki di University of Sheffield menekankan bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari kajian bahawa Covid 19 mempengaruhi kesuburan lelaki. Dia juga berpendapat bahawa mereka yang terlibat dalam perawatan lelaki yang dijangkiti Covid 19 harus mempertimbangkan untuk melakukan tindakkan lanjut dalam jangka panjang bagi fungsi pembiakkan mereka untuk menentukan masalah atau tidak. Dia juga mencadangkan bahawa sangat berguna bagi pakar melihat potensi hubungan antara covid19 dan kesuburan lelaki pada skala populasi. 

Namun masalahnya disini.. bagaimana ia boleh mentafsirkan hasil dari analisis air mani dan menetapkan hubungan untuk lelaki yang dijangkiti Covid 19 tentang individu tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum jangkitan. Ini bermaksud ada kesukaran untuk menilai kesan hasil ujian yang tidak normal disebabkan oleh virus atau tidak. Namun begitu.. seluruh populasi yang besar.. kemungkinan dapat dilihat kadar kualiti sperma yang buruk lebih tinggi daripada yang dijangkakan. 


KEBIMBANGAN YANG TIDAK BERASAS

Perlu diperhatikan bahawa virus yang menyebabkan penyakit beguk yang tidak menyebabkan selsema mempengaruhi kesuburan secara kekal. Kanak-kanak lelaki boleh mendapat beguk samasa akil baligh ketika buah zakat tumbuh secara aktif. Dalam beberapa kes beguk boleh menyebabkan keadaan yang menyakitkan disebut orchitis atau keradangan pada testis yang mengakibatkan kerosakkan pada alat sulit pada masa panjang. Virus lain yang mempengaruhi kesuburan lelaki adalah virus zika.. virus selsema yang ditularkan oleh nyamuk. Virus ini menjangkiti wanita hamil dan mengakibatkan pelbagai kecacatan pada janin dan kematian pada bayi baru lahir. Sejumlah penyelidikkan yang dilakukan oleh USA menunjukkan bahawa zika boleh merosakkan kesuburan lelaki setelah dijangkiti.  



JANGKA PANJANG

Sehingga kini.. semasa pandemik Covid19.. tiada kes jangkitan testis yang boleh didokumentasikan yang menyebabkan kemandulan lelaki. Namun.. kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan kesan sementara pada produksi sperma seperti apa yang terjadi dengan kesan selsema berpanjangan. Para saintis biasanya bersetuju bahawa kajian dan penyelidikkan jangka panjang perlu dilakukan sebelum ada yang dapat membuat kesimpulan yang pasti mengenai perkara ini. Mereka yang telah posotof dijangkiti dan merasa cemas mengenai kesuburan mereka harus berbincang dengan pakar. Buat masa ini.. perkara terbaik yang anda boleh lakukan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan pastika kebersihan diri dijaga sepenuhnya dan pastikan keadaan persekitaran anda dalam keadaan baik. y

LIVE CHAT