Bila wanita hamil dalam masa sama ada fibroid.. kemungkinan akan ada beberapa masalah yang mungkin akan berlaku. Antara masalah tersebut adalah :
- RISIKO KEGUGURAN
- RISIKO KELAHIRAN BAYI PRA MATANG
- MASALAH FIBROID YANG MEMBESAR
- KELAHIRAN TAK NORMAL
- PENDARAHAN YANG BANYAK SELEPAS KELAHIRAN
RISIKO KEGUGURAN
Ia berlaku kepada wanita yang mengalami masalah fibroid jenis submukosa yang membesar di rongga (kaviti) rahim.
Apabila pembesaran fibroid berlaku.. ia akan menyebabkan lapisan rahim iaitu bahagian yang menjadi tempat penempelan embrio menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang cukup untuk tumbesaran embrio.
Fibroid juga akan menyebabkan inflamasi atau keradangan di lapisan penempelan & mengakibatkan embrio tak dapat menempel dengan baik dan akhirnya berlaku keguguran
RISIKO KELAHIRAN BAYI PRAMATANG
Apabila fibroid semakin membesar seiring dengan fibroid di dalam kandungan akan menyebabkan saiz rahim mengembang.
Keadaan ini lebih kerap berlaku pada mereka yang alami fibroid dibahagian bawah rahim.
Fibroid akan menekan kepala bayi yang belum matang.
Kesannya.. tekanan ini boleh menyebabkan ibu mengalami kesakitan bersalin lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya
MASALAH FIBROID YANG MEMBESAR
Kebanyakkan hormon yang dihasilkan oleh urin plasenta akan menyebabkan peningkatan aras hormon estrogen. Hasilnya.. boleh mendatangkan kesan terhadap pembesaran fibroid sacara mendadak.
Sekiranya pembesaran fibroid berlaku terlalu cepat.. salur darah yang membekalkan nutrien kepada fibroid mungkin tidak boleh membekalkan oksigen yang mencukupi. kepada tisu fibroid.
Sebahagian daripada fibroid yang tak dapat bekalan darah akan alami 'red degeneration' dimana proses ini akan menyebabkan wanita yang sedang hamil mengalami kesakitan.
Biasanya.. kesakitan ini akan hilang dalam jangka waktu yang pendek tanpa rawatan dan tak akan mendatangkan masalah kepada kandungan.
Bagi ibu yang tak dapat tahan kesakitan.. mereka boleh diberikan ubat tahan sakit jika perlu.
Fibroid boleh beri risiko bayi sonsang |
KELAHIRAN TIDAK NORMAL
Risiko kelahiran tidak normal atau baby sonsang berlaku sekiranya fibroid tersebut tumbuh atau berada dibahagian bawah rahim dan bentuk rahim juga kemungkinan akan berubah.
Bayi yang berada dalam keadaan melintang atau menyonsang terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Ibu yang mempunyai masalah ini akan diberikan tarikh tertentu untuk jalani pembedahan secara terancang. Ia amat penting kerana jika masalah ini tidak dikesan dari awal akan mengakibatkan ibu alami kontarsi sebelum tarikh pembedahan sedangkan bayi tersebut berada dalam posisi yang tidak normal.
Kesan kontraksi yang terlalu lama berkemungkinan akan menyebabkan ibu mengalami rahim terkoyak (rupture uterus).. tumpah darah yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian jika terlambat sampai di hospital.
Kes seperti ini juga boleh mengakibatkan bayi lemas dan mati di dalam kandungan akibat lambat dikeluarkan.
Pemberian ubat tahan sakit melalui suntikan sepeti pethidine |
PENDARAHAN YANG BANYAK SELEPAS MELAHIRKAN
Selepas proses kelahiran.. rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Ia merupakan penyebab utama berlakunya kejadian tumpah darah yang banyak selepas bersalin.
Untuk elak perkara ini berlaku.. biasanya pakar bidan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.
Pendarahan yang banyak agak susah nak dikawal kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar dibahagian rahim ketika hamil berbanding waktu normal.
Pembedahan membuang fibroid hanya akan dilakukan selepas ibu melahirkan anak dan itu pun jika fibroid tersebut mendatangkan bahaya. Sekiranya tak merbahaya.. saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang kerana selalunya saiz fibroid akan mengecil apabila aras hormon estrogen kembali normal.
No comments:
Post a Comment