TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Wednesday, 19 June 2019

PSEUDOCYESIS (FALSE PREGNANCY)




PSEUDOCYESIS (FALSE PREGNANCY)

1923 - John Mason Good mencipta istilah Pseudocyesus dari bahasa greek iaitu pseudes (palsu) dan Kyesis (hamil)

Tanda luaran yang berkaitan kehamilan manusia walaupun sebenarnya tidak mengandung.

Dari teori psikodinamik = Kecelaruan Emosi
Keinginan kuat bagi menjadi hamil atau kebimbangan amat untuk mengandung mampu mencipta konflik dalaman dan perubahan pada sistem endokrin.

Teori lain menyentuh mengenai memenuhi keinginan. Ia menyatakan bahawa jika wanita tersangat ingin hamil.. wanita tersebut mungkin mentafsir perubahan kecil pada tubuhnya sebagai tanda kehamilan.

Kesan biologi termasuk kesan tekanan pada paksi hipotalamik-pituitari-adrenal, sembelit, peningkatan berat badan dan pergerakan gas dalam usus kecil.



Cara Nak Rawat ??

Tiada cadangan umum mengenai rawatan dengan ubat-ubatan
Pesakit mungkin diberikan ubat-ubatan bagi gejala seperti haid berhenti
Asas masalah psychological, mereka patut dirujuk kepada psychotherapist bagi rawatan masalah ini.
Teknik ultrasound HSG atau pengimej yang lain
Terdapat laporan bahawa pesakit sembuh dari pseudocyesis melalui hipnosis, berurut, opioid atau selepas sembilan bulan gejala dengan mengalami kelahiran hysteria.




Tanda-Tanda


  • Amenorrhoea
  • Mabuk Pagi
  • Puting sensitif
  • Kenaikan berat badan
  • Perut buncit adalah gejala fizikal biasa bagi pseudocyesis (60-90%). Perut membuncit dalam cara yang sama seperti kehamilan.. dengan itu wanita yang menghidapnya kelihatan mengandung. Tanda ini akan pulih selepas dibius dan perut akan kembali kepada saiz normal.
  • Haid tidak menentu (50% - 90%)
  • Mengalami gangguan perasaan dengan pergerakkan fetus sedang tiada fetus yang wujud dalam rahim (50%-75%)
  • Perubahan payudara atau rembesan
  • Sakit bersalin
  • Bengkak uterin
  • Pangkal rahim jadi lembut


Untuk di diagnosis sebagai Pseudocyesis sebenar.. wanita yakin bahawa dirinya mengandung 100%. Apabila seseorang wanita dengan sengaja dan secara sedar memalsukan kehamilan.. ia diistilahkan sebagai kehamilan tiruan (simulated pregnancy)




No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT