TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Monday, 7 October 2019

HEYY LADIES ! PERIKSA SENDIRI PAYUDARA ANDA BAGI LANGKAH AWAL MENGESAN KANSER !




Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. dianggarkan 27 wanita daripada 100,000 penduduk di negara kita menghidap kanser payudara. 

Selain itu, kanser payudara turut dilaporkan menjadi faktor utama penyebab kematian akibat kanser di kalangan wanita. Ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh wanita itu sendiri sebagai langkah awal mengesan dan merawat. Jadi buat wanita di luar sana.. apakah yang perlu dilakukan sebelum ia memudaratkan kesihatan ?



PERIKSA SENDIRI PAYUDARA ANDA !

Sebenarnya.. ia adalah agak mudah dan tidak mengeluarkan sebarang kos dengan memeriksa sendiri payudara anda.

Ada beberapa perkara yang anda perlu perhatikan semasa pemeriksaan payudara dibuat iaitu :


  • Rasa sakit pada payudara apabila dipicit
  • Terdapat ketulan atau benjolan pada payudara
  • Perubahan saiz atau bentuk payudara secara tiba-tiba
  • Kulit payudara berubah warna seakan merah pucat
  • Kulit payudara seperti bersisik 
  • Puting mengeluarkan darah
  • Puting kelihatan masuk kedalam 
  • Bawah lengan membengkak dan tumbuh ketulan atau benjolan 


Dalam pada itu, ada waktu yang paling sesuai untuk lakukan pemeriksaan payudara. Nak tahu?


  • 7 hingga 10 hari selepas hari pertama datang haid
  • Jika anda tidak lagi datang haid atau mengalami haid tidak menentu. pilih satu hari sebagai penentu contohnya hari pertama setiap bulan 
  • Periksa jika terdapat perubahan pada payudara sebulan sekali
  • Berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudara setahun sekali





DIAGNOSIS KLINIKAL PAYUDARA 

Selain daripada memeriksa sendiri payudara.. anda wajar mendapatkan diagnosis secara klinikal daripada doktor. Ada 2 metode diagnosis yang boleh dilakukan iaitu :

Mammogram

Ia akan metode diagnosis yang berupaya memaparkan imej di dalam permukaan payudara anda. Kebanyakkan wanita berusia 40 tahun ke atas perlu menjalankan metode ini secara tahunan untuk memeriksa sel kanser yang mungkin wujud pada payudara. 

Ultrabunyi

Ia adalah metode diagnosis yang berupaya memaparkan imej tisu di dalam payudara anda menggunakan gelombang bunyi. Sama juga seperti mammogram, ia boleh membantu doktor untuk mengesan jika terdapat sebarang tumor atau sista pada payudara.



JANGAN AMBIL MUDAH 

Konklusi di sini.. tidak kira lelaki mahupun wanita.. jangan pernah memandang remeh pada sebarang perubahan pada payudara anda. Lakukan pemeriksaan awal. 

Adakah anda mahu kanser merebak sehingga anda berisiko kehilangan payudara atau nyawa anda? Jika tidak sila periksa sendiri payudara anda bagi langkah awal mengesan dan merawatnya sebelumparah. 

Dan jika anda memilih untuk melakukan rawatan alternatif, tidak salah.. anmun jangan sampai memberi masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa. 

Dalam masa sama, amalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang. Lakukan aktiviti fizikal.

Ingat ! Mencegah itu lebih baik daripada merawat ! 

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT