TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday, 31 March 2020

12 KHASIAT SUSU KAMBING YANG SALAH SATUNYA MAMPU MENCEGAH VIRUS DAN PENYAKIT !



Susu kambing adalah makanan penyembuh yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing juga mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter sekali gus memberikan tenaga untuk otak. 

Jika anda semua nak tahu.. Susu kambing mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Ia juga lebih berkhasiat dari susu lembu. Berikut kami kongsikan 12 khasiat susu kambing mengikut kajian terkini. 

MENGUATKAN TULANG 



Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu. 

Susu kambing juga kaya dengan vitamin D.. iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dan seterusnya membantu menguatkan tulang. 

Selain susu kambing.. vitamin D juga boleh di dapati daripada sumber percuma iaitu cahaya matahari. 

Susu kambing juga mempunyai protein yang bernama CSN1S2 yang bertindak sebagai agen anti osteoporosis

Dalam sebuah kajian.. susu kambing dapat menghalang osteoporosis kepda pesakit yang menghidapi 'rheumatod arthritis'

 Susu kambing juga menghalang 'bone demineralization' dimana tulang menjadi lembut. Ia juga membantu perkembangan tulang dimana tulang boleh menjadi rosak akibat kekurangan zat besi. 




AGEN METABOLIK YANG BAIK



Susu kambing bertindak sebagai sebuah agen metabolik yang baik. Ianya mampu meningkatkan 'metabolic utilization of mineral' seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus. 

Ia juga mempunyai A2 beta-casein iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu. A2 beta-casein adalah sejenis beta-casein yang lebih selamat. Ini adalah kerana A1 beta-casein dikatakan boleh menyebabkan diabetes. 

A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing.. lebih mirip kepada susu ibu.. baik untuk kesihatan manusia. Menurut kajian.. ianya juga kurang menyebabkan alergi pada kanak-kanak setelas habis tempoh penyusuan ibu. 

Susu kambing juga baik untuk mengurangkan berat badan. Ianya kaya dengan protein dan kalsium. Dua nutrisi penting ini dikaitkan dengan pengurangan berat badan. 




BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG 



Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik. Magnesium merupakan mineral yang baik untuk jantung. 

Magnesium membantu mengekalkan denyutan jantung normal dan juga menghalang pembentukkan darah beku. Magnesium juga berfungsi bersama vitamin D.. yang juga merupakan nutrisi penting untuk jantung. 

Susu kambing juga mempunyai medium-chain fatty acids yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Fatty acids ini membantu menurunkan tahap kolestrol dan juga bagus untuk merawat penyakit koronari. 

Susu kambing juga dapat meningkatkan kolestrol baik dalam tubuh manusia dan ini membantu untuk kesihatan jantung.



MENGHALANG KERADANGAN 



Kajian membuktikan susu kambing dapat dijadikan sebagai suplemen yang baik untuk menghalang keradangan. Susu kambing dapat trigger 'innate' dan 'adaptive immune response' dalam badan manusia dan ini dapat membantu menghalang keradangan. 

Kebolehan anti-keradangan ini adalah disebabkan sebuah kompaun di dalam susu kambing yang bernama 'oligosaccharides'. Ia dapat membantu keradangan bowel disease. Menurut kajian di Spanish.. ia juga mengurangkan radang usus.




MENINGKATKAN KESIHATAN KULIT 



Susu kambing kaya dengan fatty acids dan triglycerides dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ianya juga kaya dengan vitamin A.. nutrien yang penting untuk kulit.

Kandungan laktid asid dalam susu kambing untuk membasuh muka pada waktu pagi.

Penggunaan sabun susu kambing juga dapat meningkatkan kesihatan kulit. Penggunaannya secara kerap juga menyebabkan kulit anda tidak perlukan moisturizer. Sabun susu kambing juga dapat membantu mereka yang menghadapi tanda ekzema. 



MUDAH UNTUK DIHADAM 



Kehadiran fat globules yang kecil dalam susu kambing menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam. Apabila susu kambing ini sampai ke perut.. protein dalam susu kambing ini akan membentuk curd yang lebih lembut berbanding susu lembu.. dan ini mengurangkan iritasi yang mungkin dialami mereka yang mempunyai masalah iritasi semasa minum susu lembu. 




MENINGKATKAN KESIHATAN OTAK 



Kajian menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing dapat mengurangfkan anxiety.. Susu kambing juga mempunyai conjugated linoleic acid yang membantu perkembangan otak. 




MENGHALANG ANEMIA 



Susu kambing memiliki bioavailability iron yang tinggi yang membantu dalam penyerapan iron. Ini bermakna.. ia dapat menghalang anemia.




SEIMBANGKAN TAHAP PH DALAM TUBUH 



Susu kambing bersifat alkali dan ianya hampir kepada tahap PH dalam susu ibu. Ini dapat memberi keseimbangan tahap pH dalam tubuh manusia.




BOLEH DIMINUM OLEH MEREKA YANG ADA MASALAH LACTOSE INTOLERANTS



Susu kambing mempunyai kandungan laktisa yang rendah. Ianya merupakan pilihan yang baik oleh mereka yang menghidap masalah lactose intolerant. Susu kambing juga mudah dihadam oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif.




MENINGKATKAN KESIHATAN RAMBUT



Penggunaan susu kambing untuk membilas rambut dapat meningkatkan kesihatan rambut. 

Rambut memerlukan nilai pH yang seimbang.. sama seperti tubuh badan manusia. Sifat susu kambing yang alkali dapat membantu rambut mendapatkan pH yang seimbang dan seterusnya mendapatkan kesihatan rambut yang baik. 




SUSU KAMBING LEBIH BAIK DARI SUSU LEMBU



Susu kambing membuatkan penghadaman menjadi lebih baik. Mereka yang mengalami masalah gastrointestinal lebih sesuai untuk mengambil susu kambing selain tidak menyebabkan keradangan dan menghalang reaksi alergi.

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT