Sebenarnya kan.. banyak kesan buruk jika terlalu mengikut emosi dan terbawa-bawa dek tekanan yang melampau. Stress dalam kehidupan memang merupakan satu lumrah yang biasa. Lagi-lagi bila kita jadi orang dewasa dengan pelbagai konflik akan menyebabkan lelaki dan wanita mengalami kekurangan tenaga. Oleh itu.. apabila lelaki stress.. mereka memerlukan rehat. Tapi bukan tu jer.. stress juga menggugat prestasi anda dalam hubungan seksual. INI SERIUSSSS !!
Kami kongsikan dengan anda 5 kesan stress kepada tubuh badan jika korang tak tangani dengan baik.
1. JADI KURANG MENARIK
Hormon testosteron sangat berkait rapat dengan daya imun serta daya tarik seseorang lelaki. Tekanan menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang jejaskan penghasilan hormon testosteron. University of Aberdeen telah menjalankan kajian yang melibatkan penilaian wanita ke atas daya penarik seseorang lelaki.
Didapati lelaki yang mempunyai hormon testosteron yang tinggi dan hormon kortisol yang rendah mempunyai daya penarik yang jauh lebih tinggi. Percaya atau tak.. kajian dah membuktikan lelaki yang sering tertekan akan cepat menjadi kurang kacak di mata wanita.
2. KURANG SPERMA
Reuters Health melaporkan lelaki yang sering tertekan dan bimbang kurang mencapai klimaks ketika bersama dengan pasangan dan menghasilkan sperma sikit dan kurang pekat. Tekanan juga dikaitkan dengan tahap kesuburan lelaki kerana dikatakan jadi punca sperma yang kurang bergrak dan tak sempurna.
3. RISIKO HIDAP KANSER PROSTAT
Kajian terkini oleh University of California yang dilakukan ke atas tikus putih mendapati lelaki yang mengalami tekanan kronik mempercepatkan perkembangan sel kanser prostat dan menyarankan pesakit kanser prostat untuk jalani gaya hidup tanpa tekanan sebagai salah satu rawatan untuk mereka pulih seperti biasa.
4. MASALAH EREKSI
Menurut seorang profesor di Jabatan Neurologi.. Robert M Sapolsky.. 10 - 20% masalah ereksi lelaki disebabkan oleh faktor psychology seperti tekanan, kebimbangan dan kekecewaan. Lelaki merasa ghairah kerana sistem saraf parasympathetic berjaya dihidupkan tetapi sekiranya berada dalam keadaan yang tertekan.. lelaki akan mengalami masalah ereksi kerana hanya sistem saraf sympathetic yang berfungsi. Sekiranya suami korang mempunyai masalah ini.. pasti dia berada dalam keadaan tertekan. Cuba bertanya apa masalah yang dihadapinya untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.
5. JADI PENDIAM
Menurut kajian oleh University of Southern California.. lelaki yang berada di dalam keadaan tertekan membuatkan bahagian otak yang menganalisa emosi orang disekelilingnya terbantut. Hasilnya.. mereka akan jadi lebih senyap daripada biasa dan kurang fokus ketika bersosial bersama rakan-rakan.
[ Sumber : Maskulin ]
No comments:
Post a Comment