TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Wednesday, 6 December 2017

NAK HAMIL ?? JOM IKUT TIPS INI ..






Jika korang tengah cuba untuk hamil.. anda boleh amalkan beberapa tips ini untuk membantu meningkatkan peratusan hamil. Mungkin anda pernah dengarpetua atau tips tentang waktu dan saat terbaik untuk lakukan hubungan seks sesuai dengan kitaran haid wanita, berapa kali hubungan seks yang perlu dilakukan, posisi atau cara seksual dilakukan dan sebagainya yang berkaitan dengan hal yang boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil.



PILIH WAKTU TERBAIK UNTUK BERJIMAK


  • Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual adalah pada waktu SUBUR atau ketika PROSES OVULASI berlaku.
  • Telur matang hanya dapat hidup selama 24 jam sedangkan sperma akan hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita.
  • Lakukan hubungan seks sebelum waktu ovulasi adalah LEBIH BAIK untuk meningkatkan peratusan kehamilan berbanding satu atau dua hari selepas ovulasi


KEKERAPAN HUBUNGAN SEKSUAL

  • Tidak ada angka khusus yang dapat memastikan beberapa kali seseorang harus lakukan hubungan seks untuk hamil
  • Ada yang hanya sekali dan ada yang memerlukan masa lebih lama.
  • Yang penting adalah berapa kerap anda lakukan hubungan seksual pada waktu yang terbaik untuk hamil.


ENJOY YOUR JOURNEY !

  • Ketika seorang wanita sedang teransang, keadaan alkali (base) pada vagina akan terbentuk.
  • Ia merupakan waktu yang sangat sesuai untuk rembeskan sperma (benih lelaki) 
  • Daripada 39 juta sperma hanya 30% sperma sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum yang matang.


POSISI HUBUNGAN SEKSUAL

  • Posisi seks yang disarankan untuk tingkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki berada di atas.
  • Posisi 'MISSIONARY' dengan meletakkan bantal dibawah punggung dan kaki isteri diatas bahu suami atau 'DOGGY STYLE'


           Missionary Style                                 Doggy Style 


"Setubuhilah dari depan atau dari belakang dan hindarilah pada waktu haid dan di dubur."
( Hadis Riwayat : Ahmad dan Tirmidzi )

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah ... "
( Surah Al-Baqarah 2;223 )




JANGAN BANYAK BERGERAK SELEPAS BERJIMAK

  • Jangan terus bangun selepas lakukan hubungan seks sebaliknya berbaring dahulu selama 15 minit. 
  • Selain itu, sewaktu anda bersihkan diri jangan gunakan cairan pembersih vagina kerana ia bersifat toksin kepada sperma.


Sekiranya anda sudahpun mencuba namun masih belum berhasil. Berbincang dengan pakar untuk dapatkan rawatan yang sewajarnya. 






No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT