TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Friday 26 January 2018

RAHIM JATUH !! WANITA WAJIB TAU !!



RAHIM JATUH - Dikenali sebagai Prolaps boleh berlaku dalam pelbagai peringkat.

🗣 Pada peringkat awal - rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.

🗣 Peringkat kedua - rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ini akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda)

🗣 Peringkat Ketiga - keadaan bahaya dimana keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong.

Sebab tu la orang tua dulu dulu berpesan.. orang perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat. Kudrat orang perempuan ni terhad berbanding orang lelaki.. Jadi perlu la jaga betul betul sebab nak guna lama kakak adik oii.. Jom ambil tau punca dan tanda awal rahim jatuh...




PUNCA RAHIM JATUH 

1. Jatuh terhentak yang kuat
2. Angkat benda yang berat
3. Tak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda atau barang berat guna kaki terutama sekali guna ibu jari.
5. Obesiti / Kegemukan
6. Lasak
7. Meneran




KESAN PERANAKAN JATUH 

1. Sakit perut yang luar biasa
2. Keluar cecair dari rahim
3. Keputihan / lendir putih yang banyak dari kebiasaan
4. Sakit pada ari-ari
5. Sakit pada dinding faraj
6. Sakit ketika bersama suami
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut
8. Terasa seperti mahu bersalin atau ada benda yang nak keluar dari faraj ( Ini peringkat merbahaya )



TANDA AWAL RAHIM JATUH 

🙎‍♀ Selalunyer waktu petang lepas asar badan akan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk
🙎‍♀ Kerap rasa nak buang air kecil
🙎‍♀ Sakit pinggang dan sengal-sengal dibahagian bawah perut. (ari-ari)
🙎‍♀ Terasa sakit dan sengal seolah macam rahim keluar ketika berdiri
🙎‍♀ Cepat rasa penat bila buat kerja
🙎‍♀ Peha dan betis rasa kebas-kebas


CUBA CHECK SENDIRI !

👉 Baring lurus jangan guna bantal.
👉 Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari terutama kat bawah pusat
👉 Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan
👉 Mulakan dengan urutan disebelah kiri perut dan bawa ke tengah
👉 Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah
👉 Bernafas seperti biasa
👉 Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul diatas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh





TIDAKKK... !!! NAK BUAT MACAM MANA NI ??

Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal atau bahasa bidan SENGKAK RAHIM.




KALAU DAH JATUH BOLEH NAIKKAN SEMULA TAK ?

Selain senaman kagel, cara ni pun boleh tolong namun seeloknya buat rawatan sengkak rahim dulu dari mak bidan bertauliah.

Bagi mereka yang dah teruk sangat tu, tolong dapatkan nasihat dari pakar. Kalau tak boleh nak tegak lurus pun tak apa.. ikut kesesuaian diri dan kalau takut.. minta bantuan sesiapa pegang kaki. Lakukan dalam kiraan 10 hingga 20 saat (jangan kira laju sangat) dan bernafas macam biasa.







Teknik ni hanya bersifat sementara jer.. sebaiknya dapatkan khidmat bidan untuk sengkak rahim tu...
Macam mana nak buat ??

Follow cara kat bawah ni :

👉 Mulakan urutan sendiri pada perut biar lembut urat perut dan tak tegang mengeras.
👉 Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan angkat kaki ke atas dinding dan dalam masa sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas  ( ke arah pusat )
👉 Urut perlahan dari bawah naik ke atas. Kalau rasa sengal sengal atau senak.. berhenti dulu dan ulang sampai anda rasa lega.
👉 Rehat sekejap sebelum bangun



AMALKAN LISTRA HABBASAUDA PLUS UNTUK KUATKAN RAHIM ANDA AGAR TAK SENANG JATUH !! Insya-Allah dengan amalan konsisten pasti anda akan lihat kesan yang menakjubkan  ... 😍😍



#listra

Saturday 20 January 2018

JAGA PANTANG SELEPAS BERSALIN KALAU TAK NAK BENTAN !



Masalah bentan dalam tempoh berpantang selepas bersalin bukan perkara yg boleh dipandang ringan. Mungkin ada sesetengah dari korang yg berpendapat waktu adalah sangat seronok sebab dilayan macam puteri raja. Namun sebenarnya ia adalah tempoh untuk korang betul2 berehat dan berjaga jaga agar tiada masalah yang bahaya berlaku.

Makin ramai yg tak percaya tentang pantang larang ketika berpantang kerana dianggap kolot.. Pada yg rasa begitu.. sila ubah persepsi korang sebab apa yg mereka nasihat adalah perkara yg mungkin mereka pernah alami sendiri.


APA TU BENTAN ?

Bentan adalah tindak balas tubuh wanita yg baru lepas bersalin kesan dari kurang penjagaan kesihatan sewaktu berpantang. Atau dalam bahasa pakar komplikasi selepas kelahiran.


MACAM MANA BOLEH BENTAN ?

Kita sedia maklum.. selepas bersalin tentunya banyak tenaga telah digunakan. Selain itu.. segala urat menjadi tegang dan darah banyak keluar terutama darah kotor (darah nifas). Jadi tempoh berpantang digunakan bagi tujuan merawat, membaiki dan memulihkan semula tenaga dan sistem tubuh badan.

Namun disebabkan kurang menjaga pantang dan mengabaikan kesihatan seperti tidak jaga makan dan terdedah dengan udara akhirnya membinasakan diri dengan terjadinya bentan.



KESAN BENTAN ?

Tempoh berpantang akan jadi lebih lama sebab luka dalam tubuh lambat sembuh.



JENIS BENTAN

Bentan Urat

  • Badan jadi lemah.
  • Demam serta bisa-bisa urat pada setiap sendi badan
  • Lutut menggigil kesejukan walaupun waktu tengahari
  • Otot menjadi tegang dan kejang
  • Berpunca dari pergerakan yang terlalu aktif
  • Untuk rawatan sapukan minyak urut di anggota badan dan urut perlahan-lahan
Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim
  • Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan tumpah darah. 
  • Kesakitan melampau boleh menyebabkan susah untuk meluruskan kaki
  • Berpunca dari mengangkat barang berat sewaktu tempoh berpantang
  • Untuk rawatan digalakkan baring ke lantai tanpa alas bantal kecuali pada bahagian punggung.
  • Atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah
Bentan Urat Besar (Pinggang)
  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dikenali sebagai urat sum
  • Lenguh badan dan sakit dibahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.
  • Punca tidak diketahui tetapi kerap berlaku kepada mereka yang bersalin caeser (pembedahan)
  • Untuk merawat perlu banyakkan berehat dan kurangkan bergerak



CARA ELAK BENTAN 

  • Pastikan rehat secukupnya semasa berpantang
  • Tidak digalakkan untuk melakukan tugas dirumah mahupun menguruskan baby kecuali nak menyusukan. 
  • Jaga kebersihan diri dengan kerap tukar pad dan mandi dengan herba
  • Jaga Pemakanan dengan tidak mengambil makanan sejuk, gatal, berbau dan berbisa
  • Jangan minum air sejuk
  • Pantang bersama suami langkah yang terbaik supaya sama2 rasa. 
  • Sapu minyak panas diseluruh badan
  • Pakai baju panas
  • Pakai Stokin sepanjang masa
  • Pastikan berselimut ketika tidur
  • Bertungku



Friday 19 January 2018

10 KESILAPAN YANG SELALU DIBUAT BILA BERPANTANG SENDIRI.. SO.. PLEASE ELAKKAN !!






Bila due date dah nak dekat.. pastinya ramai bakal ibu2 semua dah mula berfikir nak berpantang kat mana kan ?

.
" Apa nak buat ni..? Nak minta mak jaga.. mak bukannya sihat sangat nak jaga aku. Nanti menyusahkan mereka plak.. Kalau nak tumpang rumah mertua rasa segan la plak sebab suami tak ada sekali. Hmmm.. terpaksa r aku berdikari dan berpantang sendiri. "


Heii.. Mom to be semua. Sebagai insan terpilih.. jgn cemburu kat mereka yang boleh balik kampung untuk berpantang atau mak datang untuk jaga anda dirumah. Atas desakan kehidupan masa kini.. sebenarnya makin ramai yang berpantang sendiri. Dan mereka sebenarnya mampu lakukannya.


Walaupun kita tau proses berpantang agak ketat dan menyukarkan.. tak semestinya kita perlu ikut 100%. Anda boleh je menjadikan amalan berpantang sendiri lebih praktikal dengan mengetahui tips dan memberi penekanan kepada perkara yang penting.



Berikut merupakan 9 Kesilapan masa berpantang sendiri. So.. Please jangan ambil ringan !

