TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday, 10 April 2018

MEROYAN ! PENYAKIT EMOSI IBU SEMASA BERPANTANG !!




Disebalik kegembiraan menerima kehadiran cahaya mata.. sememangnya wujud pelbagai perasaan termasuklah perasaan bimbang.



Kalau anda nak tau.. Emosi si isteri amat perlu dijaga semasa berpantang. Sebab ketika inilah bantuan seluruh ahli keluarga diperlukan. Suami mesti sentiasa berada disisi untuk membantu melaksanakan tanggungjawab baru ni bersama-sama. Kalau tak isteri akan stress atau bahasa lebih mudah meroyan (kemurungan posnatum).

Meroyan atau Stress ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental yang diberikan oleh kita terhadap sesuatu perubahan. Ada yang beranggapan ia disebabkan perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda.

TANDA MEROYAN


  • Tekanan
  • Bebanan 
  • Konflik
  • Keletihan 
  • Ketegangan 
  • Panik
  • Perasaan gemuruh
  • Kebimbangan 
  • Kemurungan 
  • Sering nangis
  • Rasa putus asa
  • Muram
  • Sunyi
  • Terperangkap
  • Gelisah 
Semua ibu yang berpantang akan rasa satu atau lebih perasaan tu dalam satu masa. Tapi jika perasaan tu berterusan dalam jangka masa panjang. Anda mungkin sedang meroyan.

Kebiasaannya berlaku bila baby mencapai usia 4 hingga 6 minggu. Namun adakalanya ia bermula beberapa bulan lepas dia dilahirkan. Pada mulanya rasa gembira dan perlahan-lahan mula murung dan sedih. 



PUNCA MEROYAN 

  • Kecewa dengan diri sendiri 
  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu
  • Suami kurang membantu dan berasa sunyi
  • Masalah kewangan, kerjaya, anak dan sebagainya
  • Masalah kesihatan 
  • Dapat bayi cacat, pra-matang atau tidak sihat
  • Masalah untuk menyusu badan
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi yang menimpa sehingga ingatan sedih melanda

TANGANI MASALAH MEROYAN SECARA BIJAK

  • Tetapkan matlamat yang lebih realistik
  • Lebihkan amal ibadat
  • Sentiasa redha dengan ketentuan Allah
  • Bijak mengatur soal kewangan
  • Belajar untuk mengatakan tidak kepada tugas yang tak mampu dilaksanakan dan minta bantuan
  • Gembirakan hati semasa menghadapi saat kesulitan
  • Rancang kerja dengan teliti
  • Berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan
  • Beristirehat
  • Tidur secukupnya
  • Amalkan senaman ringan yang sesuai untuk ibu berpantang
Makan secara sihat

LANGKAH MENGAWAL TEKANAN DAN KEMARAHAN 

  • Ambil wudhuk
  • Bertenang.. tarik nafas dan lepas perlahan-lahan 
  • Kenal pasti punca
  • Dapatkan nasihat orang lain
  • Pergi ke tempat lain
  • Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan 
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan 

BAGAIMANA SUAMI, RAKAN DAN KELUARGA BOLEH MEMBANTU ?

Kadangkala agak susah bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk faham masalah dan penderitaan anda. Namun mereka memainkan peranan besar dalam memberi sokongan kepada anda. Beritahu mereka apa yang anda rasa. Jangan pendam dan jelaskan pada mereka tentang keadaan anda beserta keinginan anda. Walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya mereka cuba sedaya upaya cuba membantu fahami keadaan anda. 

Suami pun berkemungkinan besar mengalami kemurungan jika anda bertindak berdiam diri dan mengalami masalah meroyan. Jadi jangan segan untuk minta bantuan. 



BOLEH KE SAYA MENGELAK DARIPADA MEROYAN ?

Insya-Allah boleh dengan meletakkan Allah dihati. Dalam masa sama jaga kesihatan diri dengan baik sejak awal kandungan lagi. Cuba kawal dan kurangkan tekanan serta terima segala bantuan yang ditawarkan tanpa berfikir diri anda menyusahkan atau membebankan.

Lebih banyak sokongan yang diperoleh semasa hamil.. lebih kuat dan yakin anda akan rasakan selepas bersalin. 

#listra

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT