TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Sunday, 8 April 2018

ANAK TEMBAM MEMANG COMEL TAPI...


Siapa tak geram kan.. kalau nengok anak tembam.. badan semangat dan berlipat.. rase nak cubit pipi yg tembam tu kan.. tapi sihat ke kalau anak kita dalam kategori OBESITI ? 

Sebenarnya masalah obesiti merupakan masalah femes jgak kat masyarakat kita hari ni... dan menurut kajian.. Malaysia mempunyai paling ramai rakyat yg gemok kat Asia Tenggara lbh kurang 15% rakyat Malaysia adalah debab. Ini bukanlah data yg statik.. malah makin meningkat dari hari ke hari.

Peningkatan kes obesiti di kalangan kanak-kanak juga semakin meningkat. Dianggarkan 1 dalam 5 orang kanak-kanak bersekolah di Malaysia adalah obesiti. Takut tak ?? atau anda rasa tu biasa2 jerr...




APA YANG MENYEBABKAN ANAK GEMUK ?


Faktor persekitaran ialah faktor penyebab utama untuk obesiti walaupun kita tahu faktor genetik juga memainkan peranan.

Apabila ibu bapa gemuk, anak mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi gemuk kerana mengalami faktor persekitaran dan faktor genetik yang sama.

Faktor genetik tidak boleh diubah. Oleh itu, kita perlu menumpu perhatian kepada faktor persekitaran untuk mencegah obesiti.

Kurang daripada 1% kes berlebihan badan yang dirujuk ke hospital dikenalpasti berpunca daripada masalah hormon dan masalah genetik.

Walau apa pun penyebabnya, masalah obesiti berlaku apabila pengambilan kalori melebihi penggunaannya.

Peningkatan berat badan = pengambilan kalori > penggunaan kalori




KESAN KALAU TERLALU GEMUK GENDUT DEBAB BAMBAM !


Kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan;

DIABETES MELLITUS - Ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia seawal 8 tahun.

TEKANAN DARAH TINGGI - Tekanan darah bertambah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan membebankan jantung dan membawa kerosakan kepada jantung.

MASALAH HATI - (‘Fatty liver disease/ nonalcoholic steatohepatitis or NASH‘) sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi hati (‘liver failure, cirrhosis‘).

KEKURANGAN OKSIGEN - semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (‘Obstructive sleep apnea‘): Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.

BATU KARANG - pada pundi hempedu (Gallstones) – Kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.

KEROSAKAN SENDI - Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.

SINDROM METABOLIK - Sindrom metabolik terjadi apabila pesakit obes juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan 30-40% kanak-kanak obes dan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih tinggi apabila usia mereka meningkat

SAKIT JANTUNG - Penyakit Jantung yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik

MASALAH HAID - kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (‘uterine fibroid’) and masalah kitaran haid apabila dewasa.

KEGEMUKAN KEKAL - Kanak-kanak obes lazimnya membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Setengah daripada orang dewasa yang gemuk juga gemuk pada zaman kanak-kanak.

KEMURUNGAN - Masalah obes sering dikaitkan dengan masalah kemurungan dan kurang keyakinan diri. Ini boleh menyebabkan masalah susah tidur, kurang aktif, makan berlebihan dan seterusnya menambahkan lagi berat badan pesakit obes.




APA YANG MAK AYAH BOLEH BUAT ? 


CARI ILMU 
Ambil tahu tentang obesiti, ambil tahu tentang piramid makanan dan pola pemakanan sihat. Kerana kesihatan anak anda start dari rumah lagi...

PILIH MAKANAN YANG SIHAT
Gantikan jajan tanpa khasiat kepada snek yang lebih berkhasiat seperti kekacang, biskut atau kismis.

Kurangkan pengambilan air kotak dan minuman berkarbonat. Secara purata, setiap hidangan air kotak atau minuman berkarbonat (250ml/1 gelas) mengandungi sekitar 20-25g gula (4

-5 sudu kecil). Minuman berlabel ‘kurang gula’ biasanya mengandungi 10-15g gula (2-3 sudu kecil). Jadi kawal pemberian kandungan makanan bergula (kalori tinggi tanpa khasiat lain) ini kepada anak anda.

BERI ANAK SUSU IBU CARI SUSU FORMULA TANPA KANDUNGAN GULA
Penyusuan susu ibu di peringkat awal kelahiran mempengaruhi pemakanan bayi, serta mengurangkan risiko obesiti di kemudian hari.

PILIH DAGING TANPA LEMAK
Buang lemak pada daging dan ayam serta kurangkan pengambilan sosej, burger, nugget atau daging proses yang lain. Ini kerana kebanyakan daging proses mengandungi kandungan lemat tepu yang tinggi.

BERI GALAKKAN AMBIL SAYUR DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Sediakan hidangan sayuran setiap hari. Mungkin pada peringkat awal anak anda tidak mahu mengambil sayuran dan buah-buahan tetapi hidangkan pada mereka. Ini kerana keinginan anak biasanya berbeza-beza. Makanan yang mereka suka pada hari ini mungkin bukan lagi kegemaran mereka pada esok hari. Jadi, jangan putus asa! Pelbagaikan jenis sayur dan buah-buahan serta pelbagaikan menu dan presentation makanan anda.

TUKAR CARA MASAK DAN SEDIAKAN MAKANAN
Kurangkan makanan bergoreng/ berminyak, sebaliknya guna teknik bakar atau kukus.

JANGAN PAKSA ANAK MAKAN KALAU DIA DAH KENYANG
Biasanya bayi atau kanak-kanak tahu bila mereka sudah kenyang. Perhatikan ‘cue’ yang diberikan oleh bayi/anak anda. Jika mereka menolak untuk makan, kemungkinan besar mereka memang sudah kenyang. Jadi jangan paksa mereka habiskan makanan di pinggan.
Atau hidangkan kuantiti yang sedikit dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Sekiranya perlu mereka boleh menambah lagi. Makan kerap, tetapi pada kuantiti yang kecil.

BAGI BANYAK MINUM AIR MASAK
Air membantu proses pencernaan. Galakkan mereka minum air kosong/suam supaya makanan dicerna dengan lebih baik dan lebih banyak zat dapat diserap oleh tubuh.




LAKUKAN AKTIVITI RIADAH
Cuba beri masa untuk anak anda beriadah sekurang-kurangnya 1/2 jam setiap hari. Tak kira lah apa pun aktivitinya, di dalam atau di luar rumah.

Skipping, bermain hula hoop, atau menari mungkin boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membawa anak anda ke taman permainan. Jangan lupa luangkan masa bersama...




KAWAL PENGGUNAAN GAJET PADA ANAK
Permainan video, tv dan sebagainya mengundang gaya hidup tidak sihat. Penggemar tv biasanya digelar ‘couch potato’. Bayangkan anak anda membesar seperti kentang yang bulat dan gemuk. Comel ker? Jangan jadikan mereka mangsa kecuaian anda. Cuba hadkan masa dengan gajet kurang dari 2 jam sehari.

Contoh gajet : tv, playstation, ipad smartphone dan lain-lain lagi.



Apapun, semuanya bermula dari kita, sebagai ibu dan bapa. Merubah kebiasaan memang bukan senang. Jadi cuba ubah sikit2 dulu dan yg penting istiqamah dengan perubahan yg anda lakukan.

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT