DEFINISI
Apakah yang
dimaksudkan dengan haid datang lewat?
Haid
datang lewat adalah menstruasi yang tidak normal – sama ada lewat satu atau
lebih kitaran haid. Wanita yang kelewatan haid lebih daripada tiga kitaran
berturut-turut mengalami kondisi yang dipanggil amenorea.
Kehamilan
adalah punca yang paling biasa bagi keadaan ini. Punca-punca lain masalah
ini termasuklah masalah dengan organ reproduktif atau dengan kelenjar yang
membantu mengawal selia paras hormon. Apabila punca sebenar dirawat selalunya
wanita tersebut akan pulih seperti biasa.
Berapa kerapkah
haid lewat berlaku?
Tiada
bukti yang menunjukkan kadar amenorea berlaku berbeza-beza mengikut asal-usul
negara atau kumpulan etnik. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran yang
berkait dengan nutrisi dan kadar penyakit kronik tidak syak lagi memberi
kesan kepada kadar amenorea yang berlaku. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan
faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
TANDA-TANDA
Apakah tanda
kelewatan haid?
Tanda
yang paling utama bagi kelewatan haid ialah ketiadaan darah haid. Bergantung
kepada punca kelewatan haid,anda mungkin akan mengalami tanda dan simptom lain
bersama dengan ketiadaan darah haid, seperti;
· 👉 Susu keluar dari
puting
· 👉 Keguguran rambut
· 👉 Sakit kepala
· 👉 Perubahan pada
penglihatan
· 👉 Rambut dan bulu muka
yang berlebihan
· 👉 Kesakitan pada
bahagian pelvis
· 👉 Jerawat
Bila saya harus
bertemu dengan doktor?
Sekiranya
anda mengalami apa-apa tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau apa-apa
soalan, silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza,
sebaiknya dapatkan khidmat nasihat doktor untuk mendapatkan solusi terbaik bagi
diri anda.
PUNCA
Apakah yang
mengakibatkan kelewatan haid?
Dalam
kehidupan, anda mungkin mengalami kelewatan haid disebabkan punca-punca yang
natural seperti:
· 👉 Mengandung
· 👉 Menyusu badan
· 👉 Putus haid/menopaus
Kebanyakan
wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari , bermula daripada kali pertama keluar
darah haid sehinggalah menopaus. Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat
boleh berbeza-beza antara 21-35 hari bagi setiap kitaran. Sekiranya kitaran
anda tidak berada di antara dua bilangan hari ini, boleh jadi disebabkan:
·
Stres
Stres
boleh mengganggu paras hormon, mengubah rutin harian anda, dan menjejaskan
bahagian otak (hipotalamus) yang bertanggungjawab mengawal selia kitaran haid
anda. Setelah masa berlalu, stres akan mendatangkan penyakit dan menambahkan
atau mengurangkan berat badan , yang mana akan memberi impak kepada kitaran
haid.
Sekiranya
anda fikir stres menyebabkan kitaran haid anda bercelaru, cubalah praktikkan
teknik menenangkan diri dan ubah gaya hidup anda . Mengamalkan senaman
juga boleh membantu untuk mengembalikan kitaran haid yang normal semula.
·
Berat badan yang
rendah
Wanita
yang mempunyai masalah pemakanan , seperti anoreksia atau bulimia boleh
mengalami kelewatan haid. Berat badan yang berada dibawah 10% daripada berat
normal (berat yang sesuai dengan ketinggian anda) boleh mengubah cara tubuh
anda berfungsi dan menghentikan proses ovulasi.Mendapatkan rawatan untuk
masalah pemakanan dan mengawal berat badan anda boleh mengembalikan kitaran
haid yang normal semula
·
Obesiti
Berat
badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan pada hormon, sama seperti
apabila berat badan anda berkurangan. Doktor anda akan mengesyorkan pelan diet
dan senaman sekiranya didapati masalah anda berpunca daripada obesiti/berat
badan berlebihan.
· Sindrom Ovari
Polisistik (PCOS)
Sindrom
Ovari polisistik adalah kondisi yang menyebabkan tubuh seorang wanita
menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (androgen). Sista yang terhasil pada
ovari adalah kesan ketidakseimbangan hormon. Ini akan membuatkan ovulasi tidak
sekata atau berhenti terus.
Hormon-hormon
lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang kerana terjadinya
kerintangan insulin yang selalunya berlaku bersama dengan PCOS. Rawatan untuk
PCOS berfokus untuk melegakan simptom. Doktor mungkin akan memberi pil
pencegahkehamilan atau ubat-ubatan lain untuk mengawal selia kitaran anda.
·
Perancang
kehamilan
Anda
mungkin mengalami perubahan pada kitaran haid apabila anda menggunakan pil
pencegah kehamilan secara tidak tetap. Pil ini mengandungi hormon estrogen dan
progestin yang menghalang ovari daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil
masa sehingga 6 bulan untuk kitaran anda kembali normal selepas berhenti
daripada mengambil pil ini. Alat pencegah kehamilan yang lain yang
menggunakan implan dan suntikan juga boleh menyebabkan kelewatan/terlepas haid
·
Penyakit kronik
Penyakit
kronik seperti diabetes dan penyakit seliak juga boleh menjejaskan kitaran
haid. Perubahan pada kandungan gula dalam darah berkait dengan perubahan
hormon, jadi, diabetes yang tak terkawal boleh menyebabkan haid yang tidak
tetap.
Penyakit
seliak menyebabkan keradangan yang membawa kepada kerosakan di dalam usus kecil
, yang boleh mengganggu tubuh anda untuk menyerap nutrisi-nutrisi penting. Ini
boleh menyebabkan kelewatan atau terlepas haid.
·
Menopaus awal
Kebanyakan
wanita mula menopaus ketika berumur antara 45ke 55 tahun. Wanita yang mengalami
simptom ini sekitar umur40 tahun atau lebih awal dikira menopaus awal. Ini
bermakna bekalan telur anda sudah berkurangan lalu menyebabkan terlepas haid
dan akhir sekali berhenti selamanya.
·
Masalah tiroid
Masalah
tiroid samada terlalu aktif atau kurang aktif boleh juga menjadi sebab
kelewatan atau terlepas haid. Kelenjar tiroid mengawal selia metabolisma badan,
jadi paras hormon juga boleh terjejas apabila tiroid bermasalah. Masalah
tiroid selalunya boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Selepas rawatan dilakukan ,
haid anda selalunya akan kembali normal.
FAKTOR
FAKTOR RISIKO
Apakah
yang meningkatkan saya kepada risiko kelewatan haid?
Faktor
yang boleh meningkatkan risiko anda termasuklah;
· Sejarah keluarga
Sekiranya
ada wanita dalam kalangan keluarga anda mengalami kelewatan haid, kemungkinan
anda juga boleh mewarisi masalah yang sama.
·
Masalah pemakanan
Sekiranya
anda mempunyai masalah permakanan, seperti anoreksia dan bulimia, anda berisiko
tinggi untuk mengalami kelewatan haid
· Latihan kecergasan
Latihan
kecergasan yang terlampau lasak boleh meningkatkan risiko kelewatan haid.
DIAGNOSIS
DAN RAWATAN
Maklumat
yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. Sila berunding
dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaiman
kelewatan haid didiagnosis?
Sewaktu
temu janji, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis untuk memeriksa sebarang
permasalahan dengan organ reproduktif anda. Sekiranya anda sememangnya tidak
pernah datang haid sebelum ini, doktor akan memeriksa buah dada dan alat sulit
anda untuk melihat perubahan yang biasanya berlaku pada wanita yang sudah
akil baligh.
·
Ujian makmal
Pelbagai
ujian darah mungkin diperlukan, termasuklah;:
·
Ujian kehamilan
Ini
mungkin ujian pertama yang doktor anda sarankan untuk menyaring keluar ataupun
mengesahkan kebarangkalian kehamilan.
·
Ujian fungsi tiroid
Mengukur
paras hormon perangsang tiroid (TSH) dalam darah anda boleh memastikan tiroid
berfungsi dengan baik.
·
Ujian fungsi ovari
Mengukur
paras hormon perangsang folikel (FSH) dalam darah anda boleh memastikan ovari
berfungsi dengan baik.
·
Ujian prolaktin
Paras
hormon prolaktin yang rendah mungkin adalah tanda ketumbuhan pada kelenjar
pituitari.
· Ujian hormon lelaki
Sekiranya
anda mengalami perubahan seperti bertambah rambut dan bulu muka serta suara
menjadi garau, doktor anda mungkin akan memeriksa paras hormon lelaki dalam
darah anda.
·
Ujian pengimejan
Bergantung
kepada tanda dan simptom anda – dan keputusan mana-mana ujian darah yang
diambil- doktor akan menyarankan satu atau lebih ujian pengimejan termasuklah:
·
Ultrabunyi
Ujian
ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ dalaman.
Sekiranya anda tidak pernah mengalami haid , doktor akan menyarankan ultrabunyi
untuk memeriksa sebarang perkara luar biasa a dalam organ reproduktif anda.
·
Imbas CT
Imbas
CT menggabungkan imej-imej sinar-X yang diambil dari sudut berbeza untuk
menghasilkan keratan rentas organ dalaman anda. Imbas CT boleh menunjukkan
samada rahim, ovari dan ginjal kelihatan normal atau tidak
·
Pengimejan resonans
magnetik (MRI)
MRI
menggunakan gelombang radio dengan medan magnetik yang kuat untuk menghasilkan
imej tisu lembut dengan sangat teliti. Doktor mungkin akan melakukan MRI untuk
memeriksa ketumbuhan pada pituitari
Bagaimanakah ia
dirawat?
Rawatan
bergantung kepada punca sebenar yang menyebabkan kelewatan haid. Dalam
sesetengah kes pil perancang kehamilan atau hormon terapi yang lain boleh
memulakan semula kitaran haid anda. Kelewatan haid yang disebabkan oleh masalah
tiroid atau pituitari akan dirawat menggunakan ubat-ubatan. Sekiranya
disebabkan oleh ketumbuhan atau penyekatan struktural, pembedahan mungkin
diperlukan.
PERUBAHAN
GAYA HIDUP & RAWATAN SAMPINGAN
Apakah perubahan
gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh dilakukan ke atas
kelewatan haid?
Faktor
gaya hidup seperti terlalu banyak bersenam atau makan terlalu sedikit boleh
menyebabkan kelewatan haid, jadi, berusahalah untuk mengimbangkan antara kerja,
rekreasi dan rehat. Periksa/carilah perkara yang membuat anda stres atau
konflik dalam kehidupan.Sekiranya anda tidak mampu mengurangkan stres sendiri,
mintalah tolong kepada ahli keluarga, kawan dan doktor anda.