TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday, 29 January 2019

ANDA PEMINAT KOPI ?? 10 PERKARA INI BAKAL BUAT ANDA GEMBIRA !



Kopi termasuk minuman yang digemari oleh lelaki dan wanita. Minuman yang kononnya boleh mengurangkan rasa mengantuk ini sangat umum kepada dunia.

Kalau anda nak tau.. khasiat kopi sebenarnya banyak.. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan . 

KEBAIKAN & KHASIAT KOPI 

Khas buat peminat kopi tegar.. berita gembira buat anda.. Nak tau ?? baca sampai habes.

1. KOPI BOLEH MENINGKATKAN TAHAP TENAGA & MEMBUAT ANDA LEBIH BIJAK



Wow.. kopi boleh mengelakkan orang daripada berasa letih.. pada masa sama meningkatkan kadar tenaga mereka.

Hal ini kerana.. ia mengandungi bahan peransang yang dikenali sebagai kafein.. yang sekarang dah dikira sebagai bahan yang paling banyak diambil oleh penduduk dunia.

Lepas anda minum kopi.. kafein akan diserap masuk ke dalam saluran darah. Dari situ.. ia akan dihantar ke otak.

Di otak, kafein akan menghalang adenosina (inhibitory neurotrasmitter). Apabila perkara ini berlaku.. kadar neurotrasmitter yang lain seperti norepinephrine dan dopamine akan meningkat dan membawa kepada peningkatan hormon 

Banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak termasuklah daya ingatan dan mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.



2. KOPI BOLEH MEMBANTU MEMBAKAR LEMAK 



Kafein merupakan salah satu bahan yang mempunyai bukti kukuh dalam membantu pembakaran lemak badan 

Beberapa kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan metabolisma badan sebanyak 3-11%

Kajian lain pula menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak sehingga 10%  pada orang yang obes manakala 29% pada orang yang kurus

Walaupun begitu.. kesan ini akan berkurangan bagi orang yang sudah terlalu kerap minum kopi 



3. KOPI BOLEH MENINGKATKAN PRESTASI FIZIKAL



Kafein meransang sistem saraf.. menyebabkan ia menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan.

Pada masa sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakkan badan yang intensif

Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak.. membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid dan menghantar ke sel badan.

Secara kasar.. kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11 hingga 12%

Sebab tu la.. meminum kopi setengah jam sebelum memulakan kerja berat amat sesuai.



4. KOPI MEMILIKI NUTRISI YANG BAIK 



Kopi bukan jer sebarang air berwarna hitam.. Biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda.

Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah jeng.. jeng.. jeng..


  • Riboflavin (vitamin B2)
  • Pantothenic Acid (Vitamin B5)
  • Manganese & Potassium 
  • Magnesium & Niacin (B3)
Walaupun kandungannya tak la banyak dan tak mencukupi keperluan harian.. tapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.



5. KOPI BOLEH MENGURANGKAN RISIKO KENCING MANIS 



Kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang sangat menakutkan.. terutamanya di Malaysia.. penyakit ini dianggap femes jugak laa. Buat masa ni.. sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis 

Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2

Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat peyakit kencing manis. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67% !!



6. KOPI BOLEH MENCEGAH PENYAKIT ALZHEIMER & DEMENTIA



Penyakit Alzheimer merupakan penyakit saraf dan penyebab kepada dementia

Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 tahun dan ke atas. Apa yang menyedihkan.. penyakit ini tiada penawar

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mendapat penyakit alzheimer nii

Ini merangkumi pengalaman gaya hidup sihat, bersenam dan minum kopi.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.



7. KOPI BOLEH MENGURANGKAN RISIKO PARKINSON



Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf. Ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan saraf yang menghasilkan dopamine di dalam otak dan ianya tiada penawar

Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32 hingga 60%

Dalam kajian ini.. bahan kafein yang mainkan peranan kepada penurunan risiko. bukannya kopi itu sendiri. Ini kerana orang yang minum kopi decafe tak mengalami penurunan risiko 



8. KOPI BOLEH LINDUNGI HATI



Hati merupakan organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan 

Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati.. termasuklah hepatitis.. lemak penyakit hati dan lain-lain

Dan kebanyakkan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Berdasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini



9. KOPI BOLEH MELAWAN KEMURUNGAN & MEMBUATKAN ANDA LEBIH GEMBIRA



Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda.

Berdasarkan satu kajian di Harvard pada tahun 2011.. wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%

Jadi.. jika anda stress kerja.. kenalah minum kopi. Hihihi..



10. KOPI MENCEGAH RISIKO BEBERAPA JENIS KANSER



Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal dapa sel badan 

Kopi dipercayai boleh melindungi anda dari 2 jenis kanser.. Insha-Allah

  • Kanser Hati
  • Kanser Kolon
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%

Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4 hingga 5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%





AMARAN ! 

  • Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan. Jadi pastikan jangan sampai terlebih dos.
  • Bagi sesetengah orang.. kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetengah orang lain pula.. kopi boleh menghilangkan rasa pening
  • Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar.. tapi bukan berlaku kepada semua orang.



NATIJAHNYERRR !!

Secara ringkas.. khasiat kopi ini banyak namun bukan untuk semua orang. Ada segelintir orang tak suka kopi. Its ok ! mereka mungkin lebih berminat kepada teh.

Apapun khasiat dan kelebihannya.. kuasa menyembuhkan penyakit adalah Allah s.w.t.. Jangan hanya ikhtiar namun tak pernah minta padanya. Berdoa sentiasa dengan ikhtiar anda menjadi penawar penyakit. 

Jom Ngopi !! 

Sunday, 27 January 2019

JAGA TELUR BAIK-BAIK GUYS !!








Jangan abaikan aset berharga bagi seorang lelaki.. sebab selalunya lelaki akan fikir saiz & bentuk zakar tapi selalu terlepas pandang tentang telurnya.

Sedangkan bahagian tu la yang perlukan penjagaan sebaiknya.. seks yang berkualiti bukan sekadar zakar je.. tapi apa yang mampu dihasilkan oleh telur anda. Kali ni kak eaisyah nak kongsikan info tentang telur emas kaum lelaki.


BAGAIMANA NAK JAGA TELUR DENGAN BAIK ??



1. PASTIKAN TELUR SEJUK

AMARAN !! Jangan sesekali letak komputer riba diatas paha ok ! Menurut kajian fertility and sterility study.. suhu panas komputer riba akan mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Pakar urologi.. Larry Lipshultz M.D.. sebaiknya komputer riba diletakkan diatas meja jika anda mahu menggunakannya.





2. TIDUR UNTUK JAGA KANTUNG 

Menurut kata Tobias Kohler M.D. , M.P.H , F.A.C.S yang merupakan seorang profesor bidang urologi di Universiti Illinois Sleatan. Kurang tidur akan merembeskan hormon stress sekali gus akan mengurangkan penghasilan sperma baru.




3. PERHATIKAN SAIZ TELUR

Menurut Journal of Sexual Medicine.. lelaki yang berusia mempunyai telur dengan ukur lilit lebih kurang 20 milimeter atau lebih berhadapan dengan risiko serangan jantung 

Dalam jurnal ada menyebut bahawa kerosakkan pembuluh darah akan menyebabkan saiz testis berubah.. So anda perlu perhatikan saiz telur anda selalu




4. RILEKS ! JANGAN TERBURU-BURU

Proses vasektomi tak menyebabkan masalah ED.. mengikut sebuah jurnal kesihatan seksual di Amerika Syarikat. Sekiranya anda melakukan hubungan seks dalam tempoh 72 jam lepas proses ini boleh menyebabkan rasa sakit.. senak atau pendarahan.




5. HANDPHONE DALAM SELUAR

Banyak kajian yang berjaya membuktikan handphone tak elok untuk kesihatan telur anda. Si Please make sure.. jauhkan telefon daripada telur anda terutama masa tidur. Ubah tabiat suka menyimpan telefon dalam poket seluar ok ! 




6. BAHAYA URAT MENGEMBANG

Sekiranya urat mengembang.. ia boleh menyebabkan pengecutan testis atau mandul !
OH NO !! BAHAYA tuu.. sebab tu la.. anda tidak dibenarkan untuk terus membersihkan zakar lepas memancutkan air mani. Bagi rehat kejap sampai testis mengecut semula baru bersihkan.

Dah tau kan macam mana nak jaga telur ? Namun kalau jaga pun tapi tak subur pun tak boleh juga.. So apa ciri-ciri lelaki subur ekk ?





CIRI-CIRI LELAKI SUBUR

1.. Mempunyai zakar yang sempurna dan dapat tegang sepenuhnya

2.. Mempunyai zakar yang normal dan dapat menyalurkan sperma ke dalam faraj wanita

3.. Mempunyai dua belah telur zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif

4.. Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tak terkandas atau terkendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma atau salur uretra

5.. Mempunyai anggota reproduksi lain yang berfungsi secara normal dengan memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita seperti :

👉 Pundi prostat 
👉 Pundi seminal
👉 Pundi cowper

Selain mengenali ciri kesuburan lelaki.. Anda kena tau lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 sampai 250 juta sperma setiap hari.

Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air. So.. wanita memang tak digalakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami...

Bagi mereka yang inginkan anak.. sangat tidak digalakkan untuk mencuci faraj atau kemaluan lepas bersama suamu sebab ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.


PENGALIRAN SPERMA YANG MANTAP

Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan berlaku dalam jangka masa singkat kalau lakukan hubungan seksa setiap hari terutamanya pada waktu isteri subur.

INI TIDAK BENAR !! 

Walaupun lelaku mampu hasilkan banyak sperma pada setiap hari (150 - 250 juta sehari) namun ia memerlukan sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasma. 

Jika hubungan seks dilakukan selang sehari atau dua hari sekali.. sistem pancutan atau pengaliran tidak terkendala atau lemah.. maka banyak sperma dapat disalurkan ke dalam faraj.

So.. seeloknya.. bagi yang tengah ikhtiar nak cahaya mata tuu.. lakukan hubungan seks bersama isteri selang sehari walaupun isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap boleh bagi gangguan pada kedua belah buah zakar. Kesannya sperma yang dihasilkan kebanyakkannya kurang matang dan tak berkualiti.




AIR MANI CAIR TAK BERMAKNA TAK ADA BENIH 

Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki tu subur.. Begitu juga dengan air mani yang cair tak bermakna tak ada benih atau tak subur. Air mani yang cair sesuatu yang normal.

Air mani akan cair dalam masa 10 sampai 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah berenang atau berkeliaran jika air mani cair. Air mani yang pekat dan tak mudah cair merupakan satu petanda pundi prostat terkendala dan perlu mendapat rawatan.

Kebanyakkan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan.. lebih jauh dipancutkan kononnya lebih baik.

Memang tak laa.. sebab tak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut ke dalam faraj.. asalkan ia keluar dan dapat disalurkan serta diterima oleh faraj.





Tuesday, 15 January 2019

5 KESAN SCARY YANG ANDA MESTI TAHU TENTANG FIBROID SEMASA HAMIL






Bila wanita hamil dalam masa sama ada fibroid.. kemungkinan akan ada beberapa masalah yang mungkin akan berlaku. Antara masalah tersebut adalah :


  • RISIKO KEGUGURAN 
  • RISIKO KELAHIRAN BAYI PRA MATANG
  • MASALAH FIBROID YANG MEMBESAR
  • KELAHIRAN TAK NORMAL
  • PENDARAHAN YANG BANYAK SELEPAS KELAHIRAN 

Fibroid memberi risiko keguguran



RISIKO KEGUGURAN 

Ia berlaku kepada wanita yang mengalami masalah fibroid jenis submukosa yang membesar di rongga (kaviti) rahim.

Apabila pembesaran fibroid berlaku.. ia akan menyebabkan lapisan rahim iaitu bahagian yang menjadi tempat penempelan embrio menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang cukup untuk tumbesaran embrio. 

Fibroid juga akan menyebabkan inflamasi atau keradangan di lapisan penempelan & mengakibatkan embrio tak dapat menempel dengan baik dan akhirnya berlaku keguguran 



Fibroid boleh memberi risiko kelahiran bayi pramatang



RISIKO KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

Apabila fibroid semakin membesar seiring dengan fibroid di dalam kandungan akan menyebabkan saiz rahim mengembang.

Keadaan ini lebih kerap berlaku pada mereka yang alami fibroid dibahagian bawah rahim.

Fibroid akan menekan kepala bayi yang belum matang. 

Kesannya.. tekanan ini boleh menyebabkan ibu mengalami kesakitan bersalin lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya 


Fibroid memberi masalah bila ia membesar



MASALAH FIBROID YANG MEMBESAR

Kebanyakkan hormon yang dihasilkan oleh urin plasenta akan menyebabkan peningkatan aras hormon estrogen. Hasilnya.. boleh mendatangkan kesan terhadap pembesaran fibroid sacara mendadak.

Sekiranya pembesaran fibroid berlaku terlalu cepat.. salur darah yang membekalkan nutrien kepada fibroid mungkin tidak boleh membekalkan oksigen yang mencukupi. kepada tisu fibroid.

Sebahagian daripada fibroid yang tak dapat bekalan darah akan alami 'red degeneration' dimana proses ini akan menyebabkan wanita yang sedang hamil mengalami kesakitan.

Biasanya.. kesakitan ini akan hilang dalam jangka waktu yang pendek tanpa rawatan dan tak akan mendatangkan masalah kepada kandungan.

Bagi ibu yang tak dapat tahan kesakitan.. mereka boleh diberikan ubat tahan sakit jika perlu.


Fibroid boleh beri risiko bayi sonsang



KELAHIRAN TIDAK NORMAL

Risiko kelahiran tidak normal atau baby sonsang berlaku sekiranya fibroid tersebut tumbuh atau berada dibahagian bawah rahim dan bentuk rahim juga kemungkinan akan berubah.

Bayi yang berada dalam keadaan melintang atau menyonsang terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Ibu yang mempunyai masalah ini akan diberikan tarikh tertentu untuk jalani pembedahan secara terancang. Ia amat penting kerana jika masalah ini tidak dikesan dari awal akan mengakibatkan ibu alami kontarsi sebelum tarikh pembedahan sedangkan bayi tersebut berada dalam posisi yang tidak normal.

Kesan kontraksi yang terlalu lama berkemungkinan akan menyebabkan ibu mengalami rahim terkoyak (rupture uterus).. tumpah darah yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian jika terlambat sampai di hospital.

Kes seperti ini juga boleh mengakibatkan bayi lemas dan mati di dalam kandungan akibat lambat dikeluarkan.


Pemberian ubat tahan sakit melalui suntikan sepeti pethidine



PENDARAHAN YANG BANYAK SELEPAS MELAHIRKAN

Selepas proses kelahiran.. rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Ia merupakan penyebab utama berlakunya kejadian tumpah darah yang banyak selepas bersalin.

Untuk elak perkara ini berlaku.. biasanya pakar bidan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.

Pendarahan yang banyak agak susah nak dikawal kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar dibahagian rahim ketika hamil berbanding waktu normal.

Pembedahan membuang fibroid hanya akan dilakukan selepas ibu melahirkan anak dan itu pun jika fibroid tersebut mendatangkan bahaya. Sekiranya tak merbahaya.. saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang kerana selalunya saiz fibroid akan mengecil apabila aras hormon estrogen kembali normal.




Tuesday, 8 January 2019

4 PUNCA UTAMA TIADA SPERMA DALAM AIR MANI BUAT SEMUA LELAKI TAK SENANG DUDUK !





Istilah keadaan perubatan yang digambarkan diatas adalah Azoospermia.. iaitu ketiadaan sperma di dalam air mani. Berikut adalah 4 keadaan utama yang menyebabkan ketiadaan sperma dalam air mani.



1. EJAKULASI SONGSANG " Retrograde ejaculation" 

Kelainan anatomi pada leher pundi kencing menyebabkan air mani mengalir ke belakang bahagian pundi kencing. Ketika pancutan air mani (orgasme) berlaku. Sperma yang ditemui dalam air kencing ini dapat digunakan untuk persenyawaan dengan telur ovum. 

Selain tu.. andai kata sperma yang dijumpai tidak dapat digunakan untuk persenyawaan.. maka pakar fertiliti akan melakukan pembedahan kecil pada buah zakar/testis untuk dapatkan sperma. Dengan kedua-dua pendekatan ini, kebarangkalian untuk menemui sperma yang dapat digunakan untuk persenyawaan adalah sangat tinggi.



2. SALURAN EJAKULASI TERSUMBAT

Suami terpaksa menjalani satu pembedahan kecil pada buah zakar. Kemungkinan pakar fertiliti menemui sperma yang berkualiti tinggi adalah sangat memberansangkan. Sperma ini dapat digunakan dalam kaedah persenyawaan ICSI, dimana sperma tersebut akan disuntik terus kedalam telur dengan menggunakan kaedah IVF.



3. KEROSAKKAN PADA BUAH ZAKAR / TESTIS

Antara perkara yang menyebabkan kerosakkan buah zakar adalah jangkitan kuman, rawatan barah, kelainan anatomi, kecederaan pada kemaluan, pembedahan, penggunaan steroid/hormon testosteron serta kelainan kromosom. Malangnya terdapat segolongan kecil lelaki yang mempunyai masalah genetik yang menyebabkan buah zakar sama sekali tidak dapat menghasilkan sperma dan tiada rawatan lain yang dapat disyorkan oleh pakar.

Kebiasaannya pakar akan cuba berikan ubat hormon pada suami selama beberapa bulan.. dengan harapan dapat mencetuskan pembentukkan sperma. Namun.. kemungkinan besar suami terpaksa melalui pembedahan kecil pada buah zakar bagi memperoleh sperma untuk persenyawaan. Peratusan penemuan sperma dengan kaedah ini adalah agak memberansangkan iaitu 30 hingga 60%.



4. KEKURANGAN PEREMBESAN HORMON YANG MENGAWAL FUNGSI BUAH ZAKAR   [ Hypogonadotrophic Hypogonadis ]

Keadaan ini sangat mudah diubati dengan suntikkan hormon yang akan mengatasi kekurangan hormon tersebut. Malah kaedah ini dapat menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi untuk berlakunya persenyawaan semula jadi tanpa melibatkan rawatan kesuburan yang rumit.

Umumnya.. pembedahan yang dimaksudkan adalah prosedur dimana.


  • Sperma disedut dengan jarum dari saluran dibahagian atas buah zakar. 
  • Satu goresan yang kecil dilakukan pada permukaan zakar dan sebahagian kecil isinya diambil untuk pemeriksaan dibawah mikroskop untuk mengenal pasti sperma. Kaedah ini dilakukan dengan bius dan lazimnya mengambil masa dari 1 jam.

Masalah azoospermia pada zaman sekarang bukanlah jalan terakhir bagi sebahagian besar pasangan.. asalkan anda kerap ambil rawatan.

Sebagai ikhtiar terakhir.. walaupun terdapat pelbagai pendekatan baru yang inovasi dalam bidang kesuburan.. namun kita sebagai manusia hanya boleh merancang.. Kesemua keputusan dan kuasa milik Allah untuk tentukan. 

Berikut kak eaisyah kongsikan video penjagaan kesihatan lelaki untuk penghasilan sperma yang lebih berkualiti dari pakar Infertiliti Dr. Hamid Arshat. 



PERIOD PROBLEM ?? KETAHUI 8 TANDA SCARY BILA PERIOD TAK TERATUR & PESAN DARI DR HAMID ARSHAT KEPADA SEMUA WANITA !!




Pesan Dr Hamid Arshat buat kaum wanita.. Bila kitaran haid terganggu.. waspada dengan 8 perkara ini.




Sebenarnya apabila wanita mengalami gangguan kitaran haid setiap bulan.. ia mungkin menunjukkan petanda kepada sesuatu penyakit. Menurut perkongsian oleh doktor pakar sakit puan.. Dato' Dr. Hamid Arshat, terdapat 8 perkara yang kaum wanita perlu berwaspada yang mungkin menjadi punca kitaran haid terganggu.




Berikut merupakan antara perkongsian ilmu daripada beliau yang boleh dijadikan sebagai rujukan.




Pusingan kitaran haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Berbagai tanda dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan seperti kanser pangkal rahim (cervix).. kanser ovari atau rahim. Sebahagian besar disebabkan oleh gangguan hormon dn juga berbagai ketumbuhan bukan kanser seperti fibroid, endometriosis dan ovarian cyst. 




Walau demikian.. wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan berikut :




1. PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN KELAMIN 




Ini kerana.. ia dianggap sebagai tanda kanser pangkal rahim. Walau demikian.. ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp. Wanita perlu periksa faraj dan buat ujian Pap Smear.








2. PENDARAHAN SELEPAS PUTUS HAID 


Ini satu tanda kanser dalam rahim. Punca lain seperti kekurangan hormon estrogen, fibroid dan polyps. Periksa peranakkkan dan buat vaginal scan.. pap smear dan diagnostic D&C.






3. PANDARAHAN HAID TERLALU BANYAK & BERPANJANGAN (Menorrhagia)


Punca utama ketumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia dan Polyps. Anda perlu membuat ujian vaginal scan. Rawatan dengan bedah D&C, buang fibroid atau buang rahim. Pengambilan ubat hormon, norethisterone (norculut) boleh membantu masalah yang dihadapi.







4. SAKIT SENGGUGUT.




Sering disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Ia akan menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta pesakit akan rasa kesakitan yang teramat sangat. Anda perlu lakukan vaginal scan. Bagi mereka yang masih dara boleh scan perut.













5. HAID TIDAK TERATUR 




Jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Sering disebabkan oleh PCOS, ovari bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemuk. Gangguan utama ialah susah untuk hamil, keguguran, pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Anda perlu rawatan khusus dan tolong kuruskan badan 








6. TIDAK DATANG ATAU LEWAT DATANG HAID




Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama ialah buat ujian kehamilan UPT. Lakukan vaginal scan untuk pengesahan. Punca lain adalah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan kerana anda mungkin hampir dengan menopause.








7. TAK DATANG HAID MELEBIHI 6 BULAN 




Satu tanda menopause bagi mereka berumur 50an.. atau premature menopause bagi mereka dibawah usia 40 tahun. Bagi mereka yang berhenti haid dalam umur 20an dan 30an.. mungkin disebabkan ovarian failure iaitu penghasilan telur dan hormon tiada. 













8. TIDAK DATANG HAID PADA WANITA BERUMUR 20 TAHUN 




Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini dipanggil kecacatan kogenita iaitu sejak lahir tidak sempurna peranakkannya.







Semoga bermanfaat & kongsikan ilmu ini buat wanita lain juga.

LIVE CHAT