6 PUNCA KENAPA PERIOD TINTONG NI AKAN BUAT ANDA KECUT PERUT DAN CEPAT2 NAK CARI PENAWAR !!
Anda semua jangan buat tak tahu... Sebab salah satu punca susah nak dapat anak adalah nak tau waktu subur. Dan waktu subur dapat ditentukan dengan kitaran haid. Bagi yang kitaran haid teratur sangat mudah untuk tau waktu subur. Namun bagaimana pula bagi mereka yang ada masalah ni ?
Datang 2 ke 3 bulan sekali dan ada yang tak datang langsung. Ada juga yang datang banyak 'non stop'.. Haa.. yang ni kita nak kena ambil tau. Kenapa perlu ambil tahu.. Sebab dia penentu kesihatan dan kesuburan korang berada pada tahap baik atau sebaliknya.
Kat sini kak eaisyah nak kongsikan dengan anda semua 6 punca kenapa kitaran haid anda problem..
KENAPA HAID JADI X TRATUR EKK ?
.
AMENORRHOEA 👩
.
- wanita yg tak pernah dtg haid pada umur 16 tahun atau haid berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tapi tak mengandung.
- Ia bukan penyakit tapi mungkin disebabkan oleh gangguan hormon, keadaan persekitaran dan corak kehidupan yg tak sihat.
OLIGOMENORRHOEA 👩
.
- Haid datang dalam kitaran 35-90 hari (kitaran normal 28 hari).
- Berpunca dari pengambilan pil hormon dan masalah dalaman seperti penyakit PCOS.
OVARI PRA-MATANG 👩
.
- Kilang Ovari berhenti keluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya.
- Contohnya, seorang wanita yg berusia 25 tahun tak dtg haid sbb Ovarinya dah menapous.
- Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang inginkan cahaya mata. Jangan tidak percaya ovari juga boleh tua sebelum waktunya.
FIBROID RAHIM 👩
.
- Fibroid rahim adalah tumor tapi bukan kanser.
- Selalu terjadi kat wanita yg pernah melahirkan anak.
- Punca disebabkan terdapat darah haid tak habis keluar atau darah nifas yg tak di keluarkan dengan habis semasa proses berpantang.
- Tanda-tanda fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan sakit senggugut yang kuat.
ENDOMETRIOSIS 👩
.
- Tisu yg sepatutnye tumbuh di dalam rahim berkembang di luar rahim.
- Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period.
- Menyebabkan kemandulan.
DYSMENORRHOEA 👩
.
- Sengugut teruk.
- Tak serius tapi masih perlu di beri perhatian sbb di takuti berlaku di sebabkan jangkitan, endometriosis atau sista ovari.
Cuba cek.. adakah anda dalam golongan mereka yang mengalami masalah tersebut ? Jika YA better anda cari penawar segera.. Sebab apa..
CEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT !!
Antara pencegahan yg boleh dilakukan utk elakkan sebarang masalah ialah:
.
👱 Tolong jaga kebersihan alat sulit anda.
.
👱 Elakkan daripada memakai pencuci wanita terlalu kerap sbb ia akan mematikan flora dan fauna di situ.
.
👱 Jangan buat teknik douching (menyebur air masuk ke dalam vagina).
.
👱 Amalkan pemakanan yg sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran.
.
👱 Elakkan pemakanan yg bersifat hormon. Seelok-eloknya makan sumber protien seperti ayam kampung, ikan, daging lembu yg tak di cucuk dengan ubat hormon.
.
👱 Elakkan makanan segera kerana ia mempunyai kandungan garam dan bahan perisa yang tinggi
.
👱 Amalkan pengambilan ubat atau supliment yg disyorkan oleh pakar. Pastikan ianya bersesuaian dengan masalah anda.
.
[ Sumber : Pakar Sakit Puan ]
No comments:
Post a Comment