TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Tuesday 23 June 2015

TIPS DAN PANDUAN NAIK KAN PERANAKAN / RAHIM ANDA

Salam semua.. Hari ni Eaisyah nak share tips and panduan macam mana nak betulkan peranakan/ rahim yg jatuh. Saya tau kita akan rasa sgt2 tak selesa bila ianya nya tidak berada di kedudukan yg betul. 

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong.

Sebab tu orang perempuan ni jangan buat kerja berat2... Makan diri sendiri nnt.. ;)

punca-punca rahim turun
1. Jatuh terhentak yg kuat
2. Angkat benda yg berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak

Kesan akibat peranakan jatuh 
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

                                              Rawatan
Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal.


                        Cara utk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh
Selain amalkan senaman kagel tu...cara ini pon boleh membantu...
tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
bagi yang dah teruk tu,sila dapatkan nasihat dari yang pakar..


kalau tak boleh tegak lurus pon tak apa..ikut kesesuaian diri...
praktice makes perfect!
kalau takut..minta bantuan sesiapa pegang kaki tu...
buatlah dalam kiraan 10-20. (slow ye kira tu) bernafas macam biasa...


Langkah ini hanya bersifat sementara je...sebaiknya dapatkan khidmat bidan utk sengkak rahim
1. Mulakan urutan sendiri pada perut kasi lembut urat perut.
2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
3. urut pelan-pelan dari bawah naik ke atas
 kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
4. rehat seketika sebelum bangun.

Harap-harap tips yang saya share kan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak ye.. Bila rahim dah berada di kedudukan yg betul.. Amalkan lah jamu atau herba yg boleh menguatkan rahim nya. 

Sayangi diri anda ye !!

Jangan lupa like page kami !!

https://www.facebook.com/habbasaudalistrahq


copy & paste


No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT