TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Sunday, 5 April 2020

ANDA BOLEH LINDUNGI IBU BAPA & ORANG TUA DARI RISIKO JANGKITAN COVID-19 KALAU...



Seperti yang anda semua sedia maklum tentang bahaya yang dibawa oleh wabak COVID-19 yang menyerang sistem respiratori atau pernafasan terutamanya di bahagian organ paru-paru.

Sehingga kini, masih belum ada vaksin yang dapat digunakan untuk merawat pesakit yang positif. Namun itu tidak bermakna pihak Hospital dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat memberi rawatan sebaiknya. Walaupun angka pesakit yang terkena wabak COVID-19 meningkat.. namun jumlah yang berjaya dirawat juga bertambah.

Namun begitu, jika dilihat kepada jumlah angka kematian di negara kita dan juga global.. golongan yang paling berisiko tinggi ialah golongan tua atau veteran. Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung juga sangat berisiko.

Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya berdiam diri dan berserah kepada takdir semata. Jika anda tinggal bersama ibu bapa yang sudah berusia.. disini terdapat beberapa langkah untuk meminimumkan risiko jangkitan COVID-19.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan nyawa mereka ?




DUDUK DI RUMAH

Ikut pada arahan yang diberikan oleh kerajaan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Jika boleh jangan keluar langsung dan hanya melakukan pesanan dan penghantaran makanan menerusi talian atau panggilan telefon sahaja. Lebih kurang anda terdedah dengan orang luar.. lebih rendah risiko anda dijangkiti.




TETAPKAN MASA DAN DISIPLIN DALAM PENGAMBILAN UBAT DARAH TINGGI & KENCING MANIS

Jika ibu bapa anda mengidap penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.. pastikan pengambilan ubat dijaga sebaiknya. Sekiranya anda mendapati stok ubat hampir habis, cari dengan segera dan tak perlu tunggu sampai habis baru menggelabah mencari.




PANTAU PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERISIKO DENGAN PENYAKIT KRONIK

Dalam berdepan PKP pastinya pengambilan makanan dan minuman sedikit bertambah. Namun jangan jadikan itu alasan untuk anda tak kawal pengambilan makanan dan minuman bergula dan bergaram terutamanya terhadap golongan tua dan mereka yang berpenyakit.




PANTAU PARAS GULA DAN TEKANAN DARAH TINGGI

Ini penting bagi memastikan kondisi kesihatan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik. Jika paras gula atau tekanan darah tidak normal ia boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi.




BERI UBAT YANG DISAHKAN

Jangan terlalu terpengaruh dengan pelbagai iklan ubat yang tidak berdaftar dan tidak sahih keberkesanannya untuk meningkatkan antibodi dan melawan virus COVID-19. Anda juga perlu pantau ubat apa yang ibu bapa anda ambil.




BERI HABBASAUDA LISTRA

Tahukah anda di dalam Habatus Sauda mempunyai banyak zat yang dapat meningkatkan metabolisma badan dan menguatkan antibodi. Dan apabila tubuh badan sihat secara semulajadinya imunisasi tubuh mula bertambah kebal. Secara tidak langsung ia boleh menghindarkan diri dari terkena serangan virus dan jangkitan kuman. Dengan amalan yang berterusan menjadikan diri sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga. Insha-Allah.

Berikan sesuatu yang terbaik untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga anda. Pastikan mereka dilindungi dari segala penyakit dan wabak merbahaya.

Semoga tips ini dapat membantu anda memberikan perlindungan yang terbaik buat keluarga anda khususnya ibu ayah anda yang meniti usia.

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT