Jangan abaikan aset berharga bagi seorang lelaki.. sebab selalunya lelaki akan fikir saiz & bentuk zakar tapi selalu terlepas pandang tentang telurnya.
Sedangkan bahagian tu la yang perlukan penjagaan sebaiknya.. seks yang berkualiti bukan sekadar zakar je.. tapi apa yang mampu dihasilkan oleh telur anda. Kali ni kak eaisyah nak kongsikan info tentang telur emas kaum lelaki.
BAGAIMANA NAK JAGA TELUR DENGAN BAIK ??
1. PASTIKAN TELUR SEJUK
AMARAN !! Jangan sesekali letak komputer riba diatas paha ok ! Menurut kajian fertility and sterility study.. suhu panas komputer riba akan mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Pakar urologi.. Larry Lipshultz M.D.. sebaiknya komputer riba diletakkan diatas meja jika anda mahu menggunakannya.
2. TIDUR UNTUK JAGA KANTUNG
Menurut kata Tobias Kohler M.D. , M.P.H , F.A.C.S yang merupakan seorang profesor bidang urologi di Universiti Illinois Sleatan. Kurang tidur akan merembeskan hormon stress sekali gus akan mengurangkan penghasilan sperma baru.
3. PERHATIKAN SAIZ TELUR
Menurut Journal of Sexual Medicine.. lelaki yang berusia mempunyai telur dengan ukur lilit lebih kurang 20 milimeter atau lebih berhadapan dengan risiko serangan jantung
Dalam jurnal ada menyebut bahawa kerosakkan pembuluh darah akan menyebabkan saiz testis berubah.. So anda perlu perhatikan saiz telur anda selalu
4. RILEKS ! JANGAN TERBURU-BURU
Proses vasektomi tak menyebabkan masalah ED.. mengikut sebuah jurnal kesihatan seksual di Amerika Syarikat. Sekiranya anda melakukan hubungan seks dalam tempoh 72 jam lepas proses ini boleh menyebabkan rasa sakit.. senak atau pendarahan.
5. HANDPHONE DALAM SELUAR
Banyak kajian yang berjaya membuktikan handphone tak elok untuk kesihatan telur anda. Si Please make sure.. jauhkan telefon daripada telur anda terutama masa tidur. Ubah tabiat suka menyimpan telefon dalam poket seluar ok !
6. BAHAYA URAT MENGEMBANG
Sekiranya urat mengembang.. ia boleh menyebabkan pengecutan testis atau mandul !
OH NO !! BAHAYA tuu.. sebab tu la.. anda tidak dibenarkan untuk terus membersihkan zakar lepas memancutkan air mani. Bagi rehat kejap sampai testis mengecut semula baru bersihkan.
Dah tau kan macam mana nak jaga telur ? Namun kalau jaga pun tapi tak subur pun tak boleh juga.. So apa ciri-ciri lelaki subur ekk ?
CIRI-CIRI LELAKI SUBUR
1.. Mempunyai zakar yang sempurna dan dapat tegang sepenuhnya
2.. Mempunyai zakar yang normal dan dapat menyalurkan sperma ke dalam faraj wanita
3.. Mempunyai dua belah telur zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif
4.. Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tak terkandas atau terkendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma atau salur uretra
5.. Mempunyai anggota reproduksi lain yang berfungsi secara normal dengan memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita seperti :
👉 Pundi prostat
👉 Pundi seminal
👉 Pundi cowper
Selain mengenali ciri kesuburan lelaki.. Anda kena tau lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 sampai 250 juta sperma setiap hari.
Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air. So.. wanita memang tak digalakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami...
Bagi mereka yang inginkan anak.. sangat tidak digalakkan untuk mencuci faraj atau kemaluan lepas bersama suamu sebab ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.
PENGALIRAN SPERMA YANG MANTAP
Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan berlaku dalam jangka masa singkat kalau lakukan hubungan seksa setiap hari terutamanya pada waktu isteri subur.
INI TIDAK BENAR !!
Walaupun lelaku mampu hasilkan banyak sperma pada setiap hari (150 - 250 juta sehari) namun ia memerlukan sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasma.
Jika hubungan seks dilakukan selang sehari atau dua hari sekali.. sistem pancutan atau pengaliran tidak terkendala atau lemah.. maka banyak sperma dapat disalurkan ke dalam faraj.
So.. seeloknya.. bagi yang tengah ikhtiar nak cahaya mata tuu.. lakukan hubungan seks bersama isteri selang sehari walaupun isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap boleh bagi gangguan pada kedua belah buah zakar. Kesannya sperma yang dihasilkan kebanyakkannya kurang matang dan tak berkualiti.
AIR MANI CAIR TAK BERMAKNA TAK ADA BENIH
Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki tu subur.. Begitu juga dengan air mani yang cair tak bermakna tak ada benih atau tak subur. Air mani yang cair sesuatu yang normal.
Air mani akan cair dalam masa 10 sampai 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah berenang atau berkeliaran jika air mani cair. Air mani yang pekat dan tak mudah cair merupakan satu petanda pundi prostat terkendala dan perlu mendapat rawatan.
Kebanyakkan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan.. lebih jauh dipancutkan kononnya lebih baik.
Memang tak laa.. sebab tak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut ke dalam faraj.. asalkan ia keluar dan dapat disalurkan serta diterima oleh faraj.
No comments:
Post a Comment