TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Wednesday, 28 March 2018

BETUL KE ANAK HYPER PUNCA IBU BAPA TAK CUKUP REHAT ? SALAH SIAPA ?





Bukan salah siapa sebb anak adalah anugerah dan amanah.. Jadi tak kiralah mcm mne kaeadaan fizikal dan mental mereka sbg ibu bapa kne terima dgn berfikiran terbuka.. tak gitu.. ok la .. kalau sebelum ni kak eaisyah ada cerita tentang gadjet lebih berkuasa ganti ibu bapa kan.. ada tak yg baca. Hope korang semua baca dan ambil input penting tau.. Ok hari ni kak eaisyah nak share something dan masih tentang anak.. 

Kak Eaisyah nak share dgn korang semua tentang ADHD.

Apa tu ADHD ?

ADHD tu singkatan pada Attention Deficit Hyperactivity Disorder.. atau dalam bahasa jawanyer kita panggil HYPERACTIVE dan dalam bahasa melayu SINDROM KURANG DAYA TUMPUAN atau bahasa senang faham Tak Reti Nak Duduk Diam....

Kebanyakan kes macam ni melibatkan tindakan dan tingkah laku kanak-kanak yg tak boleh dikawal sebab mereka mudah teransang untuk lakukan sesuatu, agak lasak dan tak boleh terima arahan walaupun korang cakap banyak kali.. sakit hati kan kalau anak tak dengar cakap !! siapa setuju angguk kepala ! Hihihiii..




Kengkadang kalau korang perhati tindakan anak korang.. korang akan dapati mereka tak pernah puas dengan permainan yg mereka ada.. mesti ada jer idea mereka utk cipta mainan sendiri tapi itu pun msih tak mampu menarik perhatian mereka.




Menurut Barkley (1990) ADHD merupakan salah satu kecelaruan pemikiran yg paling umum di kalangan kanak kanak.. dan dia pun ada menyatakan 80% kanak-kanak ADHD adalah berpunca dari keturunan.

Menurut Lahey (1997) pula.. ADHD ni masalah kanak-kanak yg susah utk beri perhatian sebab kebolehan yg terhad utk memberi tumpuan dan sering tunjuk tingkahlaki tak sabar.

Dalam hal ni.. mak ayah kne mainkan peranan besar dlm mendidik anak dan kenal pasti ada tak ciri-ciri anak korang jatuh dlm kategori HYPERACTIVE, pasif atau biasa2 jer !


Tanda ANAK HYPERACTIVE [ADHD]

Kanak kanak ADHD ni slalunyer akan tunjukkan tingkahlaku yg ada kat 3 kategori ni tak kira kat mana mereka berada sama ada kat rumah.. sekolah.. rumah nenek.. shopping mall.. taman permainan.. dan sebagainya. Nak tau apa 3 kategori tu ?

1. Hiperaktiviti
Sangat Cergas dan mempunyai tenaga 2 kali ganda.
Tak boleh duduk diam 
Aktiviti paling Best pada mereka adalah mengusik orang lain tanpa sebab.
Susah dikawal jika lakukan aktiviti yg melibatkan suasana senyap.

2. Tempoh TUMPUAN yang SINGKAT

Susah untuk fokus
Tumpuan yang mereka bagi hanya 10 minit jer.
Susah nak ikut arahan dan peraturan
Gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberi
Mudah lupa bila ditanya.. In that case selalunya barang hilang macam pensel la botol air la.. geramnyerr.. Hahaha.

3. Kurang SABAR

Disebabkan terlalu cergas jadi mereka kurang sabar
Tak suka menunggu dan nak cepat
Mereka cepat beri jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
Boleh membahayakan mereka dan mudah dapat kemalangan disebabkan tindakan mereka yg kurang sabar.




7 CARA & Tips Mengatasi ANAK HYPERACTIVE

1. Atur suasana ruang dengan menjaga pencahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang pada waktu-waktu yang perlu.

2. Peruntukan waktu bersama setiap hari untuk lakukan aktiviti riadah bersama. Pastikan korang ada tenaga cukup untuk lakukan aktiviti ni bersama sebab mereka lebih aktif dari korang.

3. Ringkaskan subjek matapelajaran supaya mereka tak cepat boring

4. Jadi lebih kreatif dalam menarik minat anak utk belajar. Sebab kanak-kanak hyperactive ni mudah teransang dgn warna. Pastikan teknik pembelajaran lbh bervariasi dan berubah-ubah tiap hari.

5. Lebihkan fokus korang pada bidang atau aktiviti yang menimbulkan minat dan suka anak-anak korang

6. Beri tumpuan, perhatian dan kasih sayang sebab kanak-kanak hyperactive ni akan dengar kata bila selalu dipeluk.. bercakap lembut dgn mereka

7. Jauhkan anak-anak korang dari tempat yang mengganggu konsentrasi mereka seperti tingkap, gambar, mainan atau kawan sebab semua tu boleh tarik perhatian mereka.  


LEBIH GULA DAN PEWARNA PUNCA ANA HYPERACTIVE.. BETUL KE ?

Tak ramai yang tau pewarna tiruan dan kandungan gula yang tinggi berkait rapat dgn ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat anak. 

Mengikut kajian yang dijalankan unit Psychiatry Unit di University of Bristol United Kingdom pada tahun 2009.. kanak-kanak yang ambil makanan ringan seawal usia 4 tahun menjadi punca kepada masalah tingkah laku dan hyperactive. Dan kak eaisyah buktikan dengan video ni..









[ Sumber : http://documents.tips/education/kecelaruan-hiperaktif.htm / http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-dan-hiperaktif ]

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT