TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Saturday 16 December 2017

MOHON BACA JIKA ANDA MASIH SEORANG WANITA !



APA ITU PCOS ?

Polycyctic Ovary Sindrome merupakan salah satu masalah kesuburan dan kesihatan wanita

Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan ia bertindak sebagai organ pembiakan utama bagi seorang wanita. Fungsinya adalah mengeluarkan telur pada waktu subur.

Namun PCOS ialah satu keadaan dimana ovari membengkak kerana benih telur terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Akhirnya akan timbulkan masalah kesuburan. Selain itu PCOS juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam badan wanita dimana terdapat lebihan hormon testosterone gent lelaki dan insulin di dalam tubuh wanita.




Menurut pakar kesuburan Sunfert International Fertility Centre Dr Eeson Sinthamoney, tahap kesuburan wanita merosot selepas berusia 35 tahun. Keadaan ini membuatkan peluang untuk hamil selepas usia 35 tahun amat rendah berbanding wanita dalam lingkungan usia 20-an.

Pada masa sama, tahap kesuburan lelaki juga merosot seiring peningkatan usia. Jadi, jika berkahwin lewat dan belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, jangan cepat menyalahkan pasangan.


Kira-kira 30 peratus daripada kes ketidaksuburan adalah berpunca daripada wanita dan 30 peratus lagi daripada lelaki. Sementara itu 30 peratus membabitkan kedua-duanya dan 10 peratus tidak diketahui puncanya



MACAM MANA NAK TAU SESEORANG TU ADA PCOS ?


  • Haid yang tidak teratur
  • Haid terlalu lama
  • Tidak datang haid langsung 
  • Haid datang dengan kerap
  • Haid datang beberapa bulan sekali 
  • Gemuk / Obesiti
  • Kencing Manis
  • Mandul
  • Tumbuh rambut halus pada muka dan dada wanita seperti misai dan janggut. 



PUNCA PENYAKIT PCOS ?

  • Keturunan / Baka
  • Makanan yang mengandungi banyak karbohidrat, gula, perisa, bahan pengawet.
  • Stress / Tekanan fizikal dan mental

APAKAH ROSIKO DAN KESAN JANGKA PANJANG ?

  • 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk
  • Masalah kolesterol tinggi
  • Masalah Darah Tinggi
  • Masalah Sakit Jantung 
  • Kanser Rahim terutamanya kepada pesakit yang sering mengalami masalah haid
  • Masalah susah nak TIDUR
  • Mengalami Kemurungan terlampau
  • Endometrium Kanser (Endometrium Karsinoma)




MACAM MANA NAK RAWAT ?


  • Kawal kegemukan (Obesiti)
  • Tingkatkan kesuburan dengan pengambilan suplimen atau ubat kesuburan seperti Ubat subur Clomiphene, suntikan hormon Ganadotrophin, Ubat Metformine dan makanan sunnah.
  • Rawatan Pembedahan Laparoscopy dan Ovarian Drilling 


[Sumber : Dr Natasha Nor /  Sunfert International Fertility Centre Dr Eeson Sinthamoney ] 

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT