TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Sunday, 12 April 2020

KENAPA PESAKIT KENCING MANIS & DARAH TINGGI LEBIH BERISIKO DIJANGKITI COVID-19 ?




Kita sedia maklum.. pesakit kencing manis dan darah tinggi merupakan antara golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih teruk berbanding orang biasa.

Selain dua penyakit kronik ini.. pesakit jantung, buah pinggang dan orang tua juga berisiko dijangkiti kerana  golongan ini mempunyai ketahanan badan yang rendah berbanding orang biasa.. sekali gus terdedah kepada maut sekiranya dijangkiti.

Atas alasan itulah... golongan ini disarankan untuk tidak keluar rumah sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pesakit kencing manis dan darah tinggi berisiko terkena koplikasi COVID-19 dan meninggal dunia ? Ada kaitan ker ??

Doktor Latif Saad ada kongsikan info berkenaan masalah ini.. 



RISIKO PESAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI KENA KOMPLIKASI DAN MENINGGAL DUNIA !

Penyakit COVID-19 adalah disebabkan virus yang dinamakan sebagai SARS-CoV-2 iaitu nama panjangnya Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2. Kalau dulu SARS. Maka SARS-CoV-2 menyebabkan COVID-19.

Virus ini memasuki sel di saluran pernafasan dengan melekat pada satu enzim yang dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme (ACE) dan enzim ini banyak di kawasan paru-paru.

ACE ini berfungsi menukarkan kompaun angiotensinogen dalam badan kepada Angiotensin. Salah satu fungsi angiotensin ini pula adalah menyebabkan pengecutan saluran darah bagi mengekalkan tekanan darah.

Jadi jika seseorang itu ada darah tinggi.. ubat yang merencatkan enzim ini akan mengurangkan tekanan darah. Ubat darah tinggi yang merencatkan fungsi ACE ini dinamakan sebagai Angiotensin Coverting Enzyme Inhibitor (ACEi)

Bahkan pesakit yang mengalami buah pinggang bocor iaitu ada protein dalam air kencing seperti dalam pesakit kencing manis, mendapat faedah perlindungan buah pinggang jika mengambil ubat ACEi.

Malangnya.. apabila enzim ini direncat.. maka badan akan banyak hasilkan ACE dan virus SARS-CoV-2 mempunyai lebih banyak tempat untuk melekat dan memasuki sel di bahagian pernafasan.



Oleh kerana itu.. dua golongan iaitu pesakit kencing manis dan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi daripada penyakit  COVID-19.


JADI.. TAK PERLU MAKAN KER UBAT NI ??

Kena la makan.. sebab kalau terkena tekanan darah tinggi lepas tu jadi strok kan berakhir di hospital juga kan..


JADI APA YANG PENTING !!
Duduk rumah dan jangan pergi mana-mana. Kalau boleh amalkan rutin harian yang sihat dan jaga pemakanan untuk mengelakkan penyakit kencing manis dan darah tinggi menjadi lebih serius.

Selain tu.. terdapat ubat lain yang menyebabkan penambahan enzim ACE ni tau seperti 

  • Ibuprofen 
  • Diclofenac
  • Mefenamic Acid


yang semua ni tergolong dalam ubat tahan sakit jenis non-steroidal anti-inflammatory drug (nSAID). So elakkan ubat ini ketika sihat waktu sekarang.

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT