Masalah bentan dalam tempoh berpantang selepas bersalin bukan perkara yg boleh dipandang ringan. Mungkin ada sesetengah dari korang yg berpendapat waktu adalah sangat seronok sebab dilayan macam puteri raja. Namun sebenarnya ia adalah tempoh untuk korang betul2 berehat dan berjaga jaga agar tiada masalah yang bahaya berlaku.
Makin ramai yg tak percaya tentang pantang larang ketika berpantang kerana dianggap kolot.. Pada yg rasa begitu.. sila ubah persepsi korang sebab apa yg mereka nasihat adalah perkara yg mungkin mereka pernah alami sendiri.
APA TU BENTAN ?
Bentan adalah tindak balas tubuh wanita yg baru lepas bersalin kesan dari kurang penjagaan kesihatan sewaktu berpantang. Atau dalam bahasa pakar komplikasi selepas kelahiran.
MACAM MANA BOLEH BENTAN ?
Kita sedia maklum.. selepas bersalin tentunya banyak tenaga telah digunakan. Selain itu.. segala urat menjadi tegang dan darah banyak keluar terutama darah kotor (darah nifas). Jadi tempoh berpantang digunakan bagi tujuan merawat, membaiki dan memulihkan semula tenaga dan sistem tubuh badan.
Namun disebabkan kurang menjaga pantang dan mengabaikan kesihatan seperti tidak jaga makan dan terdedah dengan udara akhirnya membinasakan diri dengan terjadinya bentan.
KESAN BENTAN ?
Tempoh berpantang akan jadi lebih lama sebab luka dalam tubuh lambat sembuh.
JENIS BENTAN
Bentan Urat
- Badan jadi lemah.
- Demam serta bisa-bisa urat pada setiap sendi badan
- Lutut menggigil kesejukan walaupun waktu tengahari
- Otot menjadi tegang dan kejang
- Berpunca dari pergerakan yang terlalu aktif
- Untuk rawatan sapukan minyak urut di anggota badan dan urut perlahan-lahan
Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim
- Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan tumpah darah.
- Kesakitan melampau boleh menyebabkan susah untuk meluruskan kaki
- Berpunca dari mengangkat barang berat sewaktu tempoh berpantang
- Untuk rawatan digalakkan baring ke lantai tanpa alas bantal kecuali pada bahagian punggung.
- Atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah
Bentan Urat Besar (Pinggang)
- Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dikenali sebagai urat sum
- Lenguh badan dan sakit dibahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.
- Punca tidak diketahui tetapi kerap berlaku kepada mereka yang bersalin caeser (pembedahan)
- Untuk merawat perlu banyakkan berehat dan kurangkan bergerak
CARA ELAK BENTAN
- Pastikan rehat secukupnya semasa berpantang
- Tidak digalakkan untuk melakukan tugas dirumah mahupun menguruskan baby kecuali nak menyusukan.
- Jaga kebersihan diri dengan kerap tukar pad dan mandi dengan herba
- Jaga Pemakanan dengan tidak mengambil makanan sejuk, gatal, berbau dan berbisa
- Jangan minum air sejuk
- Pantang bersama suami langkah yang terbaik supaya sama2 rasa.
- Sapu minyak panas diseluruh badan
- Pakai baju panas
- Pakai Stokin sepanjang masa
- Pastikan berselimut ketika tidur
- Bertungku
No comments:
Post a Comment