Bila due date dah nak dekat.. pastinya ramai bakal ibu2 semua dah mula berfikir nak berpantang kat mana kan ?
.
" Apa nak buat ni..? Nak minta mak jaga.. mak bukannya sihat sangat nak jaga aku. Nanti menyusahkan mereka plak.. Kalau nak tumpang rumah mertua rasa segan la plak sebab suami tak ada sekali. Hmmm.. terpaksa r aku berdikari dan berpantang sendiri. "
Heii.. Mom to be semua. Sebagai insan terpilih.. jgn cemburu kat mereka yang boleh balik kampung untuk berpantang atau mak datang untuk jaga anda dirumah. Atas desakan kehidupan masa kini.. sebenarnya makin ramai yang berpantang sendiri. Dan mereka sebenarnya mampu lakukannya.
Walaupun kita tau proses berpantang agak ketat dan menyukarkan.. tak semestinya kita perlu ikut 100%. Anda boleh je menjadikan amalan berpantang sendiri lebih praktikal dengan mengetahui tips dan memberi penekanan kepada perkara yang penting.
Berikut merupakan 9 Kesilapan masa berpantang sendiri. So.. Please jangan ambil ringan !
Masa berpantang sendiri.. kita memang ada kecenderungan untuk jadi malas atau mengelat sebab tak ada sesiapa yang pantau.. Amboiii.. jangan ler begitu. Walaupun sekarang rasa apa2 kesan.. namun ia akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Antaranya...
1 TIADA PERANCANGAN
Walaupun berpantang sendiri.. perlu ada perancangan supaya senang nak uruskan keluarga dalam masa sama jaga kesihatan diri dan baby. Pada awalnya memang agak kekok sikit tapi bila dah konsisten perkara tu jadi mudah.. Yang penting PERANAN SUAMI perlu kat sini bagi memudahkan proses menjaga rumahtangga semasa berpantang. Jangan lepas tangan dan biarkan isteri hadap semua. Meroyan nti kang susah..
Contohnya.. sebelum pergi kerja.. mandikan baby. Tak pun malam take a part utk jaga isteri dan anak. Kalau tak pandai.. kena belajar.. supaya isteri ada masa rehat yang cukup dan ada sedikit masa berkualiti untuk diri sendiri.
2 MALAS BERBENGKUNG
Bengkung perkara yang mesti dipakai oleh ibu2 yang sedang berpantang sebab ia akan kembalikan bentuk badan yang langsing. Selain tu dia juga ada kelebihan dari segi kesihatan lepas bersalin.
Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah.. penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.. amalan berbengkung ni dapat :
- Kecutkan rahim
- Tetapkan peranakan dari jatuh
- Mambaiki postur tubuh
- Menghilangkan sakit belakang
- Cepatkan keluar darah kotor
Selain tu.. bila berbengkung ni lebih selesa dan yakin nak bergerak. Sekaligus memudahkan proses menyusu badan.
Kalau dulu alasan susah nak pakai sebab tak ada orang nak tolong ikatkan. Kini ada jenis zap on atau berzip. Mudah jerr.. So jangan malas yer !
3. TAK PAKAI STOKIN
Pemakaian stokin waktu berpantang juga sering dipandang ringan.Alasan nya panas, leceh dan tak selesa.. Kalau ikutkan cara orang dulu2 memang takder maknanya nak tanggalkan stokin masa berpantang kecuai nak ke toilet atau mandi.
Seeloknya pakai setiap masa. Kajian saintifik menunjukkan tidur dalam keadaan berstokin banyak manfaat untuk kesihatan. Sebab ia akan elakkan urat kaki kita dari bersimpul dan angin dari masuk badan kita. Bila rasa tak larat, pening lalat dan sebagainya.. tu tandanya badan kita dimasuk ANGIN.
4 ABAIKAN RASA SAKIT
Waktu berpantang.. memang selalu akan rasa sakit-sakit badan. Ada banyak cara untuk bantu kembalikan kesegaran tubuh wanita berpantang seperti bertungku dan berurut. Dalam hal ni.. saranan utama adalah.. upah bidan bergerak yang berpengalaman untuk datang ke rumah. Sebab mereka sangat arif dalam penjagaan ibu dan baby semasa dalam berpantang.
Dan jika anda bernasib baik.. mereka akan berikan special advise dengan memberi nasihat jika anda mempunyai masalah berkaitan semasa dalam pantang. So.. En Suami.. jangan kedekut sangat untuk upah mak bidan atau nurse datang ke rumah untuk berurut dan servis terbaik buat isteri berpantang.
5 MAKAN IKUT SUKA HATI TEKAK
Apabila kurang perancangan dan penjagaan.. anda mungkin lebih cenderung untuk makan terlalu banyak makanan berproses sebab tak cukup masa atau terpaksa makan biskut roti dan air milo sebab kena tunggu suami balik kerja. Kalau nak masak pun tak tau nak masak apa sebab berpantang kan...
Zaman dah canggih.. banyak sangat meni berpantang yang terpampang kat web dan blog masakan sekarang ni.. Boleh jer print siap2 menu makanan beserta sesipi yang simple. Kalau rasa tak sempat sangat.. Call untuk tempahan. Ramai bidan yang menyediakan perkhidmatan begini. Canggih kan ?? Dah tak perlu pening kepala lagi !
6 KURANG MINUM AIR
Ada orang cakap masa berpantang jangan minum banyak air.. salah sangat tu akak2 semua. Air sangat penting waktu berpantang sebab ia boleh elakkan ibu2 berpantang dari terhidrat. Kalau kurang air boleh terkena sembelit.. malah penghasilan susu badan pun boleh terjejas.
Seperkara lagi.. dah cakap boleh minum air bukan bermakna boleh minum air sejuk atau berais yer.. Sangat tak digalakkan. So minum air suam atau air biasa.. lebih sihat.
7 JANGAN SIBUK NAK BUAT INI ITU..
Tau anda seorang isteri mithali.. tapi kalau ikutkan kerja rumah.. memang tak pernah habis.. Nak nak lagi buat mereka yang ada anak kecil yang perlu dijaga selain baby.
Jadi.. cuba minimakan kerja anda sebanyak mungkin. Sebab ibu berpantang memang perlu banyak berehat. Contohnya cukuplah dengan masak sekali sehari jer. Tangguhkan dulu kerja lain seperti cuci baju dan sapu sampah.
Ni bukan masanya untuk anda jadi 'superwoman atau supermom'. Ahli keluarga tentu memahami keadaan anda terutama suami.. So suami time ni la jalankan peranan anda jika sayang isteri dan anak.
8 SELALU KELUAR RUMAH
Baru lepas bersalin.. pantang pun tak habis lagi dah sibuk2 nak keluar rumah.. Dah kenapa? Sediakan semua keperluan dan kelengkapan menyambut anak dan keperluan ibu sebelum bersalin lagi. Sebab dalam tempoh berpantang anda dikuarantin untuk ketempat yang terdedah dengan orang ramai.
Ada yang anggap amaran ni kolot.. tapi kalau korang nak tau ada kebenarannya jika anda ambil tindakan. Ini kerana baby yang baru lahir amat sensitif dan mudah terdedah dengan kuman sekeliling. Dan ibu yang belum pulih sepenuhnya perlukan masa untuk kumpul tenaga dan jaga kesihatan dengan sempurna. Kalau jadi apa2 kan susah dan bahaya..
9 FOBIA NAK MANDI
Lepas bersalin ada juga yang fobia nak mandi. Mana tak nyer.. badan masih rengat dan luka pun belum betul2 pulih. Namun.. menjaga kebersihan diri amat penting sebab ia dapat elak ibu dari terkena jangkitan.
Nak lebih selesa mandi dengan air suam dan boleh amalkan mandian herba untuk proses pemulihan. Kalau dapat bertangas sekali.. lagi elok. Kalau boleh keringkan badan secepat mungkin supaya tubuh tak terdedah dengan angin.
10 SUKA SUKA TELAN UBAT
Jamu dan vitamin sangat diperlukan.. Zaman sekarang pun semuanya dah mudah.. tak perlu nak merebus atau menumbuk semua herba tu lagi. Kurang sikit kerja kan..
Namun.. kena pastikan ianya betul betul selamat dan berkesan. Jangan sampai mendatangkan kesan buruk pada anda dan baby.
INGAT ! JANGAN CULAS !!
Wanita zaman sekarang memang serba serbi boleh.. kalau boleh semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri.. cuma perlu disiplin dan konsisten.. Kalau rasa diri tak cukup rajin.. akak sarankan anda cari seorang yang mahir untuk menjaga anda. atau carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
Anda kena tau.. berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang sangat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
Sebab tu la kalau nengok nenek2 kita dulu.. mereka sangat langsing dan cergas bertenaga walaupun lanjut usia dan anak ramai. Selain pemakanan dan cara hidup.. proses berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu kepada keadaan tersebut. Kalau nak dibandingkan kita sekarang.. memang jauh lerr...
Pokok pangkalnya diri kita sendiri.. tak mustahil boleh berpantang dengan betul walaupun tak terlalu ekstem !!
#listra
No comments:
Post a Comment