APA itu Jaundis ?
Bayi kuning (Neonatal jaundice). Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu 'physiological jaundice' dan 'pathological jaundice'.
PHYSIOLOGICAL JAUNDICE adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semuanya memerlukan rawatan. Sebanyak 60% bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama.
PATHOLOGIC JAUNDICE pula adalah keadaan kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas baby dilahirkan. Keadaan ini memerlukan rawatan serta merta.
Ada juga PROLONGED JAUNDICE yang kuning bayi melebihi 14 hari (matang) hingga 21 hari (pramatang) hari selepas dilahirkan. Kebanyakkan keadaan ini tidak membahayakan tetapi ia mungkin juga merupakan tanda hati bayi ada masalah yang serius.
Apakah rawatan yang akan diberikan di hospital ?
FOTOTERAPI (Cahaya Biru)
Cahaya lembut ini akan menukarkan bilirubin ke byproduct yang larut untuk dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Terapi ini ada yang conventional dan ada yang intensif (pilihan rawatan bergantung kepada paras bilirubin dan keadaan pramatang bayi). Jangan risau, mata bayi akan dilindungi dari cahaya terang dan tuduhan bayi akan jadi buta selepas terapi cahaya adalah tuduhan merepek.
Ada juga bayi perlu menjalankan prosedur tukar darah separuh/sepenuhnya disebabkan paras bilirubin yang mengancam nyawa.
Bagaimana Doktor akan monitor perkembangan bayi ?
Kami akan buat ujian darah VSB 4 jam sekali jikalau bayi anda menerima cahaya 'intensif' (2 mesin bonus untuk baby yang paras bilirubin melambung ke langit)
Monitor kekerapan dan warna air kencing dan najis baby. Berat baby berbanding dengan berat lahir dan sebagainya.
Apa yang patut ibu bapa buat kalau baby dirawat di hospital?
Jangan viralkan tangan baby yang banyak kesan cucuk. Ia memang perlu dilakukan 6 kali sehari jika rawatan baby tidak dapat diturunkan daripada rawatan intensif. Please let us do our work.. ok!
Kerap menyusu (sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari) dengan teknik yang betul supaya baby kerap membuang untuk mengeluarkan bilirubin.
Tanda-tanda bahaya yang boleh dikesan ibu bapa di rumah adalah seperti berikut. Kalau dikesan.. maka terus bawa anak ke klinik atau hospital untuk cek darah :
- Kelihatan kuning di bahagian mata yang sepatutnya bewarna putih
- Baby tidak aktif / nampak lesu
- Baby kurang menyusu dan kencing
- Najis baby putih / kelabu
- Baby menangis dengan suara nyaring macam kucing
- Besar kemungkinan disertai dengan demam
Komplikasi baby kuning kalau tidak dirawat
Jika paras kuning tinggi sampai terjadinya 'kernicterus'.. ia akan membawa komplikasi seperti pekak, kekejangan otot, sawan, terencat akal, perkembangan bayi tidak normal dan maut.
Adakah petua berkesan?
7 perkara ini tidak perlu dilakukan ketika baby di serang penyakit kuning (jaundice)
👶 Menjemur bayi
Sinaran matahari yang secara tidak langsung (menerusi cermin tingkap) tidak boleh mengurangkan kuning baby. Sinaran secara langsung pula boleh mengakibatkan baby menjadi kering (dihidrasi) atau kenaikan suhu baby. cahaya matahari terik (selepas jam 9 pagi) juga akan mencetuskan masalah kulit pada masa akan datang.
👶 Memberi susu lembu dan kambing / madu asli / air anggur / tebu hitam / serbuk mutiara / sengkuang cina kepada bayi.
Usus bayi di bawah 6 bulan belum matang. Pemberian makanan selain susu ibu akan menyebabkan penyakit usus. Susu kambing mengandungi protein yang tinggi. Ini mungkin akan menyebabkan darah baby berasid urik atau menyebabkan alahan.
👶 Memberikan air masak / Air rendaman beras
Tidak digalakkan kerana pemberian air yang berlebihan akan menyebabkan pencairan garam sodium dalam darah dan mencetuskan serangan sawan kepada baby.
👶 Ibu harus banyak makan ubat jamu
Cuba elakkan kerana sesetengah bahan menjejaskan kualiti susu ibu.
👶 Memandikan bayi dengan air bunga / air peria / air teh
Langsung tidak berkesan pun sebenarnya.. namun boleh cuba jika untuk ikhtiar.
👶 Hentikan susu ibu dengan alasan susu ibu menyebabkan kuning
Penawar kepada masalah kuning baby adalah SUSU IBU ! Jadi jangan hentikan penyusuan ok !
👶 Ibu mesti berhenti makan makanan yang berwarna oren
Makanan berwarna oren seperti buah oren, betik, kunyit, lobak, tomato.. Hahaha.. Carotene dalam makanan tersebut kalau makan berlebihan memang akan menyebabkan kulit anda (bukan baby) menjadi kuning. tetapi ini bukan jaundis ! Ia tidak membahayakan.
Sewajarnya semua ibu bapa kena tahu sedikit sebanyak tentang masalah penyakit kuning baby ni kerana ia mungkin dapat menyelamatkan masa depan mahupun nyawa cahaya mata anda. .
No comments:
Post a Comment