Masa berpantang sendiri.. kita memang ada kecenderungan untuk jadi malas atau mengelat sebab tak ada sesiapa yang pantau.. Amboiii.. jangan ler begitu. Walaupun sekarang rasa apa2 kesan.. namun ia akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Antaranya...



1 TIADA PERANCANGAN 

Walaupun berpantang sendiri.. perlu ada perancangan supaya senang nak uruskan keluarga dalam masa sama jaga kesihatan diri dan baby. Pada awalnya memang agak kekok sikit tapi bila dah konsisten perkara tu jadi mudah.. Yang penting PERANAN SUAMI perlu kat sini bagi memudahkan proses menjaga rumahtangga semasa berpantang. Jangan lepas tangan dan biarkan isteri hadap semua. Meroyan nti kang susah..

Contohnya.. sebelum pergi kerja.. mandikan baby. Tak pun malam take a part utk jaga isteri dan anak. Kalau tak pandai.. kena belajar.. supaya isteri ada masa rehat yang cukup dan ada sedikit masa berkualiti untuk diri sendiri.





2 MALAS BERBENGKUNG

Bengkung perkara yang mesti dipakai oleh ibu2 yang sedang berpantang sebab ia akan kembalikan bentuk badan yang langsing. Selain tu dia juga ada kelebihan dari segi kesihatan lepas bersalin.

Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah.. penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.. amalan berbengkung ni dapat :


  • Kecutkan rahim
  • Tetapkan peranakan dari jatuh
  • Mambaiki postur tubuh
  • Menghilangkan sakit belakang
  • Cepatkan keluar darah kotor


Selain tu.. bila berbengkung ni lebih selesa dan yakin nak bergerak. Sekaligus memudahkan proses menyusu badan.

Kalau dulu alasan susah nak pakai sebab tak ada orang nak tolong ikatkan. Kini ada jenis zap on atau berzip. Mudah jerr.. So jangan malas yer !





3. TAK PAKAI STOKIN

Pemakaian stokin waktu berpantang juga sering dipandang ringan.Alasan nya panas, leceh dan tak selesa.. Kalau ikutkan cara orang dulu2 memang takder maknanya nak tanggalkan stokin masa berpantang kecuai nak ke toilet atau mandi.

Seeloknya pakai setiap masa. Kajian saintifik menunjukkan tidur dalam keadaan berstokin banyak manfaat untuk kesihatan. Sebab ia akan elakkan urat kaki kita dari bersimpul dan angin dari masuk badan kita. Bila rasa tak larat, pening lalat dan sebagainya.. tu tandanya badan kita dimasuk ANGIN.





4 ABAIKAN RASA SAKIT

Waktu berpantang.. memang selalu akan rasa sakit-sakit badan. Ada banyak cara untuk bantu kembalikan kesegaran tubuh wanita berpantang seperti bertungku dan berurut. Dalam hal ni.. saranan utama adalah.. upah bidan bergerak yang berpengalaman untuk datang ke rumah. Sebab mereka sangat arif dalam penjagaan ibu dan baby semasa dalam berpantang.

Dan jika anda bernasib baik.. mereka akan berikan special advise dengan memberi nasihat jika anda mempunyai masalah berkaitan semasa dalam pantang. So.. En Suami.. jangan kedekut sangat untuk upah mak bidan atau nurse datang ke rumah untuk berurut dan servis terbaik buat isteri berpantang.






5 MAKAN IKUT SUKA HATI TEKAK 

Apabila kurang perancangan dan penjagaan.. anda mungkin lebih cenderung untuk makan terlalu banyak makanan berproses sebab tak cukup masa atau terpaksa makan biskut roti dan air milo sebab kena tunggu suami balik kerja. Kalau nak masak pun tak tau nak masak apa sebab berpantang kan...

Zaman dah canggih.. banyak sangat meni berpantang yang terpampang kat web dan blog masakan sekarang ni.. Boleh jer print siap2 menu makanan beserta sesipi yang simple. Kalau rasa tak sempat sangat.. Call untuk tempahan. Ramai bidan yang menyediakan perkhidmatan begini. Canggih kan ?? Dah tak perlu pening kepala lagi !





6 KURANG MINUM AIR

Ada orang cakap masa berpantang jangan minum banyak air.. salah sangat tu akak2 semua. Air sangat penting waktu berpantang sebab ia boleh elakkan ibu2 berpantang dari terhidrat. Kalau kurang air boleh terkena sembelit.. malah penghasilan susu badan pun boleh terjejas.

Seperkara lagi.. dah cakap boleh minum air bukan bermakna boleh minum air sejuk atau berais yer.. Sangat tak digalakkan. So minum air suam atau air biasa.. lebih sihat.





7 JANGAN SIBUK NAK BUAT INI ITU..

Tau anda seorang isteri mithali.. tapi kalau ikutkan kerja rumah.. memang tak pernah habis.. Nak nak lagi buat mereka yang ada anak kecil yang perlu dijaga selain baby.

Jadi.. cuba minimakan kerja anda sebanyak mungkin. Sebab ibu berpantang memang perlu banyak berehat. Contohnya cukuplah dengan masak sekali sehari jer. Tangguhkan dulu kerja lain seperti cuci baju dan sapu sampah.

Ni bukan masanya untuk anda jadi 'superwoman atau supermom'. Ahli keluarga tentu memahami keadaan anda terutama suami.. So suami time ni la jalankan peranan anda jika sayang isteri dan anak.





8 SELALU KELUAR RUMAH 

Baru lepas bersalin.. pantang pun tak habis lagi dah sibuk2 nak keluar rumah.. Dah kenapa? Sediakan semua keperluan dan kelengkapan menyambut anak dan keperluan ibu sebelum bersalin lagi. Sebab dalam tempoh berpantang anda dikuarantin untuk ketempat yang terdedah dengan orang ramai.

Ada yang anggap amaran ni kolot.. tapi kalau korang nak tau ada kebenarannya jika anda ambil tindakan. Ini kerana baby yang baru lahir amat sensitif dan mudah terdedah dengan kuman sekeliling. Dan ibu yang belum pulih sepenuhnya perlukan masa untuk kumpul tenaga dan jaga kesihatan dengan sempurna. Kalau jadi apa2 kan susah dan bahaya..




9 FOBIA NAK MANDI

Lepas bersalin ada juga yang fobia nak mandi. Mana tak nyer.. badan masih rengat dan luka pun belum betul2 pulih. Namun.. menjaga kebersihan diri amat penting sebab ia dapat elak ibu dari terkena jangkitan.

Nak lebih selesa mandi dengan air suam dan boleh amalkan mandian herba untuk proses pemulihan. Kalau dapat bertangas sekali.. lagi elok. Kalau boleh keringkan badan secepat mungkin supaya tubuh tak terdedah dengan angin.





10 SUKA SUKA TELAN UBAT

Jamu dan vitamin sangat diperlukan.. Zaman sekarang pun semuanya dah mudah.. tak perlu nak merebus atau menumbuk semua herba tu lagi. Kurang sikit kerja kan..

Namun.. kena pastikan ianya betul betul selamat dan berkesan. Jangan sampai mendatangkan kesan buruk pada anda dan baby.





INGAT ! JANGAN CULAS !!

Wanita zaman sekarang memang serba serbi boleh.. kalau boleh semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri.. cuma perlu disiplin dan konsisten.. Kalau rasa diri tak cukup rajin.. akak sarankan anda cari seorang yang mahir untuk menjaga anda. atau carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.

Anda kena tau.. berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang sangat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.

Sebab tu la kalau nengok nenek2 kita dulu.. mereka sangat langsing dan cergas bertenaga walaupun lanjut usia dan anak ramai. Selain pemakanan dan cara hidup.. proses berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu kepada keadaan tersebut. Kalau nak dibandingkan kita sekarang.. memang jauh lerr...

Pokok pangkalnya diri kita sendiri.. tak mustahil boleh berpantang dengan betul walaupun tak terlalu ekstem !!

#listra

Tuesday 16 January 2018

SENAMAN HARIMAU UNTUK KEJANTANAN SEJATI LELAKI ! CONFIRM HARI2 MAU !!




Alam Melayu tak asing lagi dengan teknik urutan dan gerakan yang menyihatkan tubuh badan dan menenangkan urat saraf. Dari kepala hingga ke ibu jari kaki.. ada je ilmu turun temurun yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Senaman ini sesuai bagi orang lelaki yang ada masalah batin mahupun masalah premature ejaculation juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual.



TAPI TAK SEMESTINYA UNTUK MEREKA YANG DAH KAWEN JER.. YANG BELUM KAWEN PUN BOLEH AMALKAN JUGAK UNTUK MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH



SENAMAN PERTAMA



PADI BUKIT

👉 Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
👉 Tangan diletakkan di atas lutut
👉 Tarik nafas sedalam yang mungkin
👉 Tahan nafas selama 6 saat
👉 Hembus perlahan-lahan
👉 Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
👉 Ulang sebanyak 3 kali

Gerakkan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan tamina ketika diranjang.




SENAMAN KEDUA




NAFAS PERTAPA

👉Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
👉Tarik kaki rapat ke arah badan
👉 Tegakkan belakang
👉 Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
👉 Semasa menarik nafas.. tekan lutut sehingga mencecah kelantai (ikut kemampuan)
👉 Tahan sehingga 6 saat
👉 Hembus nafas perlahan-lahan
👉 Lakukan sebanyak 3 kali

Gerakkan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.




SENAMAN KETIGA






RENTAK URUTAN 

👉 Dari kedudukan sebelum ni.. tarik nafas perlahan-lahan
👉 Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari.. urutan berakhir dihujung batang zakar

Gerakkan ini bertujuan untuk mengalirkan darah ke zakar





SENAMAN KEEMPAT




TARIK SEPADAN 

👉 Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
👉 Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
👉 Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki kearah badan
👉 Cuba pastikan lutu mencecah ke lantau
👉 Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal

Gerakkan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti di ranjang.




SENAMAN KELIMA





RENTAK LENTANG 

👉 Dari posisi sebelum ini.. turunkan badan sampai ke lantai
👉 Tangan masih memegang ibu jari
👉 Kembali ke posisi asal

Gerakkan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.





SENAMAN KEENAM





TEPIS JENGKING

👉 Duduk bersila
👉 Tegakkan belakang
👉 Depakan tangan separa bahu ke kanan
👉 Bawa tangan kehadapan sambil menarik nafas
👉 Tukar tangan kiri
👉 Ulang sebanyak 3 kali
👉 Dah buat sampai habis.. hembus nafas

Gerakkan ini membantu meningkatkan stamina seksual.





SENAMAN KETUJUH





MATAHARI NAIK

👉 Duduk bersila dan tegakkan ke belakang
👉 Bermula dengan tangan di belakang pinggang
👉 Tekan pinggang dengan bantuan tangan
👉 Tarik nafas dan tahan
👉 Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
👉 Hembus nafas perlahan-lahan

Gerakka ini membantu menguatkan otot otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher





SENAMAN KELAPAN





LENJANG GAJAH 

👉 Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
👉 Tegakkan kedudukan ke belakang
👉 Tarik nafas perlahan-lahan
👉 Letak tangan kanan atas lutut kiri
👉 Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
👉 Hembus nafas
👉 Lakukan sebanyak 7 kali
👉 Ulang dengan menukar kaki

Gerakkan ini dapat memulihkan tenaga batin





SENAMAN KESEMBILAN





CAKAR HARIMAU 

👉 Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri dengan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
👉 Jari kanan harus mencecah lantai
👉 Hembus nafas perlahan-lahan
👉 Ulang teknik tersebut sebanyak 7 kali dengan menukar kaki

Gerakkan ini dapat memulihkan tenaga batin



#listra

SETIAP HARI SEMAKIN RAMAI LELAKI TAK SUBUR ? KENAPA ?




Gemarkan makanan segera dan penggunaan ketuhar gelombang mikro selain berpakaian ketat dipercayai menjadi punca lelaki makin ramai tak subur.

Tahap kesuburan lelaki ini diseluruh dunia termasuk di Malaysia didapati semakin menurun berdasarkan jumlah sperma yang dihasilkan semakin berkurangan berbanding dua dekad lalu...

WOOOO.. SERIUS LAA BRO..!!

Kualiti benih MENURUN

Berikutan penurunan jumlah sperma dan kualiti yang dihasilkan lelaki, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) terpaksa menurunkan standard kesuburan seorang lelaki iaitu daripada 200 juta sperma kepada 150 juta sahaja.

Ini bagi mengelakkan lebih ramai lelaki termasuk dalam kategori kurang subur, sekiranya mengikut ukuran standard sebenar.. hampir 90% lelaki di dunia hari ni tak lagi SUBUR...



Mengapa lelaki memerlukan lebih banyak sperma sedangkan hanya satu sperma dan satu telur daripada wanita diperlukan untuk hasilkan embrio (janin). Daripada berjuta sperma.. hanya satu yang mempunyai kehebatan luar biasa boleh sampai dan bersatu dengan telur.

SEBAB TAK SUBUR

Kurang ZAT Makanan
Genetik
Jangkitan
Kecacatan pada kemaluan
Hormon tak seimbang
Pencemaran
Amalkan hidup tak sihat




INFO

10 hingga 15% insiden ketidaksuburan berlaku bagi setiap pasangan
50% punca ketidaksuburan adalah disebabkan lelaki
Bagi setiap pasangan
25% disebabkan lelaki
25% disebabkan wanita
25% disebabkan kedua-duanya
25% tak tahu punca

SEBAB TOKSIN

Makanan yang dibalut dengan plastik
Polisterin
Makanan yang dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro
Makanan segera yang tak sihat



PAKAIAN

Pakaian dalam dan luaran yang ketat menyebabkan testis panas dan mengurangkan jumlah sperma



CARA ELAK MASALAH KETIDAKSUBURAN

💪 Makanan berkhasiat - Vitamin.. Zat Besi.. Asid Folik.. dan Magnesium
💪 Berhenti merokok
💪 Berhenti minum minuman beralkohol dan dadah
💪 Gunakan baju dan seluar yang longgar
💪 Hentikan aktiviti seks kasual

APA TU SPERMA ??

👉 Sperma mengandungi lemak, kalori dan kolestrol
👉 Setiap lelaki memiliki 150 juta hingga 200 juta sperma
👉 Setiap lelaki menghasilkan sperma sehingga berusia 60 hingga 65 tahun
👉 Sperma baru dihasilkan apabila dikeluarkan dari tubuh
👉 Sperma mampu bertahan 3 hingga 5 hari di dalam tubuh wanita selepas hubungan seks.


KEPUTIHAN DAN KEGATALAN PUNCA KESUBURAN ISTERI TERGANGGU



EGG WHITE VS KEPUTIHAN 


Egg White atau dikenali sebagai lendiran yang keluar disekitar rahim sebelum waktu subur atau pada ketika waktu subur. Ia sangat berbeza dengan keputihan..

Egg White merupakan cecair kesuburan dimana rupa dan keadaannya sama seperti putih telur (jernih). Ia sangat baik untuk sperma kerana ia bertindak sebagai pelincir untuk sperma bergerak dalam tiub fallopio. 

Jika lendir servik pekat tidak licin, ia akan menyukarkan perjalanan sperma dalam tiub fallopio dan menghalang sperma daripada bertemu dengan telur (ovum) untuk disenyawakan. Egg White mucus juga adalah tanda berlakunya ovulasi atau waktu PALING SUBUR.

Cairan yang berasal dari kelenjar di dalam vagina ini ternyata memiliki manfaat baik untuk kesihatan tubuh. Ia berfungsi membawa keluar sel-sel mati dan bakteria dari dalam tubuh dan mencegah dari berlaku keradangan kulit pada alat sulit. 



KEPUTIHAN 

Cairan atau lendir yang keluar daripada faraj (alat sulit) wanita. Lendir tersebut dihasilkan oleh serviks atau pangkal rahim dan kelenjar dalam vagina dan akan keluar dengan membawa sel sel mati serta bakteria. 

Jumlah, warna serta kepekatan lendir adalah berbeza beza bergantung kepada kitaran haid yang dialami.




JENIS KEPUTIHAN 

Keputihan FISIOLOGIS

👩‍⚕ Normal 
👩‍⚕ Warna putih atau krim 
👩‍⚕ Tidak berbau
👩‍⚕ Tidak gatal
👩‍⚕ Keluar sedikit dan berbentuk cecair

Keputihan PATOLOGIK 

👩‍⚕ Kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit 
👩‍⚕ Lendir yang kental 
👩‍⚕ Warna kuning, kelabu atau hijau
👩‍⚕ Berbau busuk
👩‍⚕ Kegatalan 




PENYEBAB KEPUTIHAN 

👉 Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
👉 Pengambilan antibiotik atau steroid 
👉 Bakteria vaginosis sejenis jangkitan bakteria kepada wanita mengandung atau wanita yang telah menjalinkan hubungan dengan beberapa orang pasangan.
👉 Pil perancang keluarga 
👉 Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin) 
👉 Diabetes
👉 Sabun wangi, losyen atau mandian buih 
👉 Penyakit radang pelvik 
👉 Trikomoniasis sejenis jangkitan parasit disebabkan oleh seks tanpa perlindungan 
👉 Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus 
👉 Jangkitan kulat




WARNA KEPUTIHAN


JERNIH 

Sekiranya lelehan yg dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tak perlu risau sebab ia normal. Lazimnya lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu sabar atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stress malah keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakkan wanita hamil. 

PUTIH

Lelehan berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yg disebabkan oleh sejenis kulat dikenalu sebagai  CANDIDA ALBICANS. Kulat ini sememangnya paing sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila PH tak seimbang.

PUTIH PEKAT

Lelehan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dan berbau. Kemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Jangkitan ini juga disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai  CANDIDA ALBICANS.

COKLAT

Lelehan berwarna coklat, berair, banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat pendarahan seperti keguguran, haid tak teratur ataupun darah segar yg kering bertukar menjadi coklat. 

MERAH MUDA 

Lelehan  berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tak berbau.. maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yg tak khusus. Biasanya berlaku selepas bersalin. Ia juga mungkin disebabkan darah haid, pendarahan pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Selain itu ia mungkin disebabkan masalah hormon estrogen berlebihan. 


CARA KAWAL KEPUTIHAN 

🗣 Sentiasa dalam keadaan bersih dan kering 
🗣 Elakkan penggunaan pembersih yang mengganggu kestabilan PH kulit
🗣 Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa haid 
🗣 Guna panty liner pada saat yang diperlukan sahaja
🗣 Elakkan pakai seluar dalam ketat dan diperbuat daripada kain satin 
🗣 Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj
🗣 Kurangkan gula
🗣 Amalakan gaya hidup sihat dan kurangkan stress
🗣 Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj 
🗣 Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih

🗣 Amalkan Listra Habbasauda PLUS dan Pembersih wanita MISS HABBA GOLD LISTRA


MISS HABBA GOLD LISTRA ??? APE TUU ??

Rahsia kekal segar, subur & menawan sepanjang hari. Dicipta khas untuk penjagaan luaran lubuk emas wanita (rahim) agar sentiasa segar, rapat dan tidak mengganggu kesuburan. 

Gabungan khas ramuan berasaskan HABATUSAUDA + EMAS + SIREH + MANJAKANI + ALOE VERA memberikan kesegaran dan keselesaan seharian di tahap optimum dan berpanjangan. Ia juga penyelesaian kepada masalah keputihan 





CARA PENGGUNAAN 

Picitkan sekali jerr...
Sabun & cuci sehingga bersih setiap PAGI & MALAM sebelum Tidur.

Boleh juga di guna pada bila2 masa jika rasa kurang selesa. Seperti cuaca yang panas.

BAHAN BAHAN DAN KHASIAT MISS HABBA GOLD LISTRA

EMAS 
👉 Mencerahkan kawasan yg gelap
👉 Menaikkan aura kesuburan 

HABATUSAUDA 
👉 Menghilangkan bau badan 
👉 Membunuh bakteria jahat
👉 Meningkatkan kesuburan 

ALOE VERA
👉 Menghilangkan jerawat 
👉 Mengecutkan buasir
👉 Mengecilkan pori2 wajah yang terbuka 
👉 Menghilangkan minyak di kulit wajah

MANJAKANI
👉 Merapatkan Miss V yang longgar 
👉 Menghilangkan keputihan 

SIRIH 
👉 Menghilangkan kegatalan 
👉 Merawat keputihan 
👉 Menghilangkan bau badan 
👉 Mengecutkan jerawat 




SIAPA YG SESUAI DAPATKAN MHG NI ?

🙋‍♀ Mereka yg sering mengalami masalah keputihan pada miss V
🙋‍♀ Mereka yg ingin tampil yakin tanpa perlu rasa malu sebab rasa kurang selesa di bahagian sensitif 
🙋‍♀ Mereka yg takut kena tegur sebab nampak kita malu dan gelisah bila kegatalan mula serang kat bahagian terlarang 
🙋‍♀ Mereka yg inginkan pujian dari suami 
🙋‍♀ Bagi mereka yg yakin MHG sebagai ikhtiar yg terbaik utk bantu masalah keputihan dan kulit .. Insya-Allah
🙋‍♀ Bagi mereka yg nak hadiahkan buat keluarga atau rakan yg ada masalah kulit dan keputihan. 


HARGA 

💵 Sebotol = RM39.00 


#listra

Monday 15 January 2018

IVF [In Vitro Fertilization] CARA UNTUK HAMIL MENGGUNAKAN TABUNG UJI




IVF [In Vitro Fertilization] CARA UNTUK HAMIL MENGGUNAKAN TABUNG UJI


IVF ? APE TU ? 👩‍⚕
.
In Vitro Fertilization (Test Tube Baby)
Proses meningkatkan peluang kehamilan dengan bantuan teknologi dimana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal.

Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub. Peluang kehamilan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini dinamakan IVF direka untuk membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopio yang tidak boleh hamil secara semula jadi.



MACAM MANA PROSES IVF 

Untuk WANITA 🧕

👉 Langkah 1
Penggunaan ubat kesuburan untuk mengawal ovulasi & kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultra-sound melalui faraj. Beberapa telur yang matang yang telah diransangkan oleh ubat kesuburan akan disedut keluar melalui proses Egg Pickup dengan bantuan ultra-sound

👉 Langkah 2

Cara 1
Beberapa telur yang telah disedut diletak bersama dengan sperma yang dikumpul di dalam tabung uji makmal dimana persenyawaan akan berlaku.

Cara 2
Sperma disuntik terus ke dalam telur melalui cata INTRACYTOPLASMIS SPERM INJECTION (ICSI) di atas piring kaca. Melalui prosedur ini, proses persenyawaan adalah sangat tinggi. Proses pembahagian sel akan berlaku dimana embrio terjadi.

👉 Langkah 3
Embrio biasanya dipindahkan ke dalam rahim 1-6 hari selepas persenyawaan secara manual. Proses ini juga dikenali sebagai Embryo Transfer. Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda. Kateter kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda.

Beberapa embrio terbalik yang telah dipilih akan masukkan melalui tiub ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang kehamilan. Ini dinamakan kembar bertiga ataupun berempat sering berlaku dalam kes IVF. Sesetengah wanita akan rasa tak selesa sepanjang proses ini.

👉 Langkah 4
Anda diminta berehat pada masa yang singkat sebelum pulang ke rumah.



Untuk LELAKI 👨

👉 Langkah 1
Anda akan diminta menghasilkan sample sperma atau air pada hari rawatan tersebut. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit.

👉 Langkah 2
Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair disekelilingnya. Sperma yang aktif & kurang aktif akan dipisahkan. Proses pencucian dan pemilihan sperma mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sahaja sperma dipilih. IVF akan dilakukan.

👉 Langkah 3
Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan dalam tabung uji bersama telur dimana persenyawaan akan berlaku ataupun sperma disuntik terus ke dalam telur melalui cara Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) di atas piring kaca.



MACAM MANA NAK TAU IVF BERJAYA ATAU TAK ? 👩‍⚕

Kadar kejayaan bergantung kepada beberapa faktor termasuk ciri-ciri pesakit dan jenis rawatan. Ia sangat penting untuk difahami bahawa kadar kehamilan tidak sama seperti kadar kelahiran secara langsung.

➡ 30 - 35% bagi wanita dibawah umur 35 tahun
➡ 25% bagi wanita berumur 35-37
➡ 15-20% bagi wanita berumur 38-40
➡ 6-10% bagi wanita berumur lebih daripada 40 tahun

KOS RAWATAN IVF ?

Kos dihospital kerajaan adalah rendah berbanding perkhidmatan swasta kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi ubat ubatan.

💵 Kos Kerajaan (anggaran minima) = RM5,000.00
💵 Kos Swasta = RM10,000.00 hingga RM20,000.00


ADA KE SOLUSI KESUBURAN BERKESAN DENGAN KOS PALING RENDAH DARI IVF ? 🤔🤔🤔

Mestilah ada.. Amalkan Listra.. Solusi kesuburan bagi mereka yang ingin SIHAT SUBUR MENAWAN dan ikhtiar kehamilan tanpa perlu pembedahan. Hanya makan secara konsisten untuk dapatkan kesan.

MAHAL TAK ?

✔ Habbasauda Listra = RM40.00
✔ Listra Habbasauda PLUS = RM55.00
✔ Bee Coffee = RM26.00
✔ Miss Habba Gold Listra = RM39.00

Jimat kan ? Yakinlah.. selagi anda ada rahim dan tiada masalah kesuburan. Anda pasti berjaya HAMIL dengan Izin Allah !


Pilihan ditangan anda sekarang !!

INGAT SUBUR INGAT LISTRA 🤰🤱👨‍👩‍👧‍👦


#listra


LIVE CHAT