Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS adalah gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita yang masih dalam lingkungan umur reproduktif.
Namun sindrom ini diperolehi daripada berbilang (atau poli) sista ovari yang boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrasound.
Sebenarnya "sista" ini bukan sista tetapi folikel yang tidak matang.. jadi sindrom ovari polyfolikular adalah nama yang lebih tepat.
Dianggarkan 1 daripada 15 wanita diseluruh dunia menghidap penyakit ini dan susah nak hamil.
Hormon yang tidak seimbang adalah faktor utama mengapa ovulasi tidak tetap dan inilah yang menyebabkan ramai pasangan suami isteri susah untuk hamil.
Walaupun selepas beberapa percubaan sepanjang perkahwinan mereka.. mereka masih belum menimang cahaya mata.
APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS ??
- Kitaran haid yang tidak teratur, berpanjangan dan dalam kuantiti yang banyak.
- Kenaikkan berat badan atau obesiti
- Kencing manis
- Kolestrol tinggi
- Kemandulan
- Ketumbuhan bulu yang berlebihan seperti lelaki bermisai, janggut dan bahagian dada.
Apabila anda mempunyai tanda diatas dan sukar untuk hamil.. ujian darah dan pemeriksaan ultrasound melalui faraj akan dilakukan.
Doktor akan mengesahkan anda penghidap sindrom ini jika keputusan ujian darah menunjukkan hormon tidak seimbang dan imbasan trans-vaginal ultrasound menunjukkan PCOS.
RISIKO DAN KESAN MASA PANJANG ?
10-20% pesakit PCOS boleh menghidap penyakit kencing manis, terutamanya mereka yang mempunyai keluarga dengan sejarah kencing manis atau obesiti.
Risiko lain termasuk risiko kanser rehim terutamanya pesakit yang sering tidak datang haid.
RAWATAN PCOS
Pasakit berbadan besar yang ingin rawatan semulajadi tanpa makan ubat akan disarankan untuk mengalamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk menurunkan berat badan.
Untuk sesetengah pesakit, penurunan berat badan sebanyak 5-10% sudah menampakkan kemajuan dari segi kitaran haid yang lebih teratur.
Apabila kitana haid mereka beransur baik.. peluang untuk hamil akan bertambah.
Pesakit juga boleh diberi pil perancang atau hormon untuk melaraskan kitaran haid. Kemudian diikuti dengan ubat kesuburan untuk meransang ovulasi.
Bagi mereka yang juga penghidap kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi, ubat kencing manis akan diberikan.
DIET PESAKIT PCOS
Para penyelidik berpendapat bahawa dengan tidak memakan gula, sayuran berkanji, karbohidrat dan tenusu dapat mengurangkan kesan hormon tidak seimbang.
Ramai wanita telah mengesahkan bahawa diet rendah karbohidrat memang membantu mereka mengurangkan berat badan.
Namun ia tidak disokong sepenuhnya oleh kajian dimana tiada bukti konklusif bahawa PCOS boleh dikawal dengan berdiet sahaja. Khususnya diet rendah karbohidrat dan protein tinggi yang disyorkan oleh beberapa doktor PCOS
Tetapi pesakit disarankan untuk ambil pemakanan yang mempunyai GI (Glycaemic Index) yang rendah.
Makanan yang mempunyai GI rendah akan dihadam dan diserap pada kadar yang perlahan.
Oleh itu paras gula dan hormon insulin akan menaik dengan perlahan. Paras gula yang lebih stabil ini mempunyai kesan kesihatan yang baik.
Kajian telah membuktikan yang diet GI yang rendah berupaya mengawal paras gula dan kolestrol dikalangan pesakit yang menghidap kencing manis.
Selain itu, diet ini juga boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawat penahanan insulin.
Walaupun PCOS adalah gangguan yang boleh melanda 1 daripada 15 wanita, tidak banyak kajian telah dilakukan khusus untuk PCOS.
Masih tak faham ?? Nak lebih senang faham ?? tonton video nii.
No comments:
Post a Comment