APA PUNCA PCOS [Sindrom Polisistik Ovari]
Selama bertahun kajian telah dibuat untuk mengetahui punca sebenar PCOS yang menjadi penyebab utama ketidaksuburan pada wanita akhirnya terjawab.
Beberapa kajian telah mengaitkan sindrom ini dengan sejarah keluarga manakala kajian lain mengatakan ianya hanyalah sebab dari sebab lain termasuklah obesiti dan penolakkan insulin.
Namun apapun keadaannya.. PCOS adalah keadaan yang disebabkan oleh HORMON TIDAK SEIMBANG !
Satu dari lima wanita yang mengidap masalah PCOS mengalami keadaan dimana ia memiliki lebih hormon lelaki yang menyebabkan haid tidak teratur dan tidak subur.
Selain dari ini.. PCOS juga boleh menyebabkan :
- Ovarian CYST
- Obesiti
- Tidur Apnea
- Tekanan
- Tekanan Darah Tinggi
- Kanser Endomerial
Selain itu.. terdapat tanda lain yang biasa terjadi kepada pesakit PCOS seperti :
- Tumbuh Bulu di muka dan badan
- Keguguran Rambut
- Jerawat
- Berat Badan Bertambah (Gemuk)
- Sakit Kepala
- Haid Tidak Teratur
PCOS juga boleh menyebabkan penyakit jangka panjang tau seperti Sakit Jantung dan Diabetes (Kencing Manis)
Peningkatan hormon lelaki boleh menghalang ovari wanita untuk bersenyawa dan membuat telur secara normal. Kesannya kesemua telur membesar serentak dan tidak dalam dilepaskan untuk disenyawakan pada waktu subur.
Namun.. penemuan baru kajian kesihatan dan perubatan di Institut Negara Perancis mengatakan punca PCOS berlaku sebelum kelahiran.
Penemuan baru ini memberi laluan kepada rawatan yang lebih baik untuk mencegah masalah PCOS ini dan memudahkan ikhtiar untuk hamil dari awal.
Saintis mengaitkan PCOS dengan pengeluaran lebihan hormon yang dipanggil hormon anti-mullerian (AMH) yang menghasilkan sel telur atau sacs (folikel). Tahap AMH memberi gambaran tentang saiz ovari wanita.
Selepas diuji ke atas tikus dengan menyuntik mereka dengan AMH semasa membunting.. saintis menemui yang anak mereka membawa tanda PCOS. Ini kerana hormon AMH yang berlebihan, lalu mereka juga mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi. Kumpulan saintis ini kemudian merawat tikus ini dengan ubat pengawal hormon dan menemui tanda PCOS pada tikus telah dirawat.
Walaupun masih banyak lagi yang perlu dikaji untuk mengetahui punca sebenar PCOS.. namun ia telah menjadi salah satu langkah besar untuk memberi harapan kepada wanita yang sedang ikhtiar untuk menrawat penyakit ini.
Rujukan : The Asia Parent Malaysia.
No comments:
Post a Comment