TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

TIPS HAMIL MUDAH CEPAT

Monday, 14 October 2019

KENAPA BOLEH BERLAKU KEGUGURAN !



Sesiapapun akan rasa teruja semasa awal kehamilan. Namun dalam rasa seronok menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga kita.. perlu ada langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan jauh dari masalah keguguran.

Keguguran ?? Apa tuuu??


Apa Itu Keguguran ?

Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Untuk keguguran awal merupakan perkara biasa berlaku dan dianggarkan sebanyak 10% hingga 20% kes dalam 100 kehamilan. 

Berbeza dengan keguguran lewat yang berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan. Ia jarang berlaku dan 1% ke 2% kes dalam 100 kehamilan.

Keguguran Berulang-ulang ! 

Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Ia berlaku pada 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat. 




Kenapa Boleh Berlaku Keguguran Berulang dan Keguguran Lewat Kehamilan ?

Kadangkala doktor dapat mengenalpasti sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes yang berlaku, doktor tidak dapat mengenalpasti sebab berlakunya keguguran ini. Apatah lagi jika semua ujian yang dijalankan tidak menunjukkan tanda bakal berlaku keguguran dan berada dalam keadaan normal.

Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguruan lewat kehamilan. 

1. UMUR

Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran, Jika wanita berusia 40 tahun, lebih 1 dalam 2 (50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun boleh beri peluang untuk keguguran.

2. ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS)

APS merupakan sindrom darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

3. GENETIK 

2-5 dalam 100 pasangan (2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya tidak normal dimaa salah satu kromosom (struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan pewarisnya dari ayah atau ibu.) Walaupun masalah genetik ini berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang masalah pada ayah atau ibu, namun ianya boleh menyebabkan keguguran boleh berlaku. 

4. PANGKAL RAHIM LEMAH 

Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Agak sukar untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah untuk wanita yang tidak mengandung. Mungkin ini adalah penyebab keguguran jika kehamilan sebelumnya gugurdengan cara air mentuban pecah awal ataupun pangkal rahim membuka lebih awal walaupun si ibu tidak merasa sakit. 

5. PERKEMBANGAN BAYI TIDAK NORMAL

Perkembangan bayi tidak normal boleh menyebabkan keguguran tetapi ia bukan penyebab keguguran berulang 

6. JANGKITAN KUMAN

Sesetengah jangkitan kuman yang menyebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun, jangkitan yang boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum dikenal pasti. 

 7. BENTUK RAHIM 

Ianya belum disahihkan lagi sebagai penyumbang kepada masalah keguguran. Namun ia juga boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kearah tersebut. 

8. KENCING MANIS & MASALAH TIROID

Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak dikawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

9. IMUNISASI (Immune Factors)

Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal. Ia dinamakan sebagai Alloimmune Reaction. Walaubagaimanapun.. masih tiada bukti sahih yang menyokong kenyataan ini dan ia masih lagi dalam kajian. 

10. OBESITI 

11. MEROKOK

12. PENGAMBILAN KAFFEIN DAN ALKOHOL YANG TINGGI

Peluang untuk keguguran lagi meningkat apabila berlaku satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk alami keguguran sekali lagi. 




Siasatan Yang Boleh Dijalankan Untuk Keguguran Berulang 

Ujian Darah 

  • Mengenalpasti Antiphospholipid Syndrome dan Thrombophilia
  • Mengenalpasti keadaan kromosom sama ada normal atau tidak sekiranya bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal 
  • Menentukan jangkitan kuman



Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab berlakunya keguguran berulang ini. Sekiranya doktor tidak dapat mengenalpasti punca selepas pemeriksaan serta ujian yang berkenaan, wanita tersebut tidak perlu menerima rawatan.

Wanita dan pasangan sepatutnya mendapatkan rawatan kaunseling oleh pakar. Mereka yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat dikenalpasti sebab keguguran berulang namun 75% didalam 100 kes akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.

Keguguran juga merupakan kehilangan. Jadi tolong sensitif dengan ibu yang pernah alami keguguran. 


No comments:

Post a Comment

LIVE CHAT