1. EJAKULASI SONGSANG " Retrograde ejaculation"
Kelainan anatomi pada leher pundi kencing menyebabkan air mani mengalir ke belakang bahagian pundi kencing. Ketika pancutan air mani (orgasme) berlaku. Sperma yang ditemui dalam air kencing ini dapat digunakan untuk persenyawaan dengan telur ovum.
Selain tu.. andai kata sperma yang dijumpai tidak dapat digunakan untuk persenyawaan.. maka pakar fertiliti akan melakukan pembedahan kecil pada buah zakar/testis untuk dapatkan sperma. Dengan kedua-dua pendekatan ini, kebarangkalian untuk menemui sperma yang dapat digunakan untuk persenyawaan adalah sangat tinggi.
2. SALURAN EJAKULASI TERSUMBAT
Suami terpaksa menjalani satu pembedahan kecil pada buah zakar. Kemungkinan pakar fertiliti menemui sperma yang berkualiti tinggi adalah sangat memberansangkan. Sperma ini dapat digunakan dalam kaedah persenyawaan ICSI, dimana sperma tersebut akan disuntik terus kedalam telur dengan menggunakan kaedah IVF.
3. KEROSAKKAN PADA BUAH ZAKAR / TESTIS
Antara perkara yang menyebabkan kerosakkan buah zakar adalah jangkitan kuman, rawatan barah, kelainan anatomi, kecederaan pada kemaluan, pembedahan, penggunaan steroid/hormon testosteron serta kelainan kromosom. Malangnya terdapat segolongan kecil lelaki yang mempunyai masalah genetik yang menyebabkan buah zakar sama sekali tidak dapat menghasilkan sperma dan tiada rawatan lain yang dapat disyorkan oleh pakar.
Kebiasaannya pakar akan cuba berikan ubat hormon pada suami selama beberapa bulan.. dengan harapan dapat mencetuskan pembentukkan sperma. Namun.. kemungkinan besar suami terpaksa melalui pembedahan kecil pada buah zakar bagi memperoleh sperma untuk persenyawaan. Peratusan penemuan sperma dengan kaedah ini adalah agak memberansangkan iaitu 30 hingga 60%.
4. KEKURANGAN PEREMBESAN HORMON YANG MENGAWAL FUNGSI BUAH ZAKAR [ Hypogonadotrophic Hypogonadis ]
Keadaan ini sangat mudah diubati dengan suntikkan hormon yang akan mengatasi kekurangan hormon tersebut. Malah kaedah ini dapat menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi untuk berlakunya persenyawaan semula jadi tanpa melibatkan rawatan kesuburan yang rumit.
Umumnya.. pembedahan yang dimaksudkan adalah prosedur dimana.
- Sperma disedut dengan jarum dari saluran dibahagian atas buah zakar.
- Satu goresan yang kecil dilakukan pada permukaan zakar dan sebahagian kecil isinya diambil untuk pemeriksaan dibawah mikroskop untuk mengenal pasti sperma. Kaedah ini dilakukan dengan bius dan lazimnya mengambil masa dari 1 jam.
Masalah azoospermia pada zaman sekarang bukanlah jalan terakhir bagi sebahagian besar pasangan.. asalkan anda kerap ambil rawatan.
Sebagai ikhtiar terakhir.. walaupun terdapat pelbagai pendekatan baru yang inovasi dalam bidang kesuburan.. namun kita sebagai manusia hanya boleh merancang.. Kesemua keputusan dan kuasa milik Allah untuk tentukan.
Berikut kak eaisyah kongsikan video penjagaan kesihatan lelaki untuk penghasilan sperma yang lebih berkualiti dari pakar Infertiliti Dr. Hamid Arshat.
No comments:
Post a Comment