TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday 16 January 2018

SETIAP HARI SEMAKIN RAMAI LELAKI TAK SUBUR ? KENAPA ?




Gemarkan makanan segera dan penggunaan ketuhar gelombang mikro selain berpakaian ketat dipercayai menjadi punca lelaki makin ramai tak subur.

Tahap kesuburan lelaki ini diseluruh dunia termasuk di Malaysia didapati semakin menurun berdasarkan jumlah sperma yang dihasilkan semakin berkurangan berbanding dua dekad lalu...

WOOOO.. SERIUS LAA BRO..!!

Kualiti benih MENURUN

Berikutan penurunan jumlah sperma dan kualiti yang dihasilkan lelaki, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) terpaksa menurunkan standard kesuburan seorang lelaki iaitu daripada 200 juta sperma kepada 150 juta sahaja.

Ini bagi mengelakkan lebih ramai lelaki termasuk dalam kategori kurang subur, sekiranya mengikut ukuran standard sebenar.. hampir 90% lelaki di dunia hari ni tak lagi SUBUR...



Mengapa lelaki memerlukan lebih banyak sperma sedangkan hanya satu sperma dan satu telur daripada wanita diperlukan untuk hasilkan embrio (janin). Daripada berjuta sperma.. hanya satu yang mempunyai kehebatan luar biasa boleh sampai dan bersatu dengan telur.

SEBAB TAK SUBUR

Kurang ZAT Makanan
Genetik
Jangkitan
Kecacatan pada kemaluan
Hormon tak seimbang
Pencemaran
Amalkan hidup tak sihat




INFO

10 hingga 15% insiden ketidaksuburan berlaku bagi setiap pasangan
50% punca ketidaksuburan adalah disebabkan lelaki
Bagi setiap pasangan
25% disebabkan lelaki
25% disebabkan wanita
25% disebabkan kedua-duanya
25% tak tahu punca

SEBAB TOKSIN

Makanan yang dibalut dengan plastik
Polisterin
Makanan yang dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro
Makanan segera yang tak sihat



PAKAIAN

Pakaian dalam dan luaran yang ketat menyebabkan testis panas dan mengurangkan jumlah sperma



CARA ELAK MASALAH KETIDAKSUBURAN

💪 Makanan berkhasiat - Vitamin.. Zat Besi.. Asid Folik.. dan Magnesium
💪 Berhenti merokok
💪 Berhenti minum minuman beralkohol dan dadah
💪 Gunakan baju dan seluar yang longgar
💪 Hentikan aktiviti seks kasual

APA TU SPERMA ??

👉 Sperma mengandungi lemak, kalori dan kolestrol
👉 Setiap lelaki memiliki 150 juta hingga 200 juta sperma
👉 Setiap lelaki menghasilkan sperma sehingga berusia 60 hingga 65 tahun
👉 Sperma baru dihasilkan apabila dikeluarkan dari tubuh
👉 Sperma mampu bertahan 3 hingga 5 hari di dalam tubuh wanita selepas hubungan seks.


No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT