TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Sunday, 30 June 2019

LELAKI PERLU TAU !! FAST-FOOD BOLEH JEJASKAN KESUBURAN LELAKI & KUALITI SPERMA UNTUK TEMPOH JANGKA PANJANG !!




Seriously.. bila cakap pasal fast-food di abad kini.. memang susah la nak elak kan. Bohong la kalau dalam seminggu tu.. korang takder keinginan jadikan fast-food santapan tak kira waktu. Mana taknyer.. cepat dimasak sedap dimakan dan yang paling penting menjimatkan masa, wang dan tenaga. 

Ia dah mula jadi trend masa kini yang semua orang lakukannya terutamanya yang tinggal dan bekerja di kawasan bandar.

Sedangkan kita dah tau pun akan risiko makanan segera ni yang menjadi penyumbang utama kepada obesiti dan seterusnya membawa risiko kepada penyakit yang lebih serius.

Namun adakah tabiat ambil makanan segera ni mampu menjejaskan kesuburan lelaki ?



KESAN JANGKA PANJANG !!

Menurut beberapa laporan kesihatan.. tabiat pemakanan fast-food sejak dari usia remaja dan dilakukan berterusan boleh menjejaskan kesuburan lelaki tau.

Mereka mendapati remaja lelaki yang ambil makanan segera seperti pizza, burger dan minuman berkarbonat mempunyai bilangan sperma rendah serta berkurangan. Ia menjejaskan kandungan sperma yang normal dan berfungsi menurut satu kajian dari Harvard University. 

Manakala remaja lelaki yang mengamalkan diet sihat dan seimbang terdiri dari ikan, ayam, sayuran, buahan dan air kosong didapati mempunyai jumlah sperma yang tinggi.

Pengkaji membuat kesimpulan ini selepas menjalankan kajian serta pemerhatian terhadap cara diet, kualiti air mani dan juga hormon daripada 3,000 orang lelaki muda yang mengikuti latihan ketenteraan. 

Hasil kajian ini kemudian dikemukakan di European Society of Human Reproduction & Embryology.



KESAN SECARA LANGSUNG 

Menurut pakar urologi dari NYU Langone Health. Dr. Booby Najari berkata kajian tersebut menyokong penemuan sebelum ini yang mendapati diet masyarakat Barat mempunyai hubung kait dengan kadar kesuburan lelaki.

Jelasnya lagi.. seorang lelaki yang mementingkan kesihatan fizikal dan kesuburannya dalam jangka masa panjang pasti tidak akan mengamalkan tabiat pemakanan makanan segera.

Namun kajian masih lagi dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang betul-betul tepat. Setakat ini kajian yang sudah dilakukan terbukti menunjukkan ada hubungan secara terus akan kesan makanan segera terhadap kesuburan lelaki.

Apa yang penting.. anda perlu memikirkan kesan jangka panjang. Amalkan diet yang lebih sihat dan memberikan manfaat bukan sahaja kepada anda tetapi buat isteri juga.


[ Sumber : Maskulin ]

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT