Umi semua.. nak tanya.. bahagia tak rasanya bila menyusu kejap je.. anak kita dah kenyang dan tidur dengan lena? Nyenyak plak tu sampai dengar dengusan dia.. Comellnyer..!!
Alhamdulillah sejak amalkan LISTRA GOOD MILK dgn HABBASAUDA LISTRA.. Baby Ali.. anak kak aisyah cepat kenyang dan tak pernah lapar tak cukup susu.. Susu badan kak eaisyah pun tak penah kurang.. syukur sangat dgn pemberian Allah utk baby Ali.
Kalau korang nak tau ada kebaikan susu ibu ni utk ibu dan bayi.. nak tau..
Untuk bayi:
- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
- Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
- membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Selain tu korang pun boleh amalkan beberapa petua ni utk tambahkan susu badan secara semulajadi ni.. Insya-Allah.. dengan niat yang betul dan ikhtiar bersungguh-sungguh pasti korang akan dapat susu badan yang meriah dan melimpah ruah macam empangan yang pecah ?
.
.
1. BUAH LONGAN
Amalkan minum air rebusan longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan 3-4 cawan air dan biarkan sehingga logan tersebut kembang sebelum minum
2. DAUN BETIK
Ramai yg tak tau daun betik sebenarnya boleh menambahkan susu badan.. Ambil je pucuk betik dan celur.. Makan bersama sambal dan nasi panas dgn jadikan ia sebagai ulam..
3. DAUN SIRIH
Daun sirih juga mampu melancarkan pengeluran susu ibu. Caranya dengan layurkan daun sirih di api kemudian tekapkan ke payudara. [pastikan daun sirih disapu dengan minyak kelapa]
4. LOBAK PUTIH
Campurkan lobak putih yang telah diparut ke dalam segelas air panas. Biarkan seketika dan minum airnya 2 kali sehari.. Atau masak sayur lobak putih berkuah.. Macam masak bening..
5. HALBA
Rendam halba kedalam air panas. Biarkan seketika sampai halba betul2 lembut.. kemudian minum air tersebut 2 kali sehari..
6. JANTUNG PISANG
Celur jantung pisang dan jadikan ulam dalam makanan korang.. Makan bersama sambal belacan.. perghh.. pasti terangkat. Jangan terliur pulak yer.. Hehehe
7. MINUM BANYAK AIR
Seeloknya 8 gelas sehari.. Selain tu korang pun boleh amalkan minum susu kambing untuk tambahkan susu badan korang.
No comments:
Post a Comment