Setiap pasangan yang berkahwin, pasti ada plan nak ada baby. Namun sebelum ada perancangan tersebut.. kenalah tahu waktu subur lelaki dan perempuan.. selain ciri2 sperma yang sihat.
Subur bagi lelaki adalah pada kualiti sperma mengikut keadaan sekeliling. Ia juga dipengaruh oleh musim dan waktu. So.. bukan perempuan jer yang ada waktu subur.. lelaki pun ada yer..
Kebiasaannya kita dengar info tentang waktu subur wanita.. tak ramai yang tahu waktu tentang kesuburan lelaki.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada wakti pagi, begitu juga waktu musim sejuk. Waktu panas, kuantiti sperma aktif akan berkurangan dan tak berkualiti.Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya disiang hari dan ketika cuaca panas.
Keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Oleh itu, lelaki tidak digalakkan untuk mandi wap atau sauna pada waktu tertentu.
WAKTU SUBUR SUAMI DIANGGARKAN PADA JAM 4.00 PAGI SEHINGGA 7.00 PAGI DAN INI ADALAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK PASANGAN YANG INGINKAN ZURIAT BERSAMA ATAU DENGAN KATA LAIN " SENANG LEKAT "
Pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Jadi bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat, digalakkan menunggu waktu subur suami isteri.
Sebab tu la.. untuk pasangan yang susah lekat.. mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menarik untuk mendapatkan ketenangan minda. Suhu sejuk bilik penginapan ketika bulan madu akan menambahkan lagi kelebihan pada kesuburan anda.
Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk kehamilan isteri. Nak tau bagaimana sperma ada masalah ke tak ?
5 CIRI-CIRI SPERMA YANG BERMASALAH
1. Sperma terlampau pekat
2. Sperma bewarna coklat atau kemerahan (Sperma yang sihat berwarna putih awan)
3. Sperma bewarna kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (Sperma sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk
Sperma yang normal akan berbau seperti klorin. Namun jika sperma anda berbau busuk. Ini kemungkinan ada jangkitan. Jadi perhatikan dan ambil tau kualiti sperma anda bermula hari ini.
PERLU ELAKKAN DAN AMALKAN UNTUK SUBUR :
1. Gunakan seluar yang longgar, jangan terlampau pekat
2. Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi
3. Kurangkan aktiviti diluar ketika cuaca panas
4. Elakkan minuman beralkohol dan daging merah
5. Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan
6. Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok
7. Kurangkan stress yang terlampau yang boleh menjejaskan hormon anda
8. Dapatkan berat badan yang ideal
9. Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang
10. Amalkan produk herba yang selamat untuk kesihatan batin dan hormon testosteron
No comments:
Post a Comment