TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Monday 11 March 2019

PENYAKIT HORMON WANITA YANG TAK BOLEH SEMBUH ! PENYAKIT APA TUU ?



PCOS dikenali dengan Sindrom Polisistik Ovari ( Polycystic Ovarian Syndrome) berlaku apabila ovari wanita menghasilkan lebih banyak folikel daripada biasa setiap bulan. 

Kira-kira lima folikel mula matang dalam setiap kitaran haid dan sekurang-kurannya satu folikel yang mengandungi telur membebaskan telur matang semasa ovulasi. Namun PCOS terjadi apabila ovari mula matang sekurangnya dua kali ganda banyak folikel berbanding biasa.. dan kebanyakkan folikel ini membesar dan masak tetapi tidak membebaskan telur

Ada 22-23% wanita mengalami masalah polisistik ovari dan apabila melarat ia menjadi PCOS.

PCOS terjadi apabila sistem hormon jadi tak stabil. membuatkan ovulasi jadi jarang atau tak tetap sehingga menyebabkan perubahan lain dalam badan. 

Dianggarkan 5 - 15% wanita yang ada PCOS berada dalam umur subur dan kerap berlaku kepada wanita Asia.



Sebab PCOS ??

Penolakkan hormon insulin.. ini kerana anda perlu lebih banyak insulin daripada biasa untuk mengawal tahap gula dalam badan. Insulin tambahan akan menyebabkan ketidakseimbangan kepada hormon yang biasanya mengawal kitaran period dan memastikan ia lancar.

Terlalu banyak hormon luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon peransang folikel (FSH) yang menyebabkan folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lelaki) berbanding hormon estrogen (hormon wanita). Kelenjar adrenal mula meningkatkan penghasilan testosteron.

Terlalu banyak testosteron halang ovulasi terjadi. Estrogen masih dihasilkan tetapi kerana folikel yang dihasilkan tak mencapai tahap kematangan yang cukup waktu progesteron mula meningkat.



Tanda PCOS ??


  • Kitaran period tak tetap atau tak datang 
  • Period sikit atau sangat banyak
  • Perut rasa tak selesa
  • Bulu lebat tumbuh pada muka, dada dan bahagian bawah abdomen 
  • Jerawat
  • Berat badan bertambah

Macam mana PCOS dikesan ???

Doktor perlu pastikan tiada tanda lain seperti masalah tiroid. Doktor akan lakukan pemeriksaan berdasarkan : 
  • Sejarah kesihatan anda 
  • Ujian darah untuk mengukur tahap hormon
  • Imbasan ultrasound 



Bagaimana PCOS dirawat ?

  • Memberi nasihat berkaitan gaya hidup, pengawalan berat badan dan senaman bergantung kepada keperluan badan dan berapa teruk tanda-tanda pcos tersebut.
  • Bagi wanita yang tidak merancang untuk hamil boleh menggunakan pil pencegah kehamilan atau ubat untuk membetulkan ketidakseimbangan hormon. 
  • Doktor juga akan berikan krim yang dapat mengawal bulu yang berlebihan di bahagian muka serta krim atau ubat untuk merawat jerawat jika perlu.
  • Ubat yang digunakan untuk rawatan kesuburan seperti CLOMIFENE, TAMAXIFEN & GONADOTROPHINS boleh membantu wanita yang masalah PCOS untuk hamil.
  • Bagi mereka yang ada masalah berat badan berlebihan.. doktor akan nasihatkan kurangkan berat badan dan berikan ubat kesuburan. Pengurangan berat badan boleh membantu tahap insulin kepada tahap normal dan kembali ovulasi
  • Pembedahan menggunakan teknik laparoscopic ovarian drilling (LOD) untuk memusnahkan tisu pada ovari yang menghasilkan testosteron
  • Metformin digunakan oleh pakar sebagai rawatan bagi ketidaksuburan. Ia memberi kesan seperti loya dan muntah
Macam mana nak melegakan tanda PCOS ?

Sesiapa yang ada tanda PCOS ni pastinya rasa tak selesa pada bahagian perut. Berikut beberapa tips untuk melegakan kesakitan.

  1. Letakkan sebotol air panas (suam) pada perut
  2. Berendam dalam mandian suam 
  3. Pakai pakaian yang longgar
  4. Guna pelega kesakitan 
  5. Amalkan Listra Habbasauda PLUS  





No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT