TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Monday, 10 June 2019

SELAIN MENGANDUNG !! 9 SEBAB NI PUNCA KENAPA LEWAT DATANG BULAN !


Kredit foto : shutterstock

" Alamak.. baru perasan bulan ni aku blum period ! Tapi takkan laa pregnant kot..? Tak ada pulak tanda aku mengandung. Lagipun baru je kne suntikan perancang.. Ada ke punca lain lewat period selain mengandung ekk..??"

Sebenarnya memang banyak punca lewat period selain mengandung yang selalu berlaku kat wanita.

Period yang normal adalah salah satu tanda aras kesihatan wanita. Antara punca lewat period termasuklah faktor biologi.. persekitaran ataupun faktor luaran



9 SEBAB ANDA 'MISSED PERIOD'

Untuk atasi problem period tak teratur ni kan.. korang perlu kenalpasti punca lewat period yang sebenarnya jejaskan kesihatan.

PERUBAHAN BERAT BADAN MENDADAK 

Ada yang mungkin tengah diet atau alami penambahan berat badan secara mendadak. 

Oleh tu.. pastikan korang ubah corak pemakanan secara perlahan-lahan & tak terlalu buat perubahan drastik

Keadaan ni boleh ganggu keseimbangan hormon lalu jejaskan kitaran period korang.



kredit foto : lipstiq.com


STRESS

Punca lewat period yang paling sering alami stress.. mungkin tekanan sebab gangguan kat office.. tekanan hidup,, masalah kewangan,, masalah peribadi & macam-macam lagi.

Stress menyebabkan hormon GnRH kurang dihasilkan oleh badan.. lalu menjejaskan proses ovulasi & mentruasi anda



SAKIT 

Masalah kesihatan seperti demam atau penyakit lain boleh adi punca lewat period.

Walaubagaimanapun.. ia selalunya bersifat sementara. Kalau berpanjangan.. korang kena dapatkan nasihat doktor.



PERUBAHAN RUTIN 

Bila korang baru berpindah.. berubah syif.. berubah pejabat seumpamanya.. rutin korang juga akan berubah.

Perubahan rutin ni boleh menyebabkan proses dalam tubuh badan korang berubahan.. dan ia boleh pengaruh period korang juga



PERTAMBAHAN AKTIVITI FIZIKAL

Sesetengah daripada korang mungkin lakukan lebih banyak senaman ketika dalam proses menjayakan diet korang

Oleh tu.. tubuh biasanya akan ambil sikit masa untuk adaptasi dengan perubahan ini.

Period yang datang lewat mungkin akan berlaku selama beberapa bulan sebelum dapat disesuaikan dengan tubuh korang



PRA-MENOPAUSE 

Sebelum korang masuk tempoh menopause atau 'putus haid' korang akan lalui tempoh fasa pra-menopause 

Dan waktu tu.. period korang mungkin jadi kurang jumlah atau hari. Selain tu.. tempoh juga datang secara tak berkala.. bukan normal seperti selalu



kredit foto : nymag.com

PENGAMBILAN PERANCANG KEHAMILAN 

Pengambilan perancang kehamilan macam suntikan depo.. implan.. pil perancang & sebagainya juga mampu jejaskan period korang 

Ada yang menyebabkan period anda lewat.. sikit.. atau langsung tak datang.

Pengambilan ubat-ubatan lain atau supliment juga kadangkala mempunyai kesan terhadap period korang yang biasanya normal.


kredit foto : popsugar.com 

PENYUSUAN BADAN SECARA EKSKLUSIF

Ibu yang tengah menyusukan anak biasanya akan mengalami 'tempoh tak subur' semulajadi

Ini kerana. menyusu badan akan lepaskan hormon yang dapat mempengaruhi period normal korang. Terutamanya bagi ibu yang menyusu badan secara 'direct'. Ada yang tidak datang period sampai 2 tahun lamanya.. sampai anak anda bercerai susu



kredit foto : life2day.gr

PERJALANAN JAUH 

Jalan jauh ni memang makan masa panjang.. terutamanya yang melibatkan perubahan zon waktu.. musim.. persekitaran & sebagainya turut jadi punca period lewat.



kredit foto : tripit.com 

PUNCA LEWAT PERIOD PERLU DIKENALPASTI

Terdapat banyak punca period lewat yang boleh kenalpasti. Ini kerana.. period yang normal menunjuk tahap kesuburan korang berada pada tahap yang baik.

Jika anda telah buat ujian kehamilan tapi negatif.. korang boleh cuba lagi dalam masa seminggu. Namun.. kalau masalah ni berpanjangan.. korang boleh berjumpa doktor untuk dapatkan kepastian. 

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT