TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday, 17 September 2019

SPERMA MAKIN KURANG BILA KERAP TONTON TV




Menghabiskan masa berjam lama di hadapan televisyen hanya akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. Antara kesan tonton TV terlalu lama adalah seperti berikut :


RISIKO DIABATES

Berdasarkan kajian yang dijalankan.. seseorang yang terlalu kerap menonton televisyen lebih dari dua jam setiap hari.. berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis. Bukan setakat itu sahaja.. risiko kematian mengejut juga boleh terjadi apabila tabiat buruk ini dijadikan amalan



OBESITI / KEGEMUKKAN

Kebiasaan individu yang terlalu kerap menonton televisyen dalam tempoh masa yang lama pasti berhadapan dengan sikap malas untuk melakukan sebarang akticviti. Lebih seronok apabila aneka jenis makanan ringan dah pun terhidang. Hal ini akan menyebabkan kenaikkan berat badan berlaku. Jadi.. tolong hindari dan gantikan dengan perkara-perkara yang lebih membawa faedah kepada kesihatan dan gaya hidup seharian.




RUNSING / STRESS

Tabiat menonton televisyen dalam tempoh yang lama hanya akan merunsingkan fikiran dan hati. Ini kerana keseronokkan menonton televisyen membuatkan diri terlupa waktu tidur yang sepatutnya malah ahli kesihatan sendiri percaya bahawa kelaziman ini membuatkan anda mengalami gangguan fisiologi sekaligus merosakkan mood sedia ada.



MEROSAKKAN OTAK

Para pengkaji mendapati terlalu lama menonton televisyen hanya akan mengubah struktur otak dengan cara merosakkan secara perlahan-lahan. Perkara ini telah dibuktikan melalui hasil kajian yang dilakukan di Jepun apabila satu ujian imbasan otak telah dilakukan kepada 276 orang kanak-kanak. Keputusannya terdapat peningkatan dikawasan abu-abu di kotek hadapan sekali gus membuktikan bahawa menonton televisyen hanya akan menurunkan kecerdasan verbal si anak.




JUMLAH SPERMA KURANG

Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi hasil kajian mendapati individu yang memperuntukkan masa yang lama untuk menonton televisyen hanya akan mengurangkan jumlah sperma mereka. Ini kerana lelaki yang gemar menonton lebih dari 20 jam seminggu akan memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang jarang menonton televisyen.

No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT