TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday, 27 March 2018

APA DAH JADI !! GAJET LEBIH BERKUASA GANTI IBU BAPA ??




Cuba korang renung sejenak.. 

Jika dulu proses pembesaran anak-anak diambil alih oleh bibik disebabkan mak ayah bekerjaya sehingga jarang meluangkan masa dgn anak2 mereka.. Kini, fenomena baru mula tercipta bukan jer kat masyarakat di Malaysia.. tapi seluruh dunia dimana ' GAJET lebih berkuasa menggantikan Bibik dan Ibu Bapa..

Kalau di buat bancian.. pastinya ramai ibu bapa mengakui senang jika ada gajet seperti Ipad.. televisyen.. Tablet dan handphone.. sebb senang nak buat kerja.. tak payah pening2 nak kawal tingkah laku anak2 mereka.. Dan tak perlu risau anak hilang lagi.. Bagi je anak gajet.. Anak menangis.. bagi gajet.. nak anak diam dari buat bising.. bagi gajet.. Nak tidurkan anak.. tak payah gigih hafal lagu lullaby atau asah suara ala2 Siti Nurhaliza mendayu2 menghenjut buaian atau tepok bontot anak sampai sama2 terlena.. buka je youtube bagi anak nengok dan biarkan.. tau2 anak dah berdengkur.. Senangkan ?




Tapi korang tak sedar kan.. kesan dari tindakan korang boleh memudaratkan anak2 korang sendiri? Korang tau tak ransangan yg berlebihan dari penggunaan gajet boleh mengecutkan otak anak.. Nak2 lagi anak2 kita yg bawah umur 3 tahun ? Korang tak takut ke tetiba anak korang jadi pasif.. dan kurang tumpuan kat korang sebb lbh excited dgn gajet ? tak cayer nengok video ni.




Ada kajian menunjukkan anak yg bawah 2 tahun kalau dibiarkan lama menonton rancangan kat TV atau gajet lain akan mengalami masalah lembap dan lambat pick-up tak kira ler dari bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek.. Selain tu mengganggu tidur dan tumpuan anak2.

Jangan tanyer kenapa la bila anak korang kerap tantrum (mengamuk) dan agresif sebab mereka fokus bermain gajet dan susah nak kawal tingkahlakunya terutama bila disuruh berhenti. Dan bila anak semakin besar tapi dibiarkan terus leka dengan gajet.. jangan terkejut la kalau anak korang mempunyai masalah tingkahlaku terutama apabila dia mula melangkah ke sekolah. 

Kajian di Malaysia mendapati laporan yg mereka terima dalam perbentangan sebuah mesyuarat ECCE Council menyatakan 10 tahun dulu.. kadar fokus pelajar dalam kelas adalah 13 minit tapi kini hanya 4 saat jer.. Giler tak seram kan.. Ramai cikgu yg mengadu permasalah mengawal anak murid dalam kelas dan antara puncanya terlalu banyak didedahkan dgn gajet tanpa pengawalan serius.

Kalau korang nak tau perkembangan anak adalah bagaimana aktifnya mereka berkomunikasi dan interaksi mereka dgn korang (ayah ibu) atau penjaga. Ada kajian menunjukkan kebiasaan mak ayah bercakap dalam 940 patah perkataan per jam bila bersama anak mereka. Itu pun kalau mak ayah jenis rajin dan prihatin. Namun bila tv dipasang.. bilangan mula kurang jadi 770 per jam.. makin kurang perkataan disebut.. makin kurang pembelajaran perkataan baru.. dan makin kurang la kosakata baru yg disimpan kat dalam lexical database otak.. So jangan tanyer kenapa la kalau anak korang lambat bercakap yerr...




Dr. Peter Whybrow, Pengarah Sainsneuro kat UCLA menggelarkan skrin sebagai 'ELECTRONIC COCAINE ' kerana ia menyebabkan kesan ketagihan yg sama seperti ketagihan dadah dan alkohol. Ketagihan skrin mempengaruhi bahagian 'frontal cortex' otak yg mengawal 'executive function' termasuklah keupayaan mengawal diri sama sebagaimana berlaku pada mereka yg ketagih dadah.

TAK KESIAN KE KITA PADA ANAK KITA YANG SAMA LABEL DENGAN PENAGIH DADAH ?




Hentikanlah !!

Gajet atau tv bukan babysitter anak2 korang.. Tak adil la kalau korang menyalahgunakan teknologi dgn cara ni.. Otak dan rutin anak perlu di re-set semula.. Bawa merek keluar bermain. Lakukan aktiviti fizikal dgn anak dan baca buku untuk mereka.

Main 'LEGO' sebagai pengganti game.. bacakan buku sebagai pengganti tablet dan bersukan pengganti tv. 

Pakar Psikologi Perkembangan mengatakan perkembangan anak yang sihat melibatkan interaksi sosial, aktiviti kreatif dan imaginatif serta penerokaan alam sekitar.

Kalau korang tak dedahkan dgn aktiviti lain maka mereka tak dapat explore dgn baik dan tau kesan dan kebaikkannya. Jangan mengalah dgn anak korang jika mereka mengamuk dan berguling nak gajet. You have the POWER untuk mengawal anak korang sendiri demi kebaikan mereka. Korang yg mulakan jadi korang perlu hentikannya...

Jangan berterusan dengan kesilapan itu.. sehingga merosakkan fizikal, emosi, pertuturan dan kognitif anak sampai memberi kesan jangka panjang... 


Bertindak segera sebelum terlambat.




[ Sumber : Assist. Prof. Dr Putri Afzan Maria Zulkifli (Deputy Dean, Faculty of Early Childhood Studies UNITAR & Puan Noor Afidah Abu Bakar (Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)) ]

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT