Bagaimana coronavirus boleh mempengaruhi kesuburan ? Adakah Covid19 membahayakan kemampuan untuk melahirkan bayi di masa hadapan ?
Para saintis juga berminat untuk membuat kajian sama ada coronavirus ini boleh menimbulkan ancaman kepada sistem pembiakkan dan kencing lelaki. Semua ini terjadi setelah penemuan beberapa pesakit yang mengalami kerosakkan fungsi ginjal yang tidak normal.. selain masalah yang berkaitan dengan pernafasan. Namun begitu, tidak ada jawapan konklusif untuk masalah ini berikutan masalah ini memerlukan penelitian terperinci dan kajian lebih lanjut. Walaubagaimana pun dari hasil penelitian dari topik ini dapat memberi kita beberapa idea mengenai risiko yang terlibat untuk pesakit Covid19.
FAKTOR SELSEMA
Adakah selsema boleh mempengaruhi kesuburan lelaki ? Selsema kadangkala memberi kasan buruk kepada jumlah sperma yang menyebabkan kemandulan lelaki. Seperti yang ditunjukkan dalam beberapa kajian kes lelaki subur yang mengalami demam selsema. Salah satu kajian menunjukkan bahawa pesakit yang pulih dari selsema menghasilkan sperma yang tidak normal dalam tempoh dua bulan selepas pemulihan sementara. Kajian lain juga ada menunjukkan bahawa jumlah sperma dan kesihatan genetik menurun selama lebih dua bulan setelah sembuh. Keadaan ini tidak kekal dalam kebanyakkan kes kerana analisis lebih lanjut dalam 2 hingga 3 bulan biasanya menunjukkan kes kembali normal. Kebanyakkannya kes demam tinggi yang berterusan adalah penyebab keadaan ini kerana suhu panas boleh mengganggu testis dan pengeluaran sperma.
Sebuah pasukan yang diketuai oleh Li Yufeng, seorang profesor dari Pusat Perubatan Reproduktif Tongji Medical College di Wuhan menerbitkan laporan yang ditarik kembali di laman web kerajaan Hubei bahawa coronavirus berpotensi merosakkan testis lelaki dan mengganggu kesuburan lelaki. Penemuan ini berdasarkan fakta bahawa SARS yang sevara genetik virus sama seperti coronavirus yang juga diketahui menyebabkan orkitis dan kerosakkan pada testis. Dia juga mencadangkan golongan lelaki yang dijangkiti membuat pertimbangan untuk menjalani ujian kualiti air mani atau sebaliknya jika dijangkiti wabak ini.
Laporan ini juga menyatakan bahawa kemungkinan kesuburan lelaki sangat terpengaruh kerana virus ini boleh dijangkiti melalui reseptor yang disebut angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) yang kebetulan boleh menyerang testis. Selai testis para penyelidik juga mendapati bahawa ia mudah menyerang pada organ lain seperti buah pinggang dan lidah. Justeru pemantauan perlu dibuat secara berkala terhadap fungsi ginjal dan kesuburan dengan membuat siasatan lebih lanjut. Laporan ini ditarik semula kerana banyak saintis menganggapnya terlalu awal dan memerlukan semakkan jangka panjang untuk membuktikan.
SPEKULASI BARU
Prof. Richard Sharpe, seorang pakar kesuburan yang terkenal di dunia di MRC Center for Reproductive Health di University of Edinburgh UK berpendapat bahawa kajian itu menunjukkan spekulasi yang boleh diterima tanpa bukti sokongan secara langsung. Sharpe menjelaskan secara umum bahawa suhu badan yang tinggi disebabkan oleh virus (atau jangkitan lain)memudaratkan pengeluaran sperma kerana sel perlu pada suhu 3 hingga 4 darjah celsius lebih rendah daripada suhu badan untuk pengeluaran sperma yang normal dan berfungsi dengan baik.
Prof Allan Pacey pakar terkemuka dalam kesuburan lelaki di University of Sheffield menekankan bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari kajian bahawa Covid 19 mempengaruhi kesuburan lelaki. Dia juga berpendapat bahawa mereka yang terlibat dalam perawatan lelaki yang dijangkiti Covid 19 harus mempertimbangkan untuk melakukan tindakkan lanjut dalam jangka panjang bagi fungsi pembiakkan mereka untuk menentukan masalah atau tidak. Dia juga mencadangkan bahawa sangat berguna bagi pakar melihat potensi hubungan antara covid19 dan kesuburan lelaki pada skala populasi.
Namun masalahnya disini.. bagaimana ia boleh mentafsirkan hasil dari analisis air mani dan menetapkan hubungan untuk lelaki yang dijangkiti Covid 19 tentang individu tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum jangkitan. Ini bermaksud ada kesukaran untuk menilai kesan hasil ujian yang tidak normal disebabkan oleh virus atau tidak. Namun begitu.. seluruh populasi yang besar.. kemungkinan dapat dilihat kadar kualiti sperma yang buruk lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
KEBIMBANGAN YANG TIDAK BERASAS
Perlu diperhatikan bahawa virus yang menyebabkan penyakit beguk yang tidak menyebabkan selsema mempengaruhi kesuburan secara kekal. Kanak-kanak lelaki boleh mendapat beguk samasa akil baligh ketika buah zakat tumbuh secara aktif. Dalam beberapa kes beguk boleh menyebabkan keadaan yang menyakitkan disebut orchitis atau keradangan pada testis yang mengakibatkan kerosakkan pada alat sulit pada masa panjang. Virus lain yang mempengaruhi kesuburan lelaki adalah virus zika.. virus selsema yang ditularkan oleh nyamuk. Virus ini menjangkiti wanita hamil dan mengakibatkan pelbagai kecacatan pada janin dan kematian pada bayi baru lahir. Sejumlah penyelidikkan yang dilakukan oleh USA menunjukkan bahawa zika boleh merosakkan kesuburan lelaki setelah dijangkiti.
JANGKA PANJANG
Sehingga kini.. semasa pandemik Covid19.. tiada kes jangkitan testis yang boleh didokumentasikan yang menyebabkan kemandulan lelaki. Namun.. kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan kesan sementara pada produksi sperma seperti apa yang terjadi dengan kesan selsema berpanjangan. Para saintis biasanya bersetuju bahawa kajian dan penyelidikkan jangka panjang perlu dilakukan sebelum ada yang dapat membuat kesimpulan yang pasti mengenai perkara ini. Mereka yang telah posotof dijangkiti dan merasa cemas mengenai kesuburan mereka harus berbincang dengan pakar. Buat masa ini.. perkara terbaik yang anda boleh lakukan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan pastika kebersihan diri dijaga sepenuhnya dan pastikan keadaan persekitaran anda dalam keadaan baik. y
No comments:
Post a Comment