TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Wednesday, 25 March 2020

PLEASE ALERT !! KESAN TEKANAN AKIBAT WABAK COVID-19 TERHADAP KESUBURAN !




Nak tahu...

Mengikut satu kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Research and Public Health baru-baru ini, terdapat 53.8% responden melaporkan kesan emosi yang sederhana sampai la yang paling teruk.

Daripada jumlah tu.. 16.5% melaporkan gejala kemurungan, 28.8% melaporkan gejala gemuruh (anxiety) dan 8.1% stress. Kajian atas talian ini melibatkan 1,210 responden dari 194 bandar di China mengenai kesan emosi akibat wabak COVID-19.

Kebanyakkan responden mengatakan bahawa mereka tinggal di rumah selama 20 sampai 24 jam setiap hari serta risau tentang ahli keluarga lain mengalami wabak. Ada juga beberapa kajian yang dibuat terhadap petugas kesihatan dan berdasarkan kepada satu kajian dijalankan di Korea, hampir separuh petugas kesihatan iaitu jururawat yang terlibat secara langsung mengendalikan wabak Mers-CoV pada tahun 2015 mengalami gangguan tekanan pasca trauma atau lebih dikenali sebagai Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Dan isu tekanan ini boleh dianggap serius dan boleh mengundang kepada masalah kesihatan..




Kesihatan jer kerr?? 

Haaa.. Ramai yang tidak menyangka stress atau tekanan emosi dan fizikal akan mempengaruhi kesuburan seseorang. 

Dalam otak kita terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia bertugas mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang akan meransang pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran FSH dan LH lalu mempengaruhi kitaran haid sama ada mengalami ovulasi atau tak.

Tahap stress yang keterlaluan pada wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. Keadaan ini dinamakan sebagai 'stress-induced anovulation'

Jika kitaran haid tak mengalami ovulasi.. itu bermakna tiada penghasilan ovum dan tiada persenyawaan dan akhirnya kehamilan tidak akan terjadi.

Selain itu, stress juga akan mengganggu emosi pasangan, sama ada lelaki atau wanita. Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap aktiviti seks atau mengurangkan kekerapan melakukan jima' sampai mengganggu kebarangkalian untuk hamil. 

Bagi lelaki pula, tahap gangguan emosi akibat stress menyebabkan mati pucuk sementara (temporary erectile dysfunction)




Maksudnyerr.. saya tak boleh stress la kan ??

Stress boleh dibahagikan kepada dua..

1. Stress yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stress yang sentiasa berlaku (chronic stress)

Bagi stress yang kronik biasanya tubuh kita akan jadi lali dengan stress tu sebb dah boleh jangkakan stress tersebut bakal berlaku dan tahu apa yang boleh dilakukan untuk tangani stress tersebut serta tubuh tidak menghadapi masalah untuk ovulasi.

Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti yang berlaku kepada dunia sekarang ni dilandar wabak virus covid-19 menyebabkan anda terlampau risau sampai over thinking boleh menyebabkan tekanan berlaku dan gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu. 





Macam mana nak tahu jika stress kita alami tu terlalu berat ??

Good Q.. Ok ni jawapannya

Tahap kesuburan juga boleh menjadi indicator sama ada stress yang dialami tu boleh dihadapi dengan baik atau stress yang amat berat sehingga mengganggu kesuburan.

Kebiasaannya jika seseorang wanita sedang subur, lendiran jernih ibarat telur putih akan keluar dari farajnya. Ia keluar dengan kuantiti yang banyak. Ini adalah tanda-tanda biasa bagi wanita ketika menghampiri waktu ovulasi.

Namun bagi wanita yang mengalami stress luar biasa.. lendiran yang keluar akan menjadi sikit dan hanya beberapa hari jerr.. cara yang boleh dilakukan untuk memastikan adakah ia benar-benar ovulasi ialah dengan menggunakan OPK dan pemeriksaan darah.

Tak tahu macam mana nak guna OPK ?? tekan link youtube ini. 


Jika kedatangan darah haid agak lewat beberapa hari.. tak jadi masalah. Stress tu hanya ganggu sikit pengeluaran hormon. Namun tidak menyebabkan ketidaksuburan. Jika merancang untuk hamil.. lakukan hubungan intim seperti biasa. Namun jika kitaran haid terhenti untuk beberapa bulan.. pemeriksaan lengkap harus dilakukan. 

Kesimpulannya.. kesan emosi dan tekanan perlu diberikan perhatian dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19 ni. Umum mengetahui perasaan cemas, gemuruh serta sedih ketika menghadapi tekanan adalah sebahagian dari kehidupan terutamanya jika terdapat situasi yang mendatangkan bahaya serta tidak menentu.

Bagaimanapun, ia menjadi masalah jika berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian. Sebaiknya.. dapatkan pemeriksaan kesihatan dan cegah masalah tekanan ini dengan baik. Lakukan aktiviti sihat dan berkualiti yang boleh mengurangkan tekanan. 



No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT