TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Wednesday, 2 January 2019

AMARAN ! CYST PEMBUNUH NO. 1 IMPIAN WANITA NAK KEKAL SUBUR DAN DAPAT ANAK




APA TU CYST ?

CYST Ovari adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakkan cyst tidak merbahaya. Namun jika dibiarkan.. ia boleh menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan hingga penyakit serius seperti gangguan kehamilan, mandul hingga menyebabkan terjadi kanser. 


SIAPA MUDAH DIJANGKITI 


  • Berumur 25 tahun hingga 60 tahun 
  • Mereka yang pernah mendapat cyst sekali dalam seumur hidup

TANDA-TANDA CYST 

  • Muntah dan loya
  • Gangguan kitaran haid
  • Sakit perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Selalu buang air
  • Tidak selesa pada bahagian perut 
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Kejang otot pada betis 
  • Kerap gugur
  • Keputihan 
  • Angin keluar dari Vagina (Kentut Vagina)

JENIS-JENIS CYST


Cyst Corpus Luteum 

Jenis ini adalah yg paling umum terjadi kepada kebanyakkan wanita. Biasanya tak ada tanda dan berukuran 2-6 cm diameter


Cyst Hemorrhagic

Timbul pendarahan dalam cyst. Terasa senak dan perit di bahagian perut



Cyst Dermoid

Jenis ini menyerang wanita berusia lebih muda dan dapat tumbuh besar (15cm) dan berisi tidak hanya cairan.. tetapi ada lemak, jaringan tulang ataupun tulang rawan. 

Jenis ini dapat meradang dan menyebabkan posisi tiub fallopio terbelit



Cyst Endometrium

Disebut juga Endometriosis.. jenis ini terjadi ketika jaringan lapisan rahim (Endometrial) hadir dalam ovarium wanita. Biasanya berisi darah bewarna coklat dan ukurannya antara 2cm hingga 20cm.

Boleh menyerang wanita yang berusia sekitar 16 hingga 27 tahun 

Rasa sakit luar biasa ketika period dan ganggu kesuburan



Cyst Denoma 

Cyst ini Terjadi bila tumor terbentuk dari jaringanovari. 

Tumor jenis ini biasanya berisi cairan dan berukuran sangat besar dan ada sampai 30cm atau lebih diameter.

Polycystic-Appearing Ovary

Cyst kecil terbentuk disekeliling luar ovarium.

Terjadi kepada wanita normal dan mereka yang mengalami gangguan hormon endokrin 

Sindrom Polisistik Ovari (Polycystic Ovarian Syndrom - PCOS)

Terjadi apabila ovari mengeluarkan hormon endrogen secara berlebihan dan boleh terjadi disebabkan faktor genetik keturunan.

Masalah ini juga boleh meningkatkan risiko kanser endometrium bila jarak antara tempoh datangnya period sekitar atau lebih 60 hari. 

Penyakit ini boleh menyebabkan kemandulan, keguguran dan komplikasi kehamilan dan pendarahan diluar kitaran haid


MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN 

  • Ikan laut 
  • Sayuran jenis kekacang 
  • Kekacang selain kacang soya
  • Sayuran hijau
  • Buah-buahan 
  • Teh hijau (anti oksida baik untuk kecutkan cyst)

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

  • Daging merah 
  • Ayam suntik 
  • Produk tenusu
  • Ikan keli
  • Bahan perisa 
  • Minuman Berkarbonat
  • Makanan segera
  • Makanan Ringan 
  • Makanan Berlemak dan Berminyak 
  • Kacang soya

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT