Semua ni terjadi kerana adanya kontraksi otot di bahagian rahim. Namun.. setiap wanita mempunyai rasa sakit yang berbeza. Ada yang terlampau sakit dan ada juga yang langsung tak mengalami masalah senggugut.
Relax laa.. tu semua normal. Perkara seperti ini memang biasa terjadi pada semua wanita tetapi tak jadi masalah pun. Ada macam-macam cara yang anda boleh lakukan untuk atasi cramp semasa diserang senggugut.
Kali ni kami nak kongsikan dengan anda 6 tips macam mana anda nak hadapi senggugut dengan senyuman tanpa perlu tahan sakit melampau !
Kali ni kami nak kongsikan dengan anda 6 tips macam mana anda nak hadapi senggugut dengan senyuman tanpa perlu tahan sakit melampau !
TIPS 1
GERAKKAN
Bersenam atau olahraga mampu membantu tubuh anda lepaskan hormon endorphin yang dapat mengurangkan rasa cramp perut. Gerakkan seperti yoga, jalan kaki atau jogging boleh buat otot bergerak.. jadi anda tak rasa sakit sangat bila diserang senggugut.
TIPS 2
MINUM AIR SUAM
Kita kehilangan banyak air dalam badan saat datang bulan. Kekurangan air boleh menyebabkan perut kejang dan kembung. Sebab tu.. anda kena banyak minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Lagi bagus anda minum air suam bukan air sejuk.
TIPS 3
AROMA TERAPI
Pilihan wangian seperti lavendar dan sweet marjoram yang memberi ketenangan dan mampu membuat minda anda lebih tenang dan relax. Cara ni juga dapat alihkan perhatian kamu dari rasa sakit.
TIPS 4
JAUHKAN MINUMAN BERGAS & KAFEIN
Bagi anda yang peminat tegar dua minuman ni.. sebaiknya berhenti ambil time senggugut menyerang. Kopi dapat meningkatkan kadar tekanan darah. Malah kafein yang ada dalam kopi hasilkan asid yang boleh menyebabkan cramp pada perut anda. Begitu juga minuman bergas. Minuman ini sangat tajam dan takut buat usus perut anda semakin menipis.
TIPS 5
MAKAN DARK CHOCOLATE
Mungkin ramai yang tak tahu.. dark chocolate mampu buat otot tubuh terutamanya bahagian perut lebih relax. Sebaiknya pilih coklat yang mengandungi 70% koko.
TIPS 6
IKAN SALMON
Ikan salmon adalah salah satu makanan protein yang mampi kurangkan masalah cramp perut. Kandungan omega3 yang tinggi boleh membantu mengurangkan rasa panas dalam perut.
Jadi rajinkan diri makan isi ikan salmon ketika datang bulan.
EXTRA TIPS
Selain tips diatas.. anda boleh amalkan LISTRA HABBASAUDA PLUS. Insha-Allah.. badan anda akan lebih relax dan kurang cramp perut.
Hope dengan tips ni dapat bantu kurangkan rasa senggugut anda.
No comments:
Post a Comment