APA ITU PCOS ?
Polycytic Ovary Sindrome merupakan salah satu masalah kesuburan dan kesihatan wanita
Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan ia bertindak sebagai organ pembiakan utama bagi wanita. Fungsinya adalah mengeluarkan telur pada waktu subur.
Namun PCOS ialah satu keadaan dimana ovari membengkak kerana benih telur terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Akhirnya akan timbulkan masalah kesuburan. Selaun itu, PCOS juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam badan wanita dimana terdapat lebihan hormon testosteron genetik lelaki dan insulin di dalam tubuh wanita..
Menurut pakar kesuburan Sunfert International Fertility Centre, Dr Eeson Sinthamoney.. tahap kesuburan wanita merosot selepas berusia 35 tahun. Keadaan ini membuatkan peluang untuk hamil selepas usia 35 tahun amat rendah berbanding wanita dalam lingkungan usia 20-an.
Pada masa sama, tahap kesuburan lelaki juga merosot seiring peningkatan usia. Jika berkahwin lewat dan belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga.. jangan cepat menyalahkan pasangan.
Kira-kira 30% daripada kes ketidaksuburan adalah berpunca daripada wanita dan 30% lagi daripada lelaki. Sementara 30% membabitkan kedua-duanya dan 10% tidak diketahui puncanya.
MACAM MANA NAK TAU SESEORANG TU ADA PCOS ??
- Haid yang tidak teratur
- Haid terlalu lama\
- Tidak datang haid langsung
- Haid datang dengan kerap
- Haid datang beberapa bulan sekali
- Gemuk/Obesiti
- Kencing manis
- Mandul
- Tumbuh rambut halus pada muka dan dada wanita seperti misai dan janggut
PUNCA PENYAKIT PCOS ?
- Keturunan / Baka
- Makanan yang mengandungi banyak karbohodrat, gula, perisa, bahan pengawet
- Stress / Tekanan fizikal dan mental
APAKAH RISIKO DAN KESAN JANGKA PANJANG ?
- 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk
- Masalah kolestrol tinggi
- Masalah Darah Tinggi
- Masalah Sakit Jantung
- Kanser Rahim terutamanya kepada pesakit yang sering mengalami masalah haid
- Masalah susah nak TIDUR
- Mengalami kemurungan terlampau
- Endometrium Kanser ( Endometriu, Karsinoma )
MACAM MANA NAK RAWAT ?
- Kawal kegemukkan (Obesiti)
- Tingkatkan kesuburan dengan pengambilan suplimen atau ubat kesuburan seperti ubat subur Clomiphene, suntikan hormon Ganadotrophin, Ubat Metfirmine dan makanan sunnah
- Rawatan Pembedahan Laparoscopy dan Ovarian Drilling
[Sumber : Dr Natasha Nor / Sunfert International Fertility Centre Dr Eeson Sinthamoney ]
No comments:
Post a Comment